Skip to main content

"Information" or "Indoctrine"

oleh Muhammad Humaidi

Ketika menghadiri satu persidangan Asean di Wisma MCA baru-baru ini, aku telah memasuki satu bengkel berkenaan keagamaan. Telah menarik perhatian aku suatu ungkapan dari pembentang iaitu "information or indoctrine".



Memberi tahu suatu info atau mendoktrin sesuatu. Dalam suatu program yang melibatkan kepelbagaian agama, setiap agama cuba menceritakan berkenaan agama masing-masing. Tujuan menceritakan adalah supaya setiap orang boleh memahami agama orang lain seterusnya menghormati agama tersebut.

Tetapi persoalannya, adakah orang yang menceritakan berkenaan agama mereka itu sekadar ingin berkongsi maklumat agama mereka, atau mereka sedang mendoktrin agama atau fahaman mereka. Bahasa mudahnya adakah mereka sedang berdakwah mengajak orang kepada agama dan fahaman mereka.

Setiap orang yang beragama dan mempunyai fundamental yang kuat berkenaan sesuatu agama, pasti menganggap agama yang dianutinya adalah paling benar. Di atas prinsip kebenaran itulah dia perlu menyeru dan berdakwah orang yang lain kepada kebenaran.

Persoalan "agama siapakah paling benar?" inilah kebiasaannya akan menimbulkan konflik antara agama. Jika dalam satu perbincangan antara agama dalam kalangan fundamentalis, jika persoalan ini ditimbulkan pasti perbincangan akan bertukar menjadi perdebatan seterusnya pertengkaran dan pergaduhan. Kerana masing-masing mendokong agama, kepercayaan, dan fahaman merekalah yang paling benar.

Bagi sebahagian orang, mungkin mereka menganggap mudah tentang kepercayaan agama ini. Ada yang berkata "Yang berbeda itu hanya jalan dan cara, tetapi tujuannya tetaplah sama iaitu ingin mendekatkan diri kepada Tuhan". Mereka juga percaya bahawa setiap agama itu benar, dan perlu mengiktiraf kebenaran setiap agama, walaupun Tuhan dan cara mengabdikan diri dan beribadah kepada Tuhan itu berbeza.

Seruan ini juga sebenarnya adalah suatu doktrin iaitu mewujudkan agama baru hasil gabungan agama-agama yang sedia ada. Mungkin inilah yang mereka gelarkan pluralisme agama atau agama Ayah Pin. Dan agama Ayah Pin ini juga pasti akan mempertahankan fahaman, bahawa kepercayaan mereka inilah yang paling benar, kepercayaan mereka inilah yang akan mewujudkan keharmonian antara agama, selain dari agama kepercayaan mereka adalah kebatilan dan perpecahan serta membawa sengketa antara agama.

Bagi seorang muslim, pasti kita mengakui bahawa Islam lah agama paling benar. Dan Islam lah satu-satunya agama yang diterima disisi Allah.
إن الدين عند الله الإسلام
Kita mengakui bahawa agama kita paling benar, jadi bagaimana sikap kita terhadap agama yang lain. Fahami dua istilah ini:
1-Mengakui kebenaran.
2-Mengakui kewujudan.

Kita mengakui bahawa hanya Islam agama yang benar, dan dalam masa yang sama kita perlu mengakui 'kewujudan' agama yang lain. Kita menghormati dan merai agama mereka kerana KEWUJUDAN, bukan kerana KEBENARAN.

Tambahan dalam negara kita yang majmuk dengan bangsa, budaya, dan agama, wajiblah kita mengakui kewujudan perbezaan antara kita dan saling menghormati antara satu sama lain. Kewujudan agama mereka diiktiraf dan dirai, tetapi tidak kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…