Skip to main content

Laporan ringkas aktiviti Jaringan Anak Muda







Asian Youth Exchange Malaysia 2013

Wakil Jaringan Anak Muda berpeluang mengikuti acara Asian Youth Exchange Malaysia 2013( sebagai peserta) yang telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa(,International Youth Centre) di Cheras .Acara ini dianjurkan oleh Global Peace Festival Malaysia dan Jabatan Peprpaduan Nasional dan Integrasi dan disertai hampir 150 pemimpin muda dari Negara ASEAN.Acara ini diadakan bagi melatih pimpinan anak muda ASEAN berkenaan hal-hal kepimpinan,kesukarelawanan,pembinaan budaya khidmat dan keamanan.Turut menjadi pembentang di acara ini ialah 2 tokoh anak muda dari Malaysia,Michael Teoh Su Lim(One Young World Malaysian Ambassador) dan dari Indonesia,Irfan Amalee(Peace Generations).

Pengasas Jaringan Anak Muda ke Madinah,Arab Saudi(3 Julai 2013)

Pengasas utama Jaringan Anak Muda ,Mohd Nuruddin Abd Manap( yang berketayap) telah berangkat ke Madinah,Arab Saudi Beliau akan mula bertugas di Madinah Institute of Leadership and Entrepreuner(MILE) di Madinah .Wakil Jaringan Anak Muda sempat menghantar beliau di KLIA.Jaringan Anak Muda mengucapkan selamat bertugas kepada Nuruddin dan mendoakan beliau terus bersama Jaringan Anak Muda dan membina jaringan di Madinah nanti.

Perlawanan bola tampar persahabatan bersama Saudi Student Club(5 Julai 2013),Jaringan Anak Muda telah mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan bersama Saudi Student Club di Jalan Damai.Acara dimulai dengan syarahan tetamu dari Arab Saudi dan diikuti dengan makan malam nasi arab dan minum teh beramai-ramai.Selepas itu,perlawanan bola tampr dimulakan dan dalam perlawanan tersebut,Jaringan Anak Muda menang 2 set perlawanan dan tewas juga 2 set perlawanan.Perlawanan bola tampar persahabatan ini akan terus diadakan setiap hari Jumaat jam 10 malam.
International Model OIC Global Summit (2-5 Julai 2013)

Wakil Jaringan Anak Muda telah mengikuti acara International Model OIC Global Summit sebagai peserta dan juga pemerhati.Acara anjuran OIC ini diadakan di UIAM,Gombak dan dihadiri oleh perwakilan anak muda dari negara-negara OIC.


Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia (6-7 Julai 2013,Hotel Seri Pacific)

Wakil Jaringan Anak Muda telah berpeluang mengikuti acara Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia ini sebagai peserta dan juga sebagai pengiring kepada Dato Dr Afifi Al-Akiti,Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.Wakil Jaringan Anak Muda menyambut ketibaan Dr Afifi Al Akiti dari London di KLIA jam 8 pagi dan menghantar beliau ke Hotel Seri Pacific sebelum beliau menyampaikan ucaptama bagi Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia.Pada malam harinya pula wakil Jaringan Anak Muda sempat makan malam bersama Dr Afifi di KLIA sebelum beliau berangkat pulang ke London jam 11 malam tersebut.

Acara Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar Malaysia ini turut dihadiri oleh bekas Duta Malaysia ke Mesir,para mufti dan para alumni Universiti Al-Azhar,Mesir .

Diskusi tentang AKP Turki (7 Julai 2013)


Jaringan Anak Muda telah menganjurkan diskusi tentang AKP Turki di pusat lepak Jaringan Anak Muda di Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi.M.Syaroni Syafii,calon PHD di Universiti Marmara,Turki telah menyampaikan pembentangan kajian beliau tentang pencapaian AKP Turki.

Sukan Malaysia (SUKMA)

Wakil Jaringan Anak Muda berpeluang menjadi sukarelawan di Sukan Malaysia (SUKMA)
Lawatan ke GLOMAX.Wakil Jaringan Anak Muda telah melawat pejabat GLOMAX baru-baru ini dan sempat menziarahi rumah pengasasGLOMAX di Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…