Skip to main content

Erdogan,Arab-Turki,Turki-Kurdish

oleh Wan Mohamad Wasif 

Makan tengahari bersama sahabat dari Palestin dan Turki.Sambil makan sambil sembang-sembang pelbagai isu.(di sebelah kami sekumpulan pelajar asyik bahas isu Tabung Haji-1MDB)
Sahabat Palestin membangkitkan isu nasionalisme sempit-asobiyah-racisme dikalangan Arab dan bertanyakan sahabat Turki tentang isu Kurdish.


Sahabat Turki itu ayahnya Turki ibunya Kurdish,membawa isu PKK (parti kurdish) dan penentangan kurdish terhadap Erdogan.
Kata beliau media antarabangsa banyak memutarbelit fakta dan membawa berita yang negatif dan memburukkan Erdogan seolah-olah majoriti Kurdish itu anti Erdogan.
Menurut sahabat saya yang ayahnya pengikut Said Nursi itu juga bahawa karya Said Nursi yang juga seorang Kurdish telah banyak merubah sikap dan pemikiran sebilangan Kurdish yang terlalu pekat perkaumannya sehingga mereka lebih terbuka dan mencintai manusia lainnya.
Sahabat Palestin mengingatkan kami berkenaan kelompok Baa'th Arab yang pekat perkauman sempitnya.
Wujud juga usaha melaga-lagakan Arab-Turki,Turki-Kurdish dll.
Erdogan-Davutoglu menyedari perkara ini kerana itu mereka melalui generasi baru pro Akp dan simpatisme mereka menganjurkan siri Arab Turk Youth Congress sebagai contoh yang menghimpunkan pimpinan muda Turki dan negara-negara Arab dari pelbagai latar belakang("Islamis",sosialis,liberalis,pelbagai ngo dll).
Mujur mereka membuka ruang untuk seorang wakil Malaysia untuk jadi pemerhati ketika itu(siap dengan tiket penerbangan dll)
Mereka ternyata serius untuk usaha persaudaraan termasuk mahu menyemak semula silibus sejarah yang diajar kepada anak muda yang kadang-kadang ada unsur membangkitkan keegoan ,perkauman sempit dan permusuhan sesama manusia)

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…