Skip to main content

Temubual bersama Saiful Ridwan berkenaan ASEAN




Wartawan ‘Jaringan Anak Muda’  sempat mengadakan temubual bersama saudara Saiful Ridwan Mohd Said yang pernah mengikuti Kembara ASEAN Jaringan Anak Muda di Indonesia baru-baru ini .Beliau juga pernah mengikuti rombongan Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD) membuat lawatan dan kajian sejarah di Selatan Thailand.Temubual ini bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan konsep ASEAN,harapan kepada kepimpinan Malaysia yang memimpin ASEAN,peranan anak muda dalam menjayakan konsep ASEAN dan pelbagai perkara berkenaan ASEAN.

Berikut ialah hasil temubual tersebut.

Terima kasih saudara atas kesudian untuk ditemubual dan membicarakan persoalan ASEAN .Apa pandangan saudara tentang konsep ASEAN?

Konsep ASEAN ini sangat bagus dalalm mewujudkan ASEAN yang lebih baik,damai dan menjamin keselamatan antara negara-negara ASEAN.Ekonomi negara-negara ASEAN mampu menjadi semakin kuat dan perkongsian pendidikan serta pertukaran kepakaran dan teknologi antara negara ASEAN wajar dimanfaatkan.Kelebihan dan kekuatan yang dimiliki setiap negara dapat juga dimanfaatkan demi kebaikan komuniti  ASEAN.

Malaysia mula memimpin ASEAN pada tahun 2015 ini dan apa harapan saudara buat kepimpinan Malaysia sekarang ini dalam usaha menerajui ASEAN pada kali ini?

Harapan saya agar Malaysia dapat memainkan peranan untuk menangani konflik yang berlaku seperti di  Mindanao,Selatan Thailand dan nasib penduduk Rohingya dan kita mengharapkan Malaysia mampu menjadi negara pendamai bagi konflik yang berlaku tersebut dan masyarakat Malaysia menyedari tentang isu-isu yang berlaku di sekitar negara ASEAN memandangkan kita lebih dekat dan mampu untuk memahami isu tersebut dengan lebih baik.

Saya mengharapkan walaupun memiliki budaya berbeza ,kita mampu mewujudkan  konsep ‘Budaya ASEAN’ yang sentiasa menekankan aspek persamaan.
Kerjasama yang kukuh antara pemimpin tertinggi negara ASEAN dan tokoh-tokoh berpengaruh di setiap negara ASEAN wajar dimanfaatkan untuk kedamaian dan keamanan.

Saya suka mencadangkan agar dibuat kajian berkenaan apa jua sejarah yang berlaku di negara ASEAN misalnya terhadap kajian tempat-tempat bersejarah di pelbagai negara ASEAN dan saya sempat ke Selatan Thailand dahulu untuk melawat tempat bersejarah disana dan melihat khazanah kitab tokoh ilmuwan di sana.Saya merasakan Malaysia juga wajar memberi perhatian dan pertolongan untuk menyelamatkan khazanah kitab tokoh ilmuwan disana.

Bagaimana pula pandangan saudara tentang peranan anak muda dalam membantu menjayakan konsep ASEAN ini?

Anak muda boleh membuat kajian-kajian terhadap tokoh-tokoh yang ada di ASEAN ini disamping mengadakan siri kembara ke negara-negara ASEAN untuk mempelajari sesuatu tentang budaya-tradisi di setiap negara ASEAN.Apabila kita kembara ke pelbagai negara dan belajar tentang perbezaan budaya antara negara ASEAN,kita akan lebih bersikap terbuka dan bertolak ansur terhadap apa jua perbezaan yang wujud.

Perbezaan antara negara- negara ASEAN tetap wujud tetapi bagaimana anak muda dapat menanganinya dengan baik?

Anak muda perlu banyak berdialog dan bersama-sama untuk menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.Anak muda perlu sentiasa menekankan aspek kedamaian dan persaudaraan serta tidak mudah 
terprovokosi untuk saling bermusuhan antara satu sama lain.

Apa aktiviti yang wajar dijalankan oleh Malaysia sempena memimpin ASEAN ini?

Kita wajar mengaktifkan lagi program-program sukan dan budaya di peringkat ASEAN.Selain itu juga dengan bencana alam yang sering berlaku di pelbagai negara ASEAN ini,saya mengharapkan lebih banyak program bantuan kemanusiaan-misi sukarelawan di peringkat ASEAN digerakkan dan melibatkan anak-anak muda.

Usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk negara ASEAN juga boleh diadakan dengan bantuan kerjasama NGO-NGO di setiap negara ASEAN dan tumpuan juga perlu diberikan kepada aspek pendidikan dan ekonomi.Anak muda ASEAN wajar melibatkan diri dalam hal keusahawana dan perniagaan dan melebarkan sayap perniagaan mereka di pelbagai negara ASEAN.

Konflik peperangan yang berlaku di Timur Tengah jika tidak ditangani lebih awal boleh berlaku juga di negara ASEAN.Pada pandangan saudara,bagaimana kita boleh terus mewujudkan kedamaian dan keamanan di negara-negara ASEAN?

Kita perlu memberi tumpuan utama kepada pendidikan anak muda dan memberi kefahaman yang mencukupi kepada mereka terhadap apa jua isu yang  boleh menggugat kestabilan negara-negara ASEAN.Saya lebih suka kita menekankan aspek dialog misalnya dialog antara agama dikalangan anak-anak muda ASEAN.

Bagaimana kita mahu menyebarkan semangat ASEAN ini  kepada masyarakat di peringkat akar umbi?

Kita perlu memanfaatkan ruang media seperti di Facebook,radio,tv untuk menerapkan semangat ASEAN ini dan ruang media ini perlu digunakan untuk menonjolkan kebaikan-kebaikan yang wujud dikalangan penduduk negara ASEAN.Usahlah kita memperbesar-besarkan isu negatif dan keburukan yang ada dikalangan kita.Ini menuntut kerjasama yang erat dikalangan pengamal media di negara-negara ASEAN dan para wartawan misalnya perlulah sentiasa melaporkan berita-berita yang positif,benar dan penuh semangat ASEAN.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…