Skip to main content

Kepimpinan Anak Muda ASEAN: Kerjasama Jaringan Anak Muda Indonesia-Malaysia


Kepimpinan Anak Muda ASEAN: Kerjasama Jaringan Anak Muda Indonesia-Malaysia

Oleh 

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

FB:wasif wan
Email: wasiferdogan@gmail.com

Indonesia dan Malaysia pernah melahirkan pemimpin  negarawan bertaraf Asia dan Dunia seperti Sukarno,Abdur Rahman Wahid@Gus Dur bagi Indonesia dan Tun Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim bagi Malaysia.Mereka dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin yang berkarisma,memperjuangkan keamanan sejagat dan keharmonian antara pelbagai kaum dan agama disamping tegas mempertahankan prinsip negara masing-masing dan membina hubungan baik antara negara-negara.

Indonesia dan Malaysia berkongsi latar belakang sejarah ,budaya  dan gabungan kerjasama antara kedua negara mampu mewujudkan satu kekuatan di peringkat Dunia Melayu-Nusantara dan ASEAN.

Hubungan kekeluargaan yang wujud antara rakyat Indonesia-Malaysia disamping faktor agama-bangsa serumpun memudahkan proses kerjasama dan gabungan tenaga dalam memperkasakan hal ehwal ekonomi/perniagaan-pelancongan dan pendidikan misalnya.

Krisis kecil antara rakyat kedua-dua negara kadangkala diperbesar-besarkan oleh pihak yang kurang pendidikan dan kesedaran sivik serta pihak yang tidak bertanggungjawab dan mahu mengambil kesempatan ke atas perselisihan faham antara kedua-dua negara dalam hal-hal tertentu.

Kematangan dalam fikiran dan tindakan dan keupayaan untuk mengendalikan sebarang perbezaan pandangan secara harmoni menjadi keperluan terdesak  bagi mengelak sebarang pertelingkahan dan ia memerlukan komitmen yang jelas khususnya dari  kelompok cerdik pandai dan generasi baru rakyat Indonesia dan Malaysia.
Dengan semangat baru ASEAN,kelompok muda Indonesia dan Malaysia wajar memimpin satu gerakan kerakyatan dari akar umbi untuk memperjuangkan keamanan sejagat,perpaduan rakyat,nilai-nilai kemanusiaan dan dunia yang lebih baik.

Konflik peperangan,pertempuran,pertumpahan darah,permusuhan,pertelagahan,dan sebarang bentuk keganasan perlu dilawan sebaik mungkin secara bersama dan penuh semangat kekeluargaan.

ASEAN perlu dipimpin generasi baru yang cintakan ilmu,kedamaian,keamanan,keharmonian,persahabatan,persaudaraan,perpaduan,kesatuan,dan sentiasa menyebarkan perasaan cinta sesama manusia.

Biarpun wujud perbezaan antara negara-negara ASEAN namun kita perlu sedar wujud juga titik persamaan antara negara-negara ASEAN dan  mencari titik persamaan inilah yang wajar diperjuangkan oleh para pelapis kepimpinan anak muda ASEAN.

Pemimpin muda ASEAN perlu membentuk satu jaringan persaudaraan yang mantap semenjak awal lagi bagi merancang pelbagai projek anak muda  ASEAN yang mampu memberikan manfaat kepada warga ASEAN keseluruhannya.

Latihan kepimpinan kepada anak muda ASEAN dan program pertukaran pelajar-program kebudayaan misalnya wajar diperluaskan lagi dan ia memerlukan komitmen bersama untuk membentuk dan merangka modul latihan kepimpinan anak muda ASEAN yang boleh juga dimasukkan dalam silibus pembelajaran pendidikan di peringkat sekolah/universiti di negara-negara ASEAN.

Usaha jangka panjang khususnya dalam latihan kepimpinan ini diharapkan dapat membentuk pemikiran generasi baru ASEAN yang komited terhadap aspirasi bersama ASEAN.

Dalam rangka semangat ASEAN juga di peringkat anak muda Indonesia dan Malaysia juga wajar diwujudkan satu jaringan anak muda yang kukuh dan mampu berkerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,latihan kepimpinan,program seni budaya,perniagaan-keusahawanan,kesukarelawanan-misi kemanusiaan,sastera dan sebagainya.

Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini nanti mampu menjadi agen perpaduan dan kedamaian antara rakyat kedua-dua negara dan menggerakkan pelbagai program bersama yang melambangkan rasa kebersamaan.

Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini juga boleh melantik tokoh pemikir-intelektual-cendekiawan dari kedua-dua negara untuk menjadi panel pemikir dan pakar rujuk-mentor yang mampu memberi khidmat nasihat kepada jaringan anak muda ini.

Jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ini boleh dianggotai oleh anak muda Indonesia-Malaysia dari pelbagai latar belakang pendidikan , mahasiswa Indonesia di Malaysia atau mahasiswa Malaysia di Indonesia,wakil-wakil persatuan pelajar Indonesia-Malaysia dan sesiapa sahaja yang berminat.
ASEAN perlu lebih ke hadapan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda pelapis kepimpinan negara sekarang dan fokus utama perlu diberikan untuk mencetak dan melatih seramai mungkin anak muda di negara-negara ASEAN yang memiliki tahap kualiti yang tinggi sebagai seorang pemimpin.

Kewujudan kerjasama jaringan anak muda Indonesia-Malaysia ,dua negara jiran yang berdekatan pula mampu membuka jalan  dan pintu kepada ASEAN yang lebih baik.

Semoga lahir lebih ramai pemimpin muda ASEAN yang berkualiti dan mampu memimpin ASEAN ke arah dunia yang lebih baik.

Artikel ini disiapkan untuk Kembara ASEAN Jaringan Anak Muda:Indonesia 2015 pada akhir Februari 2015 yang lalu.Dalam kembara tersebut,Jaringan Anak Muda telah melawat beberapa kawasan di Depok,Tangerang,Jakarta dan Bandung .

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…