Skip to main content

Bicara 2 Dekan

oleh Wan Mohamad Wasif 

Tahniah buat PMUM,PMIUM dan Sekretariat Sastera dan Sains Sosial UM yang telah menganjurkan acara Bicara 2 Dekan yang menampilkan 2 orang Dekan UM iaitu Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial,Prof Sidin Ishak dan Dekan Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran,Prof Nazari Ismail.


Kedua dua Dekan ini juga aktif dalam pelbagai gerak kerja NGO-kemasyarakatan disamping tugas akademik mereka.
Ini wajar dijadikan contoh khususnya buat para mahasiswa bahawa para intelektual sejati tidak sama sekali memisahkan dirinya dengan masyarakat lingkungannya.
Program yang menampilkan ahli akademik sebeginilah yang wajar diaktifkan di kampus kampus universiti kita.
Kecenderungan sejak kebelakangan ini kita melihat banyak persatuan mahasiswa yang lebih cenderung membawa masuk ahli-ahli politik ,para artis dan selebriti atas nama wacana/diskusi.
Prof Nazari dalam acara ini membangkitkan beberapa perkara seperti isu kos sara hidup yang semakin meningkat,sikap rakyat yang suka berhutang,isu rasuah dan ketirisan.
Bagi beliau masyarakat perlu cerdik,mempunyai petunjuk dan
nilai yang betul disamping tidak mengejar hal keduniaan semata-mata.
Masyarakat menurut beliau perlu memahami juga tujuan hidup di dunia ini dan bagi beliau jika kita mahu selamatkan negara ini,ia sangat bergantung kepada nilai masyarakat dan nilai mahasiswa itu sendiri.
Menjawab persoalan berkenaan NGO pula,Prof Nazari yang juga aktif dalam gerak kerja NGO mengatakan kebanyakan NGO itu bertahan atas sumbangan ahli-ahlinya sendiri yang bersedeqah,waqaf dan sebagainya .
Beliau juga menyentuh persoalan isu gelandangan,amalan riba dan bagi beliau mahasiswa itu sendiri boleh menyumbang dan memberi kepada masyarakat setakat mana yang mereka mampu.
Prof Nazari sangat menekankan aspek merubah sistem ekonomi kini namun beliau mengatakan bahawa merubah sistem itu mungkin perkara kedua kerana yang paling utama kini juga ialah merubah nilai masyarakat .
Beliau juga membangkitkan soal kebolehan berfikir, berbincang dan mengharapkan wujudnya suasana dimana masyarakat bebas berfikir, berbincang ,tidak takut untuk berbincang dan mengharapkan mahasiswa memainkan peranan dalam menukar suasana sosio politik kita agar masyarakat kita bebas berbincang dan berfikir.
Menurut beliau kita mesti mewujudkan suasana yang bebas dan demokratik dimana masyarakat boleh mengketengahkan idea yg betul dan bernas dan ahli akademik berani untuk mengeluarkan pendapat mereka tanpa rasa takut dan tanpa wujud implikasi negatif.
Beliau juga mengharapkan perubahan sikap pada mahasiswa khususnya dalam membantu orang yang susah,terlibat sama dalam misi kemanusiaan dan dalam mewujudkan suasana yang lebih sejahtera.
Mahasiswa menurut beliau perlu memainkan peranan dalam melawan apa jua sistem ekonomi dan sistem politik yang zalim dan perlu memainkan peranan dalam pelbagai isu seperti misi kemanusiaan,sosial kemasyarakatan,politik tempatan dan antarabangsa serta apa jua yang memberi rahmat sejahtera kepada semua.
Prof Sidin pula mengupas berkenaan program NGO dan kesukarelawanan yang wajar diberi perhatian oleh para mahasiswa bukan sekadar program politik semata-mata.
Bagi beliau kita boleh memberi sumbangan masa,tenaga,kemahiran,pemikiran dan sebagainya .
NGO menurut beliau banyak yang bergantung kepada sumbangan derma ahli-ahlinya sendiri walaupun wujud juga ngo yang kaya atau ngo yang mendapat naungan kerajaan.
Kewujudan NGO juga bagi beliau merupakan hasil kesedaran masyarakat kita untuk melakukan kebajikan dan NGO itu banyak juga digerakkan oleh pesara kerajaan dan mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan dahulu dan NGO memanfaatkan kehadiran mereka yang banyak membantu dalam hal jaringan misalnya serta menarik sokongan pelbagai pihak.
Bagi beliau gerak kerja kemasyarakatan tidak boleh digerakkan oleh individu tetapi memerlukan kerjasama masyarakat keseluruhannya , membina jaringan dengan pelbagai pihak serta saling
berkongsi kebolehan dan kepakaran masing-masing.
Menjawab persoalan berkenaan politik dan kepimpinan pula,Prof Sidin mengatakan bahawa politik itu penting tetapi soal kepimpinan itu luas skopnya seperti kepimpinan dalam ekonomi, pendidikan ,kemasyarakatan dan tidak sekadar mengikut takrifan
politik sempit sahaja.
Bagi beliau kelompok politiklah yang paling memerlukan sokongan dan "sangat lapar" kepada para mahasiswa .
Beliau mengharapkan para mahasiswa agar tidak sekadar tertumpu kepada soal politik kepartian sempit semata-mata sebaliknya bergiat aktif dalam hal
NGO, kebajikan, ekonomi, kesusasteraan dan sebagainya.
Prof Sidin juga berkongsi pengalaman beliau terlibat dalam majlis buku kanak-kanak antarabangsa dan usaha menggerakkan budaya membaca termasuk dalam kalangan orang buta,bisu, pekak atau kelompok OKU dan kanak kanak autisme.
Bagi beliau walaupun tidak menyertai siri demonstrasi misalnya bukanlah bermakna kita tidak bersama masyarakat kerana begitu banyak jalan bersama masyarakat seperti yang beliau nyatakan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…