Skip to main content

Memupuk persaudaraan sesama manusia


Memupuk persaudaraan sesama manusia
oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

FB:wasif wan
Email: wasiferdogan@gmail.com

Terdapat beberapa masalah berkaitan hubungan antara agama yang berlaku seperti pergaduhan, menghina dan memperlekeh agama lain, melakukan keganasan dan kekerasan atas nama agama, diskriminasi dan merusuh yang dilakukan kelompok ekstrimis yang tidak mahu menghargai pebezaan dan kewujudan agama dan kepercayaan orang lain. 
Kadangkala mereka menggunakan hujah-hujah agama, ayat- ayat dalam kitab suci yang ditafsirkan mengikut selera mereka dalam membenarkan segala perbuatan merosakkan hubungan baik yang terjalin antara kelompok agama yang berbeza.

Mereka yang berfahaman ekstrim sedemikian sebenarnya  hanyalah kelompok minoriti namun tindakan mereka sudah cukup untuk merosakkan keharmonian dan keamanan dunia. Suara majoriti yang cinta damai dan pro keamanan perlu lebih  lantang lagi bagi mematikan sebarang usaha kelompok ekstrimis yang cuba mewujudkan perbalahan antara penganut-penganut  agama.

Anak muda atas nama kemanusiaan perlu merangka program dan gerak kerja yang lebih sistematik bagi memupuk rasa kebersamaan, persahabatan dan persaudaraan sesama manusia dari latar belakang agama yang berbeza.
 Kita mengharapkan setiap individu khususnya anak muda tidak lagi menganggap mereka yang tidak seagama dengan kita sebagai musuh atau orang lain sebaliknya menganggap mereka juga sebagai saudara dan ahli keluarga kita sendiri.

Walaupun di dunia ini manusia terdiri daripada kelompok penganut agama yang berbeza, namun kita tetap berkongsi nilai kemanusiaan yang universal. Kita tetap mahukan dunia yang lebih aman dan tenang serta bebas dari segala bentuk keganasan dan kekerasan.

Kita mahu ajaran agama kita dihormati penganut agama lain. Kita mahu maruah kemuliaan insan dan hak asasi kita terjamin.

Kita semua mahukan kebebasan, keadilan,dan mahu memperjuangkan kebenaran.

Kita mahukan masyarakat kita hidup dalam keadaan harmoni, bertoleransi, menghormati antara satu sama yang lain, mengakui kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama, saling faham memahami, menghargai perbezaaan dan sentiasa fokus mencari titik persamaan antara satu sama yang lain.

Kita mahukan masyarakat kita saling berinteraksi, bahagia hidup bersama, mempunyai semangat persaudaraan dan persahabatan yang jitu sehinggakan rasa sedih dan rasa gembira dikongsi bersama bagaikan satu jiwa .

Semangat persaudaraan kemanusiaan perlu dipupuk kepada setiap individu bermula dari keluarga dan di rumah lagi. Ibu bapa boleh menjadi tauladan yang baik buat anak-anak mereka dengan menerapkan ilmu dan pendidikan serta mengajar anak-anak mereka tentang pentingnya menghormati penganut agama lain.

Ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak mereka tentang perbezaan yang wujud namun pada masa yang sama tetap memberi fokus kepada titik persamaan dan memberi penekanan kepada anak-anak mereka tentang betapa pentingnya melakukan amalan kebaikan kepada semua orang tanpa mengira latar belakang agama. 

Kepentingan menghormati jiran tetangga dan masyarakat setempat boleh diterapkan ibubapa kepada anak-anak mereka sejak mereka masih kecil lagi.

Contoh tauladan dan amalan mulia yang dilakukan ibubapa secara tidak langsung menjadi pendidikan yang bermanfaat buat anak-anak mereka dan anak-anak dapat mengikut jejak kedua ibubapa mereka nanti.

Perbahasan mendalam terhadap perbezaan aspek teologi agama dan fokus melampau terhadap perbezaan ajaran agama yang wujud sedikit sebanyak menyukarkan usaha untuk menyatukan kelompok penganut agama yang pelbagai. Jadi  fokus kepada khidmat kebajikan kemasyarakatan dan aspek kesukarelawanan diharapkan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan perselisihan faham antara penganut agama.

Kita perlu memikirkan secara serius bagaimana mahu membina budaya berkhidmat dan kesukarelawanan di kalangan individu khususnya generasi muda. Kita perlu memupuk mereka untuk ikhlas berkhidmat kepada semua orang dan secara sukarela, sentiasa mengambil berat terhadap nasib orang lain, mempunyai semangat perjuangan keadilan sosial yang tinggi dan rela hidup berkhidmat kepada orang lain.

Usaha pembasmian kemiskinan dan kebuluran, bantuan misi kemanusiaan, perjuangan nasib orang kurang upaya (OKU), anak-anak istimewa, anak yatim, gerakan pendidikan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang agama misalnya wajar djadikan keutamaan kita semua dan kerana itu usaha untuk mencetak seramai mungkin individu yang komited terhadap budaya perkhidmatan dan kesukarelawanan perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin.

Peranan media cukup penting bagi mewujudkan keharmonian antara penganut agama yang berbeza. Bahkan kita boleh katakan juga melalui peranan media jugalah konflik antara penganut agama berterusan berlaku dan berleluasa. 

Fokus membina jaringan kewartawanan keamanan misalnya diharapkan dapat mewujudkan gelombang cinta kedamaian dan keamanan di kalangan pengamal media khususnya wartawan. Mereka nanti dapat memainkan peranan dalam menyebarkan isu-isu keamanan dan keharmonian antara penganut agama dan sekaligus dapat mengelak dari terjebak dan bersubahat menyalakan api permusuhan antara penganut agama yang berbeza.

Setiap individu khususnya generasi muda juga perlulah memanfaatkan media sosial baru untuk menyebar cinta, keamanan dan keharmonian sesama insan seterusnya mengajak anak-anak muda yang lain untuk mengikuti program-program keamanan dan seterusnya menjadi duta gerakan keamanan di tempat masing-masing.

Artikel ini ditulis hasil penyertaan penulis ke acara Interfaith Summit di Bali,Indonesia.2 orang wakil Jaringan Anak Muda telah mengikuti acara di Bali anjuran Global Peace Festival Foundation ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…