Skip to main content

Temubual:Isu perbezaan aliran pemikiran

 Jaringan Anak Muda menemubual saudara Muhamad Humaidi,lulusan  Fiqh Usul,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan meminta pandangan beliau berkenaan isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia,peranan agama dalam era masa kini dan bagaimana menangani perbezaan pandangan khususnya daripada lepasan pengajian agama dari pelbagai negara.




Temubual bersama beliau ialah seperti berikut:-

Bagaimana saudara melihat isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia ?

Isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia ini banyak  dimainkan oleh pihak media dan masyarakat akan mula membahaskannya selepas diperbesar-besarkan  dan dihangatkan oleh pihak media.Kemunculan media sosial merancakkan lagi perbahasan ini

Di kalangan masyarakat kita juga ramai yang mengaku bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mengamalkan fiqh Syafii walaupun amalan mereka bertentangan dengan  ajaran sebenar yang diajar oleh Imam Syafii.

Masalah perbezaan pandangan dalam isu fiqh usahlah diperbesar-besarkan memandangkan fiqh merupakan hasil ijtihad yang boleh disesuaikan dengan keadaan semasa dan ia berbeza dengan isu aqidah yang perlu diberi perhatian lebih mendalam.Persoalan Fiqh ini perlu diperluaskan perbahasannya lagi bukan disempitkannya.

Masyarakat kita sekarang ini kadangkala melabel diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan melabelkan pihak yang berbeza pandangan dengan mereka dengan pelbagai label  walaupun barangkali mereka juga tidak tahu apa itu Ahli Sunnah Wal 

Jamaah.Mazhab juga seolah-olah  dianggap sebagai satu organisasi yang perlu didaftar keahliannya.
Segala perbezaan pandangan ini perlulah diraikan dan kita perlu mengelak daripada mewujudkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat kita.

Apakah isu besar yang wajar dibahaskan dalam masyarakat kita bagi mengelakkan kita tenggelam dalam membahaskan isu perbezaan pandangan sesama kita  dalam isu-isu ranting dan kecil yang tidak wajar diperbesar-besarkan? 

Bagi saya masyarakat kita lebih wajar membahaskan masalah sosio masyarakat dan isu-isu seperti nasib gelandangan,ibu tunggal,anak yatim,anak luar nikah dan menangani pelbagai gejala sosial yang telah berlaku pada masa sekarang.Masyarakat kita seolah-olah lebih suka membincangkan isu-isu yang bersifat teori dan berdebat tidak berkesudahan dan tidak membincangkan isu-isu yang boleh membangunkan masyarakat kita ke arah yang lebih baik.

Pada pandangan saudara,apakah  punca masyarakat kita suka menghabiskan  masa membahaskan isu-isu kecil dan berdebat berbalah tidak berkesudahan?

Banyak punca yang menyebabkan hal ini berlaku tetapi pada pandangan saya kewujudan media sosial turut menyumbang merumitkan lagi keadaan apabila atas nama kebebasan bersuara,semua orang boleh memberi pandangan masing-masing sehingga kita mengabaikan pandangan daripada mereka yang lebih berauthoriti.

Apatah lagi dikalangan para guru atau agamawan sendiri yang turut terlibat memperbesar-besarkan isu yang kecil,banyak menimbulkan kontroversi,dan berbalah tidak berkesudahan dalam pelbagai isu.

Cara penyampaian guru-agamawan itu sendiri turut menyebabkan anak murid mereka terjebak dalam konflik perbahasan isu-isu kecil ini sehingga mengabaikan isu-isu yang lebih besar.

Para agamawan perlu memberi kefahaman Islam secara betul kepada masyarakat dan sentiasa mengamalkan pendekatan wasatiyyah serta menghargai perbezaan pandangan.
Jika mereka saling salah menyalahkan antara satu sama lain,ia langsung tidak akan menyelesaikan apa jua masalah dalam masyarakat kita sekarang ini.

Muncul pelajar pengajian agama dari pelbagai negara seperti Mesir, Jordan,Arab Saudi dan lain-lain dari latar belakang pengajian yang  berbeza dan kecenderungan dengan pelbagai aliran seperti Sufi,Salafi dan lain-lain.Apa pandangan saudara dalam hal ini dan bagaimana kepulangan mereka ke tanah air sebaik tamat pengajian nanti tidak akan menimbulkan  kekecohan dalam masyarakat kita?

Kewujudan mereka ini merancakkan lagi perbahasan pengajian agama dan mereka pastinya sedikit sebanyak mudah terpengaruh dengan para guru mereka dan latar belakang pengajian mereka yang barangkali berbeza.Samada mereka belajar di luar negara mahupun belajar didalam negara kita sendiri,usaha untuk menyatukan semua aliran dan pandangan barangkali mustahil dengan kewujudan pelbagai perbezaan namun sekurang-kurangnya kita mengharapkan mereka sentiasa saling hormat menghormati pandangan orang lain dan inilah peranan adab dalam pengajian.

Sebagaimana mereka hormat kepada guru-guru mereka,mereka juga harus menghormati  orang lain juga dan segala perbezaan pandangan perlulah ditangani menggunakan medium yang betul tanpa menimbulkan sebarang kekecohan bahkan perpecahan dalam masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…