Skip to main content

Mencari Ilham di Istac

leh Saufi Jelani

Detik mula mengenali ISTAC ini baru hanya terlintas di benak saya semasa menyiapkan latihan ilmiah berkait konsep idea dan falsafah pendidikan merujuk pada karya tulisan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas. Istac telah pun bertapak dan dibangunkan wawasan perjuangannya sejak tahun 1991 lagi oleh pengasas-pengarahnya.

Dari situ saya mula menjejaki kerangka pemikiran beliau, seterusnya mengajak saya meneroka ke 'alam ilmi' pemikiran, falsafah, tamadun, metafizik, teologi, tasawuf dan banyak lagi. Penelaahan ini menarik saya terjun secara live ke dunia Ilmu di sini.

Pertama kalinya, saya telah menghantar satu kertas abstrak untuk seminar Islam and Science : An Educational Approach. Sedangkan semasa itu ISTAC telah berubah sama sekali. [Rujuk Raja Ahmad Aminullah dalam Minda Tertawan : Intelektual, Rausyanfikr dan Kuasa. Dr WM Noor W Daud, Md Asham Ahmad (IKIM.FM) dan Wan Faysal].

Saya tahu dan sedar akan perkara itu menyebabkan saya menyimpan hasrat lain ketika menyertai seminar itu. Saya perasan ada wujud dua aliran mendokong kesusasteraan dipimpin oleh pengasas-pengarahnya sendiri, manakala tampuk baru pentadbir dipimpin oleh Dato' Mahmood Zuhdi Abdul Majid mendokong aliran Sains.

Dr. Jasser Audah
Semasa di ISTAC saya sempat bertemu Dr. Sayyid Muhammad Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus. Masa itu, beliau baru tiba untuk hadir mesyuarat. Saya beritahu saya menghadiri seminar disini, saya membaca keratan akhbar tentang kejayaan beliau menterjemahkan karya agung Jalaluddin Rumi - 'Mathnawi'. Saya mendengar sedikit komen beliau. Saya mendokong pandangan2 kebahasaan yang didorong oleh 'Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu' seperti dianjur pada mukasurat 67 supaya kita mendalami karya2 seperti 'tazkirat alauliya', Ihya Ulumuddin, Mantiq attayr, Gulistan, Mathnawi, Sawanih, Tahafutu'l-Falasifah, Futuhatu'l-Makkiyyah, Fususu'l-Hikam, Al-Insanu'lKamil, Gulshan-i Raz, lawa'ih melalui kesarjanaan susastera termasuk, Al-ghazali, Ibnu'l-'Arabi, Faridduddin attar, Jalaluddin Rumi, Jili, al-Hallaj, 'Iraqi, Sa'di, Shabistari dan Jami';

Kali berikutnya saya hadir ke kuliah maqashid alshariah disampaikan oleh Dr. Jasser Auda. Kali ketiga saya hadir membeli beberapa buah buku terbitan ISTAC. Dan berikutnya saya solat jumaat disini, bertemu Dr. Baharuddin Ahmad.

Kita perlu sering memperkatakan tentang institusi agung ini kerana wacananya akan membuka lembaran perbincangan baru yang dahulunya berlansung jauh membatasi isu2 peradaban dan agama sedunia. Kita juga akan mengulang2 mengenai hal ini bahawa ia merupakan satu penganiayaan disengajakan, betapa kerugiannya memundurkan kaum Muslim, dunia ilmu dan kesarjanaan.
Seharusnya kita juga mempertahankan jabatan-jabatan pengajian yang membina korpus khazanah akademik dalam bidang falsafah, pemikiran dan persuratan. Salah satu contoh yang boleh dipuji pada tahun-tahun 1990-an ialah berdirinya ISTAC yang dipelopori oleh Professor Syed Mohd Naquib al-Attas dan menerima galakan menteri pendidikan pada waktu itu, Anwar Ibrahim. Tetapi selepas patronnya tersingkir dari kekuasaan ISTAC juga dilihat sebagai hidup segan mati tak mau, hingga akhirnya diserap menjadi seolah-olah sebuah jabatan biasa dalam sebuah universiti. Catatan dari buku 'Minda Tertawan dalam Hubuddunya dan Jiwa Merdeka' karya Raja Ahmad Aminullah

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…