Skip to main content

The Fifth FOCUS-SOASCIS Conference



   Pada 24-26 Mei 2013 Wakil Jaringan Anak Muda di Malaysia iaitu Mohd Nuruddin,Wan Mohamad Wasif dan Mohd Kharizul serta wakil Jaringan Anak Muda di Brunei,Mohd Baihaqi telah menyertai acara The Fifth FOCUS-SOASCIS Conference di Brunei Darussalam sebagai sukarelawan sekretariat IIIT(International Institute of Islamic Thought (IIIT), East Asia) pada 24-26 Mei 2013 yang lalu.

Program ini dianjurkan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien Centre of Islamic Studies (SOASCIS),Universiti Brunei Darussalam (UBD)International Institute of Islamic Thought (IIIT), East Asia,Mindanao State University (MSU), the Philippines dengan kerjasama Centre for Islamic Legislation and Ethics (CILE), Faculty of Islamic Studies, Qatar Foundation University,Oriental Institute, St Antony’s College, Oxford University (UK) dan MUIS Academy (Singapore)


Program FOCUS atau Forum Cendekiawan Umat Serantau (“Regional Umma’s Intellectuals Forum”) ini turut dihadiri oleh tokoh pemikir seperti Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar,Profesor Tariq Ramadhan,Profesor Dr Mulyadhi Kartanegara dan ramai lagi.

Antara isu yang dibahaskan dalam cara ini berkenaan soal etika-akhlaq,peranan pendidikan dalam masyarakat-kehidupan,pemikiran muslim-hal memperkasa minoriti muslim,peranan institusi pendidikan,kurikulum pendidikan-etika dan sebagainya.
Wakil Jaringan Anak Muda menginap di rumah Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar sepanjang berada di Brunei Darusssalam dan berkesempatan beramah mesra bersama Profesor Tariq Ramadhan,melawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali,Masjid Hassanul Bolkiah bahkan meneruskan perjalanan kembara dengan menaiki bot dari Brunei ke Lawas,Sarawak,bermalam di rumah Kharizul di Merapok,Lawas,singgah ke Sipitang,Sabah sebelum menaiki bot dari Sipitang ke Labuan dan dari Labuan pulang ke Kuala Lumpur.

Mesyuarat Agung Briged Bakti Malaysia

Jaringan Anak Muda turut menyertai Mesyuarat Agung Briged Bakti Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.Mesyuarat ini dihadiri oleh perwakilan Briged Bakti Malaysia dari seluruh negeri dan dirasmikan oleh Presiden ABIM,Cikgu Amidi dan Dato Dr Razak Kechik,antara pengasas Briged Bakti Malaysia.Briged Bakti Malaysia kini meluaskan pengaruhnya bukan sahaja di negeri Kelantan bahkan di negeri Kedah,Perlis,Selangor dan Kuala Lumpur.

Dato Dr Razak Kechik dan beberapa orang pimpinan Briged Bakti Malaysia mengundang Jaringan Anak Muda untuk terlibat aktif membantu Briged Bakti Malaysia khususnya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ziarah Mohd Saifullah Zulkifli
Jaringan Anak Muda berkesempatan mengadakan ziarah kepada Mohd Saifullah Zulkifli,mantan pimpinan PKPIM dan aktivis gerakan mahasiswa yang terlantar sakit di Hospital Pantai .Beliau telah menjalani pembedahan di perut beliau dan kini semakin baik.


Women Deliver :The 3 rd Global Conference


Wakil Jaringan Anak Muda,Wan Mohamad Wasif berpeluang mejadi wakil media di acara Women Deliver :The 3 rd Global Conference yang berlangsung pada 28 hingga 30 Mei 2013 yang lalu di KLCC.Program ini turut dihadiri oleh Melinda Gates(isteri kepada Bill Gates),Clinton(anak kepada Bill Clinton-Hillary Clinton),Dr Amina Wadud,Robin Lim dan ramai lagi tokoh pejuang wanita dan keamanan.
Isu-isu keganasan terhadap wanita,kesaksamaan gender,isu anak muda,agama,kahwin kanak-kanak-kahwin paksa,hak pendidikan-sekolah,kesihatan wanita dibahaskan dalam acara ini.Selain daripada siri pembentangan oleh tokoh-tokoh wanita,turut ditampilkan pembentang oleh wakil-wakil anak muda,pameran ,tayangan filem pendek dan juga Youth Zone yang menjadi tempat peserta ‘100 young leaders’ membina jaringan antara satu sama lain.


Women Summit 2013


Wakil Jaringan Anak Muda,Wan Mohamad Wasif berkesempatan mengikuti perasmian program Women Summit 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Hotel Shangri La baru-baru ini.Acara ini turut dihadiri oleh isteri PM ,Datin Seri Rosmah Mansur,Presiden Negara Kosovo,Naib Presiden Vietnam dan ramai tokoh wanita.
Acara ini menampilkan perwakilan peserta dari seluruh dunia dan dihadiri oleh usahawan wanita yang berjaya dari pelbagai Negara.Pameran perniagaan turut diadakan dalam program ini dan wakil Jaringan Anak Muda berkesempatan mengadakan pertemuan bersama wakil Kedutaan Poland di Kuala Lumpur bagi menjelaskan tentang aktiviti Jaringan Anak Muda dan pihak Kedutaan Poland di Kuala Lumpur sangat berminat untuk mengadakan program anak muda bersama Jaringan Anak Muda.
Sukarelawan di kenduri nikah pengasas Jaringan Anak Muda
Jaringan Anak Muda telah menjadi sukarelawan di kenduri nikah pengasas Jaringan Anak Muda,Mohd Nuruddin yang baru menamatkan zaman bujang beliau .Pihak Jaringan Anak Muda hadir pada hari akad nikah Mohd Nuruddin dan membantu melayan para tetamu yang hadir ke kenduri beliau disamping membina jaringan bersama tokoh-tokoh (akademik,korporat,diplomat,ngo) yang turut hadir di kenduri beliau.


MosqueCare 


Sukarelawan Jaringan Anak Muda termasuk dari Puchong Permata FC, kelab bola sepak pimpinan wakil Jaringan Anak Muda,Saiful Ridhwan telah berkerjasama dengan Briged Bakti Malaysia , Masjid As Salam,Puchong Perdana untuk acara ‘’MosqueCare’’ di Masjid As Salam,Puchong Perdana.
31 orang anak muda lingkungan umur 8-16 tahun yang aktif dalam kelab bola sepak Puchong Permata FC telah mengikuti acara ‘’MosqueCare’’ pimpinan Abang Juraij dari Briged Bakti Malaysia.
Program bermula dengan sesi taklimat program oleh Abang Juraij sebelum pembahagian kumpulan untuk mencuci tasik sekitar Masjid As Salam,mengutip sampah sarap didalam tasik , mencuci dalam masjid(mengelap tingkap-almari-mimbar-sapu sampah-lap lantai-tandas-dapur ) disamping sempat juga bermain bola sepak di perkarangan masjid,makan bersama-sama,sesi motivasi ringkas oleh abang Juraij dan juga En Zul dari Briged Bakti Malaysia.
Dengan penuh semangat kesukarelawanan,aktivis MosqueCare akan berkerjasama dengan lebih ramai pihak untuk meneruskan misi mencuci-membersih-menghias-menceriakan masjid-masjid .

Tayangan filem ‘’The Message ‘’

Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah(PBMTT) pimpinan Ustaz Ismai Halim ,Briged Bakti Malaysia dan Jaringan Anak Muda baru-baru ini mengadakan sesi tayangan filem The Message lakonan Anthony Quinn(yang memegang watak Umar Mukhtar dalam filem Lion of Desert ).
Ustaz Ismail Halim memulakan program dengan sesi kupasan ringkas filem tersebut sebelum disusuli dengan sesi tayangan filem sambil menjelaskan jalan cerita,sejarah dan watak-watak yang digambarkan dalam filem tersebut.

Ustaz Ismail Halim mencadangkan agar filem The Message ini ditayangkan di panggung wayang utama di Malaysia dan juga bersedia menjadi tuan rumah untuk sesi tayangan filem akan datang.
Pihak PBMTT-Briged Bakti Malaysia dan Jaringan Anak Muda akan menganjurkan lebih banyak lagi sesi tayangan filem disamping siri diskusi-bedah buku dan acara-acara kemasyarakatan yang lain.

Festival Korea di Universiti Malaya

Wakil Jaringan Anak Muda,Wan Mohamad Wasif dan Albark Yunus berkesempatan mengikuti acara Festival Korea di Universiti Malaya baru-baru ini.Acara ini menampilkan pameran tentang Negara Korea,persembahan budaya-nyanyian lagu-tarian Korea oleh pelajar Korea di Universiti Malaya dan juga oleh pelajar Malaysia yang mengikuti Pengajian Korea.
Albark Yunus pernah mewakili Jaringan Anak Muda dan Negara Malaysia bagi program pertukaran belia di Korea Selatan selama 2 minggu pada tahun lalu.
Pertemuan bersama Dr 3 M (MILE Madinah)

Wakil Jaringan Anak Muda,Nuruddin,Albark dan Saiful Ridhwan berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Dr 3 M (Pengarah MILE Madinah merangkap penasihat Menteri Buruh Arab Saudi) yang dalam rangka lawatan ke Kuala Lumpur.Dalam pertemuan tersebut,Dr 3 M bersedia memberi peluang kepada Jaringan Anak Muda untuk menyertai sekaligus menguruskan acara ICHE kali ke empat yang bakal diadakan di Madinah pada bulan Julai nanti.

Pertemuan bersama wakil Imam Muda Asyraf

Jaringan Anak Muda menerima kunjungan daripada 2 orang wakil Imam Muda Asyraf yang sudi berkunjung ke pejabat sementara Jaringan Anak Muda-Briged Bakti d Seksyen 3 Tambahan,Bandar Baru Bangi.Pertemuan ini merupakan pertemuan susulan Jaringan Anak Muda bersama Imam Muda Asyraf sebelum ini.En Zul wakil Briged Bakti Malaysia turut serta dalam pertemuan tersebut dan berkongsi pengalaman beliau dan Briged Bakti dalam mengurus dan mengatur program-program khusus untuk anak muda.Wakil Imam Muda Asyraf meminta pandangan Jaringan Anak Muda dalam mengatur program-program khusus untuk menarik anak muda dan memaklumkan tentang program anak muda yang bakal diadakan di Pulau Pinang nanti.

Pembentangan projek Jaringan Anak Muda-Briged Bakti Malaysia kepada wakil CIMB
Wakil Jaringan Anak Muda,Wan Mohamad Wasif berkesempatan mengadakan pembentangan projek Jaringan Anak Muda-Briged Bakti Malaysia di hadapan wakil CIMB baru-baru ini.Pihak CIMB ingin mengetahui lebih lanjut tentang program-program khusus untuk anak muda yang diadakan oleh Jaringan Anak Muda dan Briged Bakti Malaysia.Pihak CIMB juga memaklumkan tentang minat mereka untuk berkerjasama dengan Jaringan Anak Muda dan Briged Bakti Malaysia dalam menjalankan pelbagai aktiviti khusus untuk anak muda.


Undangan terbuka Jaringan Anak Muda
Jaringan Anak Muda mengundang anak-anak muda yang berminat untuk mengikuti beberapa aktiviti Jaringan Anak Muda seperti berikut:-

1-Skuad Sukarelawan Jaringan Anak Muda
-percuma
-berpeluang mengikuti pelbagai program anak muda
(Emailkan nama penuh,no telefon,Facebook-Email kepada wasiferdogan@gmail.com)

2-Mosque Care
-Program kesukarelawanan anjuran Briged Bakti Malaysia 
-mencuci-menghias-menceriakan masjid/surau
(Dijemput hadir ke pejabat Briged Bakti Malaysia cawangan Selangor di Sekyen 3 Tambahan,BBBangi)

3-Akademi Bola Sepak JAM
-melatih pasukan bola sepak kelab Puchong Permata FC(sekolah rendah/menengah)
-sukarelawan jurulatih melatih pasukan bolasepak untuk menyertai pertandingan bola sepak
(SMS nama –no telefon kepada Saiful Ridwan- 0133322172)

4-Bengkel Prospek Pelancongan Arab(khusus sempena kehadiran pelancong Arab-Timur Tengah ke Malaysia)
-kerjasama Briged Bakti Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia
-keutamaan kepada siswazah Timur Tengah yang memiliki asas Bahasa Arab
(SMS nama penuh,no telefon,email-Facebook kepada Albark Yunus-0136406044)

5) Kuliah Sirah dan Tamadun Islam oleh Ustaz Ismail Halim

-percuma
-setiap hari Selasa jam 9 Malam di Pejabat Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah(No 34,Seksyen 3 Tambahan,BBBangi-belakang Petronas-melalui restoran Azura-mamak Impian Maju-mengadap taman perumahan)
(Hubungi Saiful Islam-0133706442)

6) Siri bedah buku-tokoh/diskusi mingguan
(Yang berminat menjadi pembentang/peserta sila hubungi Wan Mohamad Wasif -0129312185)

7) Bengkel Pemikiran dan Kepimpinan Anak Muda
(hubungi Wan Mohamad Wasif -0129312185)
(hubungi Wan Ahmad Amini-0127629864)

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…