Skip to main content

MAKNA PENDIDIKAN

Oleh Saufi Jelani

The Concept of Education In Islam
by Prof. Syed M. Naquib Alattas
Pendidikan.

Apabila berbicara soal pendidikan, bagi mereka yang mencebur dalam bidang pendidikan akan bertanya ke mana akan di 'posting'. Bagi graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) juga bertanya soalan yang sama. Dalam pada itu sebahagian yang lain merencana kurikulum kepada peringkat2 pengajian.

Apabila menyebut soal pendidikan juga, perbicangannya akan melibatkan perkara seperti pendidikan Islam, pendidikan sekular, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan keibubapaan dan anak-anak. Di universiti sering membicarakan wacana 'kualiti sistem pendidikan di Malaysia'. Dimana-mana juga bicara pendidikan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, dengan mengambil kata2 Nelson Mandela, "Education is most powerful weapon you can use to change the world".

Apa itu 'pendidikan', dan seharusnya bagaimana 'pendidikan' itu?

Saya pernah menulis satu kertas mengenai 'pendidikan' merujuk kepada apa yang dapat difahami Konsep dalam Islam.
https://www.academia.edu/6051527/Islam_and_the_philosophy_of_education


"Addabani Rabbi Fa Ahsana Ta'dibi"

Dimana mungkin dipertemukan perkataan seperti ini bagi menjelaskan makna pendidikan merujuk kepada 'adab'.
.......................

Satu hal lain pula muncul dikalangan akademia yang mempersoal hadis Rasulullah saw, terdapat banyak hadis daif. Pada mereka yang mahu ajar kita supaya jangan mempercayai hadis. Akademia yang fikirannya naif yang menolak tasawuf dan akidah Islam ini menganggap hadis dalam 'Ihya' 'Ulumuddin juga daif. Maka mereka menolak kitab Imam Al-Ghazali yang menjadi pegangan ahlul sunnnah wal jamaah?

Ahli hadis dikalangan generasi Iraqi, apabila tidak mampu menemukan sanad bagi hadis-hadis dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin tidak pula mendakwa bahawa ia mawdhu', yakni direka-reka oleh al-ghazali, Apatah lagi syeikh al-Daiba'ie sahibul maulid al-diba'i yang dari segi amalannya yang pegangannya berpegang teguh kepada ketokohan Imam Al-Ghazali.

Wabak ketaasuban yang melanda golongan ahli hadis hari ini mempersempitkan hadis kepada sanad semata-mata dan menolak kewibawaan imam-imam ahlul sunnah seperti Al-Ghazali adalah simptom keruntuhan adab (loss of Adab)



Tarbiyah: Satu Sarana Pencerahan
13 Apr 2015, Ahad

Semalam saya menghadiri satu program bersama pelajar2 Asasi (Pengajian Islam dan Sains), Universiti Malaya, saya diberi taklifan sebagai salah seorang fasilitator kepada satu kumpulan untuk menta’aruf seorang peserta dari kumpulan tersebut.

Saya membaca fail dokumen mengenai peserta yang disediakan kepada fesi, termasuk menyediakan ulasan. Urusetia mensharatkan untuk mencungkil dan menjuruskan peserta ke potensi selayaknya.

Semasa sesi bermula, saya memperkenal diri kemudian terus ke tujuan perbincangan. Walaupun saya tahu tak perlu mencatatkan apa2 rekod disini, bagi memastikan privasinya, namun saya tahu wajarnya bertanggungjawab. Saya diberi tugas untuk menjelaskan peranan seorang peserta terhadap ahli kumpulannya yang lain.

Seperti biasa peranan seseorang terhadap seorang yang lain tentulah berkait dengan tujuan masing-masing, Perserta perlu tahu tujuan dikalangan mereka, dari itu dapat menjelaskan peranan masing2 sekaligus mencorakkan hubungan antara mereka.

Antara permasalahan yang ditimbulkan adalah hubungan sesama mereka. Didalam nota ulasan, saya menyatakan sikap pesimis dalam pergaulan (komunikasi)  punca menyebabkan berlaku rasa rendah diri, menyendiri, kurang keyakinan dan lain2. Mereka seharusnya mempunyai ‘sentiment of solidarity’.

Dengan mengemukakan contoh kepada peserta supaya belajar dari pengorbanan Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan ‘Siti Hajar’, balasan dari itu hadiah berupa manasik haji, kini ditunaikan oleh jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia. Berbetulan dengan peserta saya semua dari kalangan kaum Hajar. Bagi saya pengisian untuk mereka perlukan satu yang lain yang wajar, dalam hal2 ideologi saya menyarankan supaya tulisan2 Maryam Jameela antara rujukan yang relevan.

Didalam fail yang diberikan ada disertakan dua kertas yang telah diisi oleh peserta mengenai pemahamannya terhadap maksud tarbiyah dan siasah. Saya meminta peserta menjelaskan maksud dari tulisannya. Maksud yang diberi, mendidik jiwa, akal, dan tubuh. Saya bersetuju dengan takrifan yang diberi.

Penutupnya saya mensharatkan peserta memulakan penulisan kritis melalui laman blog dengan memulakan tajuk Islam dan Alam Sekitar.

Islam dan Alam Sekitar
oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossein Nasr & Ziauddin Sardar
Terbitan Institut Kajian Dasar

ALAM NAN INDAH
Raja Mukhtaruddin, 1972

Alam nan indah
Terjelma di matamu
KETENANGAN
Penawar hati dan gundah gulana

Alam nan indah
Terjelma di pipimu
KESABARAN
Pengawal langkah nan gopoh gapah

Alam nan indah
Terjelma di kening mu
KEKUATAN
Pendorong semangat nan rohaniah,

Alam nan indah
Terjelma di bibir mu 
KEIMANAN
Pelengkap manusia yang lemah

Alam nan indah
Senyumlah & bermadah
Semoga manusia
terhilang resah
semoga
terasa hibur & gembira. Bahagia.


Sebaik saja tamat, sesi bersama peserta. Saya membuka satu lagi ruang perbicangan lain pula bersama urusetia. Perbicangan sekitar perubahan dalam manhaj, jika perlu juga mempersoal semula makna dan pengisian tarbiyah. Antara yang disarankan sebagai permulaan, Aqidah dan Perjuangan diperjelaskan lagi kepada Akidah Islam dan Perjuangan Sekular. 

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…