Skip to main content

Posts

Showing posts from May 21, 2013

Kembara Ilmu Padang : Hari Terakhir

Hari ini adalah hari terakhir kami disini. Sebelah pagi kami ziarah ke ibu pejabat Muhamadiyah untuk berta'aruf dan membina jaringan. Bersama Zulfakhri ( ketua pengurus disini)
Hari terakhir kembara Ilmu, membawa saya dan 2 orang rakan ke Kantor Muhammadiyah Cabang Sumatera Barat. Bagi yang belum kenal, Muhammadiyah merupakan gerakan Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Diasaskan oleh Kiyai Ahmad Dahlan, organisasi ini telah berkembang ke serata asia tenggara dan mempunyai beberapa buah universiti,berpuluh hospital dan beratus sekolah. Sesampai kami di sini , kami telah disambut oleh pengurus cawangan iaitu Pak Zulfakar. 
Kami dibawa melawat ke dalam bangunan dan diberi penerangan. Kami sempat menemuramah beliau dan meminta beberapa nasihat berguna untuk dibawa pulang ke Malaysia. Di Padang, Masjid At Taqwa merupakan pusat gerakan Muhammadiyah. Buya Hamka juga merupaka bekas salah seorang ketua cawangan Muhammadiyah Sumatera Barat. Alhamdulillah objektif untuk membina rangkaian den…

Kembara Ilmu Padang : Buya Hamka

Akhirnya bertemu juga dengan cucu Buya Hamka. Beliau menerangkan serba sedikit tentang perjalanan kehidupan Buya Hamka kepada kami semua. 


* Beliau juga menyampaikan salam kepada En. Ahmad Azam Ab Rahman, En. Izwan Isme Dan Ustad Hamidi . Beliau berterima kasih kepada ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia) kerana telah berusaha mewujudkan Muzium kelahiran Buya HAMKA.





KOLUMIS PENULIS
Albark Yunus Bat ,Pelajar jurusan bidang hospitaliti di Kuala Lumpur Metropolitan University College , Timbalan Perhubungan Antarabangsa PKPIM KLMU dan Eksekutif Pemasaran Jaringan Anak Muda.

Kembara Ilmu Padang : Catatan 19 mei 2013

Catatan 19 mei 2013
Pemandangan di waktu pagi di Parai Mountain Resort ini sungguh menarik kerana Parai Mountain resort terletak di atas bukit. Penginap di sini dapat merasai pemandangan yang sungguh luar biasa kerana dapat melihat Gunung Singalang dan Gunung Marapi dengan jelas. Suasana pagi disini juga sungguh nyaman dan sejuk, suhunya mencecah 22-24 darjah celcius. 

* Pagi ini aku bersama Farhan Nasri dan Muzakir meninjau sekeliling kawasan Parai Mountain Resort untuk mendapatkan “Shoot” bergambar yang terbaik . Masa yang terbaik untuk bergambar atau mengambil gambar adalah di waktu pagi kerana di waktu pagi suasana tempat ini berkabus tebal.

* Ketika sedang beratur untuk mendapatkan sarapan pagi tadi, berbual dengan seorang mak cik yang turut beratur bersama aku. Rupanya mak cik itu pernah belajar di UKM, Bangi. Malaysia. Tahniah kepadanya kerana beliau berjaya menamatkan pengajian Master dan PHD di UKM. Kami sempat bertukar bisnes kad dan poskad.Rupanya dia seorang pensyarah dan pen…

Kembara Ilmu Padang : Menziarahi Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka.

Pada waktu tengahari kami semua menuju ke Danau Maninjau, untuk menziarahi Muzium rumah kelahiran Buya Hamka. Sebelum sampai ke tempat yang nak ditujui. Aku sungguh mengagumi keindahan dari sang pencipta. SubhanAllah

Danau Maninjau :  Danau Maninjau adalah sebuah danau di kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Danau ini terletak sekitar 140 kilometer sebelah utara Kota Padang, ibukota Sumatera Barat, 36 kilometer dari Bukittinggi, 27 kilometer dari Lubuk Basung, ibukota Kabupaten Agam.
Maninjau yang merupakan danau vulkanik ini berada di ketinggian 461,50 meter di atas permukaan laut. Luas Maninjau sekitar 99,5 km² dan memiliki kedalaman maksimum 495 meter. Cekungannya terbentuk karena letusan gunung yang bernama Sitinjau (menurut legenda setempat), hal ini dapat terlihat dari bentuk bukit sekeliling danau yang menyerupai seperti dinding. Menurut legenda di Ranah Minang, keberadaan Danau Maninjau berkaitan erat dengan kisah Bujang Sembilan. Danau Ma…