Skip to main content

Fethullah Gulen dan Perjuangan Pendidikan


Fethullah Gulen dan gerakan ‘Hizmet’ nya sangat menitikberatkan aspek pendidikan-keilmuan dan hal-hal keintelektualan.Bahkan Elisabeth Ozdalga dalam Redeemer or Outsider?:The Gulen Community in the Civilizing Process menggambarkan gerakan ini ‘more intellectual in their religious practices than other Islamic communities in Turkey’.Selain itu juga Elisabeth Ozdalga mengungkapkan seperti berikut:’’Reading,individually or in groups is characteristic of the Gulen community’’.


         Fethullah Gulen menjadi tulang belakang dan pencetus idea bagi pembinaan sekolah-sekolah,universiti dan institusi pendidikan milik gerakan ‘’Hizmet’’di seluruh dunia.Beliau memiliki keyakinan penuh tentang kepentingan ilmu dalam usaha pembinaan dunia yang lebih baik dan sebagai satu khidmat kemanusiaan. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen di seluruh dunia secara umumnya merupakan sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan menggabungkan sains moden dengan etika dan spiritual. Ramai pelajar di sekolah-sekolah ini yang berjaya dengan cemerlang dan memenangi pertandingan Sains dan Matematik juga siri pertandingan Olympiads di peringkat antarabangsa. Zeki Saritoprak pernah mengulas pengaruh Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’His influence comes not only from his charismatic religious personality but also from the many different educational and social institutions that have been established by his many admirers,who take his advice and recommendations very seriously’’ Sekolah,universiti dan institusi pendidikan yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen ini tidaklah terhad semata-mata di Turki bahkan ia didirikan di serata dunia.


       Zeki Saritoprak dan Sidney Griffith dalam tulisan mereka,’Fethullah Gulen and the ‘’people of the book’:A voice from Turkey for Interfaith Dialogue’ memetik kata-kata Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’Our ongoing activities are for the good of all humanity.They should not be considered limited to our own country,Turkey’’ Kupasan Zeki Saritoprak dalam tulisannya,’’An Islamic Approach to Peace and Nonviolence:A Turkish Experience ‘’ ini turut menarik untuk direnungi bersama:- ‘’For the peaceful world of the future,Gulen encourages his admirers to establish educational institutions in and outside of Turkey.He gives special importance to the areas where ethnic and religious conflicts are escalating,such as Albania,Kosovo,Macedonia,the Philippines,Banda Aceh,Northern Iraq and Southeastern Turkey.The schools have played remarkable roles in decreasing levels of conflict in these areas.While visiting Macedonia in summer 2004,I had a chance to visit one of these schools,established by Turkish businessmen who are great admirers of Gulen.I was told that during the conflict between Albanians and Serbs,both sides would bring their children to the school as a haven of peace in order to deter their involvement in such a conflict.These schools serve children from all backgrounds,regardless of their religious and ethnic differences.’’

     Lester R.Kurtz dalam tulisannya ‘Gulen’s paradox:Combining commitment and tolerance’ pula memetik komen yang dinyatakan oleh Dr Thomas Michel(General Secretary of the Vatican Secretariat for Interreligious Dialogue)ketika mengadakan lawatan ke sekolah milik ‘Hizmet’ di Selatan Filipina Pulau Mindanao: ‘’In a region where kidnapping is a frequent occurrence,along with guerrilla warfare,summary raids,arrests,disappearances,and killings by military and para-military forces,the school is offering Muslim and Christian Filipino children,along with an educational standard of high quality,a more positive way of living and relating to each other’’ Manakala Thomas Michel,S.J. dalam tulisannya ‘Sufism and modernity in the thought of Fethullah Gulen ‘ mengambil ulasan Elizabeth Ozdalga terhadap sekolah yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen seperti berikut:- ‘’the main objective (of the education provided in these schools) is to give the students a good education,without prompting any specific ideological orientation.One basic idea of Gulen’s followers is that ethical values are not transmitted openly through persuasion and lessons but through providing good examples in daily conduct’ Lester R.Kurtz dalam tulisannya ‘Gulen’s paradox:Combining commitment and tolerance’ pula menyatakan:- ‘The purpose of the schools’ movement,therefore is to lay the foundations for a more humane,tolerant citizenry of the world where people are expected to cultivate their own faith perspectives and also promote the well being of others’ .

      Kemampuan gerakan ‘Hizmet’ pimpinan Fethullah Gulen dalam mendirikan sekolah,universiti dan institusi pendidikan di seluruh dunia banyak dibantu oleh komitmen dan keikhlasan menyeluruh pendokongnya dalam ‘infaq’-sedeqah dan waqaf tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan bahkan lebih kepada permuafakatan masyarakat madani-rakyat keseluruhannya.

KOLUMIS PENULIS


Wasif Wan Mantan Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM kini adalah Pengarah Jaringan Anak Muda Malaysia . Berkongsi karya di http://ilmuwan-w.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…