Skip to main content

Posts

Showing posts from May 19, 2013

Fethullah Gulen dan Perjuangan Pendidikan

Fethullah Gulen dan gerakan ‘Hizmet’ nya sangat menitikberatkan aspek pendidikan-keilmuan dan hal-hal keintelektualan.Bahkan Elisabeth Ozdalga dalam Redeemer or Outsider?:The Gulen Community in the Civilizing Process menggambarkan gerakan ini ‘more intellectual in their religious practices than other Islamic communities in Turkey’.Selain itu juga Elisabeth Ozdalga mengungkapkan seperti berikut:’’Reading,individually or in groups is characteristic of the Gulen community’’.

         Fethullah Gulen menjadi tulang belakang dan pencetus idea bagi pembinaan sekolah-sekolah,universiti dan institusi pendidikan milik gerakan ‘’Hizmet’’di seluruh dunia.Beliau memiliki keyakinan penuh tentang kepentingan ilmu dalam usaha pembinaan dunia yang lebih baik dan sebagai satu khidmat kemanusiaan. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh pengikut Fethullah Gulen di seluruh dunia secara umumnya merupakan sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan menggabungkan sains moden dengan etika dan…

Kembara Ilmu Padang : Padang Ke Bukit Tinggi

Jika dari Padang ke Bukit Tinggi, kita akan melalui jalan bengkak bengkok sama seperti Cameron Highland, Malaysia. Yang menariknya dalam perjalanan sebelum sampai ke Bukit Tinggi, Kita akan nampak dua Gunung Berapi. Gunung Singalang dan Gunung Merapi. Gunug Singalang tidak lagi aktif, manakala Gunung Merapi masih lagi aktif. menurut sumber disini Gunung Singalang di dalamnya ada tempat berbentuk kawah, di dalam kawah itu pengunjung boleh mandi didalamnya.

Sedikit info tentang Gunung Merapi :
Gunung Marapi (juga dikenal sebagai Merapi atau Berapi) adalah gunung berapi yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Gunung ini tergolong gunung yang paling aktif di Sumatera. Terletak dalam kawasan administrasi Kabupaten Agam. Gunung ini dapat juga dilihat dari kota Bukittinggi, kota Padangpanjang dan kabupaten Tanah Datar dan memiliki ketinggian 2.891 m. Gunung Marapi sudah meletus lebih dari 50 kali sejak akhir abad. ( sumber wikipedia)

* Terfikir juga, bagaimana jika tiba2 Gunung Marapi itu m…