Skip to main content

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif 

Catatan Kembara di Thailand


Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.

Pelawaan untuk mengikuti kembara ke Songkhla-Yala-Narathiwat kali ini sambil melihat manuskrip kitab melayu lama dan program di rumah anak yatim  daripada En Zul dan Abang Juraij (Persatuan Pelancongan(MITRA) dan Briged Bakti segera saya sahut walaupun hanya sehari sebelum mengikuti kembara itu saya baru berjaya memperbaharui passport.Jam 7.45 pagi Jumaat itu saya perbaharui passport di Putrajaya dan siap urusan perbaharui passport sekitar jam 10.30 pagi sebelum mengikuti beberapa acara di Putrajaya sempena Putrajaya International Islamic Art (sempat juga ke perkarangan Istana Kehakiman untuk perbicaraan DSAI)sehingga lewat petang dan tiba di rumah selepas Maghrib sebelum diambil oleh sahabat baik,Saiful Ridwan menuju ke Hentian Bas Jalan Reko,Kajang.Di sana saya bertemu sahabat-sahabat baru serombongan ke Thailand ini.Kesemua kami (diketuai abang Juraij-Briged Bakti) seramai 11 orang merupakan pelajar pelbagai institusi pengajian(BA dan Master) seperti UM,UKM,MFI dan maktab perguruan.

Jam 1030 malam kami menaiki bas di hentian bas jalan reko ini menuju ke Bukit Kayu Hitam,Kedah.
Sekitar jam 6 pagi kami tiba di Bukit Kayu Hitam dan turun di  pusat imigresen sempadan Bukit Kayu Hitam-Danok (Malaysia-Thailand) dan selepas urusan imigresen kami diambil oleh wakil pihak sekolah di Sadao menaiki van dan singgah sarapan pagi dahulu di pekan Danok.Di pekan Danok,Thailand ini suasana tidak ubah seperti Kedah/Perlis apatahlagi penduduknya yang kami temui masih boleh berbahasa Melayu utara.

Dari pekan Danok kami meneruskan perjalanan ke Madrasah Al-Muhammadiyah Al-Islamiyyah ,Prutiaw di Sadao dan disana kami berehat-mandi membersihkan diri sebentar sebelum dijamu sekali lagi dengan makanan Sadao.Di  madrasah ini terdapat asrama yang menempatkan anak yatim dan penduduk miskin yang menuntut ilmu disini.Sambutan menggalakkan menyebabkan pihak pentadbiran dalam usaha untuk menambah bangunan baru untuk urusan pendidikan penduduk disini.

Dari Sadao kami ke Chenak  dan disana kami menziarahi makam allahyarham Syeikh Abdul Samad Alpalembangi,tokoh yang mahsyur dengan pelbagai kitabnya di nusantara ini.Rombongan kami berjaya menjumpai makam ini selepas dibantu oleh seorang makcik tua penduduk kampung di sana.Perkarangan makam yang daif itu menurut abang Juraij boleh dibangunkan lagi dengan bantuan dana pelbagai pihak dan penduduk kampong disana dan ia boleh dijadikan seakan kompleks untuk mengenang jasa dan perjuangan Syeikh Abdul Samad al palembangi.Menurut kisah penduduk kampong,Syeikh Abdul Samad al palembangi ini telah mati dibunuh ketika beliau berusaha berjuang bersama penduduk kampong disana.Syeikh Abdul Samad alpalembangi ini mengembara ke pelbagai tempat untuk mengajar dan menyebarkan misi pendidikannya di serata tempat.

Dari Chenok kami meneruskan perjalanan kami ke Songkhla dan disana kami menziarahi Madrasah Anak Yatim Sartiwit di Songkhla yang menempatkan ramai anak yatim khususnya anak-anak yatim mangsa tragedi hitam Tak Bai.Rombongan kami bertemu dengan En Zulkafli Daud,pengerak utama projek kami ini yang sudah lebih awal ke sini membawa rombongan lain dan sempat mengadakan  sesi perbincangan dan taklimat berkenaan rumah anak yatim ini bersama pihak pengurusan rumah anak yatim ini.









Menurut pihak pengurusan rumah anak yatim ini,disini anak-anak yatim yang majoritinya anak mangsa tragedi hitam Tak Bai dan dari Pattani ditempatkan di asrama dan belajar pelbagai ilmu disini secara percuma.Kesan tragedi Tak Bai dan pelbagai pembunuhan di Pattani menyebabkan anak-anak yatim ini menjadi mangsa,hidup dalam serba daif dan terabai pendidikan mereka.Oleh kerana itu pihak pentadbiran rumah anak yatim dengan bantuan individu dan pelbagai pihak yang bermurah hati menaja kos penyelenggaraan rumah anak yatim ini mengambil ramai anak yatim dari pelbagai kawasan dan mereka juga mempunyai data maklumat peribadi anak-anak yatim tersebut.Mereka sangat mengharapkan bantuan khususnya bagi menyelengara kos pengurusan rumah anak yatim ini (seperti kos asrama-makan/minum dan lain-lain) dan menggalakkan projek kesukarelawanan seperti mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga projek keluarga angkat(sukarelawan di Malaysia yang sudi menaja kos pendidikan anak yatim di sini)

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke rumah tuan pengetua madrasah itu dan disini kami mendengar pelbagai kisah tentang sejarah madrasah, pendidikan di Thailand,cabaran semasa khususnya tentang proses ‘Siamisasi’ yang menghakis bahasa-budaya dan adat penduduk di Selatan Thailand.

Dari Songkhla kami ke Yala dan disini kami mulai terasa suasana kawalan tentera Thailand di kawasan Selatan Thailand ini.Kami melintasi banyak pos kawalan keselamatan polis-tentera sepanjang perjalanan kami ke Yala ini namun tiada sebarang masalah yang kami hadapi.





Di Yala kami melawat sebuah kilang air soya dan mendengar taklimat tentang kilang air soya tersebut.Pelbagai jenis air soya yang dihasilkan di kilang ini dan kami diberi peluang merasai air-air soya tersebut.Antara air soya yang terdapat disini ialah air soya tulen,air soya campuran dengan susu kambing,air soya campuran coklat,air soya campuran habbatus sauda .Melalui lawatan ke kilang air soya ini kami dapat mempelajari sesuatu tentang peluang perniagaan halal yang terdapat di Yala ini apatah lagi air soya keluaran pihak kilang ini juga telah memasuki pasaran ASEAN dan pasaran antarabangsa.

Dari Yala kami menuju ke satu lagi kawasan Selatan Thailand iaitu Narathiwat dan di Narathiwat ini juga kami melintasi pelbagai pos kawalan keselamatan polis-tentera dan sesekali kami dapat melihat kawalan tentera dengan senapang panjang mereka di tepi jalan mengawal sehingga ke kawasan kampong.
Kami tiba akhirnya di Madrasah Ahmadiyah Pondok Wakaf Anak Ayam ketika hari sudah malam disambut tuan pengetuanya dan selepas berehat/minum-makan sebentar kami berpeluang melihat galeri manuskrip kitab Melayu lama yang terletak di bilik bersebelahan kami.Antara tujuan utama kami dalam kembara kali ini ialah untuk melihat manuskrip kitab Melayu lama ini.

Sebelum tidur kami mengadakan mesyuarat-taklimat dan pengenalan serta perancangan gerak kerja untuk misi melihat manuskrip kitab Melayu lama keesokan harinya.

Hari kedua kembara kami di Thailand dimulakan dengan sarapan pagi sebelum kami mendengar taklimat daripada tuan pengetua madrasah tentang manuskrip kitab Melayu lama yang terdapat di madrasah ini.
Tuan pengetua madrasah telah membuat kajian tentang manuskrip Al-Quran yang terdapat disini manakala menurut beliau,mereka memerlukan bantuan pelbagai pihak untuk mengkaji manuskrip kitab Melayu lama itu pula.Pihak kerajaan Turki telah banyak membantu usaha pemuliharaan manuskrip melayu lama itu yang telah dihantar ke Istanbul,Turki untuk proses pemuliharaannya sebelum ini.Wakil penyelidik dari Sepanyol,ngo/yayasan Turki juga pernah datang ke madrasah ini untuk membuat kajian berkenaan manuskrip tersebut.Menurut tuan pengetua madrasah ini,manuskrip Melayu lama itu merangkumi perbahasan pelbagai ilmu seperti ilmu perubatan,pembuatan keris ,tauhid,tasawuf,fiqh dan sebagainya.













Setiap seorang daripada kami kemudiannya diberi setiap seorang sebuah kitab lama untuk dibelek-dibaca setakat mana yang mampu dan menganalisis catatan perbincangannya setakat yang kami mampu.Kebanyakan kitab lama  yang terdapat di madrasah ini merupakan kitab dalam bahasa Arab dan ada catatan terjemahan-huraiannya dalam tulisan jawi lama juga.Melalui usaha pemuliharaannya oleh pihak kerajaan Turki,kitab tersebut berjaya diselamatkan dari dimakan anai-anai dan masih boleh dibaca dan dikaji walaupun ia memerlukan kemahiran dan ilmu yang tinggi untuk mengkajinya.

Rombongan penyelidik kami sekurang-kurangnya telah belajar pelbagai asas untuk dokumentasi dan pengkajian manuskrip daripada tuan pengetua madrasah ini(misalnya tentang penulisan tajuk-nombor kod-gambar-saiz-pemilik-tempat-alamat-rekabentuk-nama jenis-ukuran panjang-lebar-tebal-berat-umur-tahun kitab-manuskrip tersebut)

Rombongan kami juga telah merakam beberapa video dokumentari sebagai pengenalan terhadap kitab manuskrip Melayu yang terdapat di madrasah ini.Proses pengkajian manuskrip kitab ini secara mendalam akan diteruskan dalam siri kembara kami akan datang dimana ia memerlukan kami untuk berkampung lebih lama disini.

Di Narathiwat ini kami sempat juga menziarahi sebuah masjid berusia sekitar lebih 380 tahun di Teluk Manuk dan menurut kisahnya ia tidak menggunakan sebarang paku dan memiliki senibina yang cukup unik.Ukiran kayu didalamnya misalnya cukup halus dan berseni dan kawasan bilal melaungkan azan terdapat di tingkat menara paling atas yang memerlukan kita memanjat tangga untuk naik ke atas menaranya.Kawasan sekitarnya dibangunkan sekolah untuk pelajar-pelajar disamping terdapat sungai ditepinya.

Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Narathiwat dan berhenti untuk membeli belah berdekatan kawasan pantai Narathiwat.Disana terdapat pelbagai jualan barang-barang keperluan dan ia menjadi tempat penduduk disana berkelah bersama keluarga di tepi pantai tersebut.

Dari sana kami terus menuju ke Sungai Golok dan perjalanan kembara kami ke Thailand yang bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah ,melalui Danok-Sadao-Songkhla-Yala-Narathiwat-Sungai Golok dan akhirnya kami tiba di pintu keluar sempadan Rantau Panjang,Kelantan.Sekitar jam 8.30 malam kami menaiki bas di stesyen bas Rantau Panjang menuju pulang ke Kuala Lumpur.

Walaupun kembara ke Thailand ini agak singkat 2 hari sahaja tetapi ia membuka mata kami untuk menggerakkan beberapa projek anak muda khususnya seperti projek kajian manuskrip kitab Melayu lama,projek sukarelawan mengajar bahasa Melayu-bahasa Inggeris,projek keluarga angkat untuk anak yatim mangsa Tak Bai-Pattani dan lain-lain lagi.

Semoga lebih ramai anak muda yang akan bersama-sama kami dalam projek ini dan semoga ada pihak yang bermurah hati dan sudi membantu mengikut kemampuan masing-masing bagi menjayakan pelbagai projek yang dirancang bersama-sama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…