Skip to main content

2 nd Asia and Oceania Regional IBBY Congress

oleh Wan Mohamad Wasif 

Acara berkenaan sastera-kesusasteraan kanak-kanak ini membahaskan pelbagai topik antaranya berkenaan hak kanak kanak dalam mendapatkan pendidikan yang selayaknya,pendidikan untuk anak Rohingya(dibentangkan oleh ibu allahyarham Ammar),mangsa perang,OKU,kreativiti dalam mengajar pantun kepada pelajar(termasuk melalui nyanyian lagu).


Turut diadakan persembahan lakonan cerita oleh wakil Indonesia ,persembahan khas dari Jepun yang mengajar melalui pelbagai alat ,persembahan mengajar melalui puisi oleh wakil Australia ,teknik dan kreativiti mengajar buat para guru melalui pelbagai sumber sastera.
Juga ditekankan soal buku untuk kanak-kanak (termasuk yang kelainan upaya)dengan pelbagai ilustrasi dan lukisan berwarna yang menarik.
Kepelbagaian teknik mengajar yang kadangkala diabaikan oleh para guru dikongsikan seperti mengajar melalui nyanyian lagu-lagu rakyat yang penuh unsur nasihat,pantun,bercerita,lakonan,puisi dan lain-lain.
Teknik mengajar begini yang diterapkan juga unsur sastera ini mampu mengelak para pelajar daripada suasana dan perasaan bosan sewaktu guru mengajar di dalam kelas.

Acara makan malam menyambut para peserta seminar sastera kanak-kanak malam ini turut diserikan lagi dengan persembahan dikir barat yang diubah suai membawa kisah kura-kura dan arnab.(persembahan pelajar sekolah rendah)
Kisah kura-kura dan arnab disampaikan dalam bentuk yang agak kreatif melalui dikir barat.
Lantas saya teringat akan kisah "Jangan Monyet, Jangan!!" salah satu siri Hikayat Sang Kancil yang popular ketika kami kecil kecil comel dahulu. smile emoticon
Sembang sembang santai Ziarah Karyawan tempoh hari ada dibangkitkan kisah "Jangan Monyet,Jangan!" ini.
Selain itu juga turut diadakan persembahan bercerita dalam bahasa Inggeris ala muzikal oleh dua beradik Melayu (berusia 10 dan 12 tahun) yang cukup fasih berbahasa Inggeris dan mampu menyampaikan cerita dengan cukup kreatif.
Sistem pendidikan kita wajar merujuk kembali siri KISAH KISAH TELADAN dan mengajarkannya kepada para murid disamping menerapkan elemen KEMAHIRAN BERCERITA kepada para murid.
Para guru juga wajar mengamalkan kaedah bercerita sewaktu mengajar anak murid didalam kelas.
Teringat saya kenangan sewaktu belajar dibawah bimbingan allahyarham Prof Abdul Halim Md Diah di UM yang memang dikenali mengajar dengan pelbagai teknik bercerita didalam kelas sehingga kami ternanti-nanti kelas beliau berbanding sesetengah kelas yang kami berkata dalam hati kami "bilalah nak habis ni!"

Allahyarham mengajar kami dengan tidak terlampau bergantung kepada buku teks/silibus sebaliknya akan bercerita pelbagai kisah yang mempunyai pengajarannya dan.bertepatan dengan tema subjek yang diajarkannya ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…