Skip to main content

Kembara Ilmu di Pulau Pinang-Kedah

Selepas beberapa hari (mengikuti program IRF di Pulau Pinang,bertandang ke rumah Dato Azmi(mantan SUK Pahang),rumah Prof Fadhlullah Jamil,kampung Sifu kami Nuruddin,rumah Ustaz Wahab(Muhammadiyah Internasional) di Kulim(beliau sekarang tenat-strok),mandi di Lata Sedim,balik kampung makan buah,main bola dgn penduduk kampung,saya dan sahabat2 kaki kembara mahasiswa kuliah Universiti Kehidupan "Jaringan Anak Muda" singgah bermalam di rumah seorang sahabat di Gurun. 


Di sana tanpa disangka-sangka kami bertemu dgn seorang "orang tua berjiwa muda".Orang tua ini mengajak kami sarapan pagi bersama-sama di sebuah gerai. Orang tua ini berkongsi pengalaman hidup beliau.Beliau mendakwa umurnya 138 tahun,berasal dari Bangkok,banyak bercerita tentang hal2 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Selepas sarapan pagi beliau mengajak kami berkunjung ke rumah beliau bagi menjawap beberapa persoalan kami dan beberapa rahsia. Sambil berjalan kaki bersama kami,beliau menunjukkan tangan beliau ke beberapa deretan kedai berdekatan dan berkata lebih kurang begini:"Dulu sebelum Merdeka semua ini milik Melayu" . Satu perkara yang saya masih ingat ketika beliau mengungkapkan " sebelum merdeka,tanah ini mereka yang punya,selepas merdeka mereka merdekakan tanah-tanah mereka." 

Di rumah beliau saya dan sahabat2 lain mengambil peluang bertanya pelbagai soalan kepada beliau.Orang tua ini menceritakan sejarah perjuangan pejuang2 dahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad,Ahmad Boestamam dll."Mereka ini sangat bijak dan punya fikiran dan cita-cita yg sangat bagus".Lebih kurang begitu kata beliau kepada kami. Beliau menceritakan bagaimana ceramah Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad ,Ahmad Boestamam dll yg dipenuhi oleh orang ramai yg hadir dalam siri ceramah mereka.

 Beliau mendakwa terlibat sama dalam perjuangan parti rakyat,mengadakan kuliah agama kepada aktivis parti rakyat di rumahnya yg kami ziarahi pada pagi itu. "Rumah ini saya buat sendiri.Emak burung pun buat sarang sendiri walaupun ditengah2 hujan-panas" kata beliau kepada kami menceritakan perihal rumahnya. 

Di rak buku rumahnya terdapat kitab2 lama dan menurut beliau ketika beliau mengajar aktivis parti rakyat dahulu beliau berniat untuk mengajar mereka tanpa meminta duit cuma menetapkan satu syarat sahaja iaitu "belajar mengaji". Bila ditanya oleh sahabat saya dari Indonesia(aktivis Muhammadiyah) tentang siapa tokoh2 lama dari Indonesia yg beliau pernah temui ,jawab beliau "Hamka dan Muhammad Natsir".Beliau menasihatkan kami untuk menemui sendiri tokoh2-tuan2 guru bukan sahaja untuk menuntut ilmu bahkan beliau menekankan satu perkara lagi iaitu "berkat" . 

Di rumahnya ini kami terjumpa Utusan Kiblat edisi 1971 yg sangat menarik isinya.Beliau jg cerita kisah prjuangan Angkatan Pemuda Insaf API,shamsiah faqeh,prjuangan dlm hutan,komunis dan agama,pranan tokoh agama yg mndidik aktivis plbgai aliran,crita kisah bgaimana bliau spatutnya dilntik sbgai imam hsl twaran seorang tokoh politik tapi dgn satu syarat:sertai Umno ,dan beliau menolaknya dan brpesan agar imam masjid 'bebas politik'




Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…