Skip to main content

Syarahan Prof Ihsan Yilmaz berkenaan Rumi dan Gulen

oleh Wan Mohamad Wasif


Saya berkesempatan menghadiri syarahan oleh Prof Madya Dr Ihsan Yilmaz yang diadakan di IAIS pada 31 Mac 2015 yang lalu.

Acara ini menarik perhatian saya apatahlagi nama Dr Ihsan Yilmaz ini saya dengari sejak 4-5 tahun yang lalu sejak membina hubungan bersama sahabat-sahabat Malaysia Turkish Dialogue Society.

Aktivis mereka sering memetik ulasan beliau terhadap pemikiran guru-sifu mereka,Fethullah Gulen.





Saya juga mengikuti tulisan Dr Ihsan Yilmaz didalam akhbar (online) TodaysZaman milik pendokong ‘hizmet’ Gulen ini.
Ketika lawatan ke pejabat TodaysZaman di Istanbul dahulu bersama-sama sahabat MTDS,kami sepatutnya bertemu dengan beliau tetapi pada minit-minit akhir beliau tidak dapat hadir atas urusan yang penting.
Beliau pernah menjadi  fellow di University of Oxford dan kini bertugas di Fatih University,juga universiti yang dikendalikan oleh pendokong ‘hizmet’ Gulen.
Tajuk syarahan beliau di IAIS hari itu menarik perhatian saya iaitu ‘Social Innovation for Peaceful Coexistence:Intercultural Activism from Rumi to Gulen’ .Istilah ‘Social Innovation’ itu membuatkan saya berfikir ketika itu tentang apa kaitannya dengan Rumi dan Gulen.
Apatahlagi sejak kebelakangan ini saya telah mengikuti beberapa acara berkaitan keusahawanan seperti Global Startup ASEAN,Global Entrepreneur Summit(GES) yang banyak menekankan aspek ‘social innovation’ dan saya mahu mendengar kupasan Dr Ihsan Yilmaz tentang kaitannya dengan Rumi dan Gulen,2 orang tokoh yang saya telah menyimpan hasrat untuk mengkaji mereka secara lebih mendalam lagi.
Dalam kertas lampiran yang diberi kepada para peserta acara di IAIS ini,tercatat persoalan berikut:-
What would Mevlana Jalaludin Rumi say to Europe if he lived in today’s world?
Kajian berkenaan Rumi memang mendapat tempat di negara-negara Eropah,Amerika dan lain-lain apabila keinginan untuk mencari pencerahan dan mengisi kekosongan spiritual dikalangan rakyat mereka semakin ketara.

Sewaktu menghadiri seminar antarabangsa Maulana Rumi anjuran Kedutaan Iran yang diadakan di UM dahulu,hal ini turut dibangkitkan dan pemikiran Rumi yang menjadi ‘rebutan’ Turki dan Iran kini mendapat perhatian di negara-negara Eropah juga.

Dr Ihsan menjelaskan persoalan ‘Modernity-nationalism,imperialism –neo colonialism’  yang berlaku saat ini dan membangkitkan persoalan permasalahan yang kerap dikupas oleh Badiuzaman Said Nursi dan juga Fethullah Gulen iaitu masalah kejahilan,kemiskinan, dan perpecahan/pertelingkahan manusia.
Menghormati kepelbagaian bagi Dr Ihsan cukup penting pada masa kini dan beliau mengambil contoh pendekatan ‘sufisme’ Rumi,Mevlana Khalid-I Bagdadi,Badiuzaman Said Nursi,Muhammad Lutfi,Fethullah Gulen yang dilihat mewakili identiti ‘Turkish Islam’-‘Turkish muslim’.
Bagi Dr Ihsan juga ,penglibatan mereka yang aktif dalam sosial kemasyarakatan dan sikap toleran mereka wajar diteruskan oleh kita pada hari ini.
Beliau mengatakan bahawa inovasi sosial yang dibawa oleh mereka antara lain ialah bagaimana mereka memberi penekanan terhadap keperluan spiritual,sosial,budaya masyarakat sekeliling dengan penuh ‘semangat zaman’  tanpa mengabaikan tradisi dan rujukan sumber agama.
Di samping itu juga kita perlu mempelajari bagaimana mereka mampu memberi khidmat kepada masyarakat,cuba menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat,dan mengenal pasti cabaran dan ancaman yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Rumi dan Gulen mempunyai mesej utama yang sama misalnya dalam menerima orang lain,menganjurkan hidup bersama secara aman damai dengan orang lain dan mereka bertindak selaku aktivis sosial,budaya,pendidikan,antara budaya dan sangat menekankan dialog.
Bagi Dr Ihsan ,Rumi dan Gulen memiliki tafsiran yang sama walaupun mereka hidup berbeza masa,tempat dan generasi.
Rumi mendapat tempat di Amerika menurut beliau kerana pendekatan cinta,toleran,rahmat,melawan kebencian-peperangan-pergaduhan yang dibawa oleh beliau begitu jugalah dengan pendekatan Fethullah Gulen kini.Dr Ihsan membandingkannya dengan pendekatan ekstrimis yang dibawa oleh Al-Qaeda,ISIS dan sebagainya termasuk keganasan mereka membakar perpustakaan.

Dr Ihsan juga mengupas sedikit berkenaan sejarah Empayar Seljuk-Mongolia dan menurut beliau Rumi membesar di Konya yang pernah juga menjadi kota utama Empayar Seljuk sepertimana Istanbul menjadi kota utama Turki Uthmaniyah.Suasana ‘Anatolia’ Konya yang merupakan bandar kosmopolitan seperti juga New York pada hari ini menurut Dr Ihsan mencorak pendekatan kesufian Rumi dan para ahli sufi-tasawuf dari kalangan Sunni.
Pendekatan tersebut menurut beliau lagi sangat menekankan hal-hal ketuhanan-keimanan-tauhid,alam,soal kesatuan-perpaduan dan dialog.
Inovasi sosial yang dibawa oleh Rumi dan Gulen juga menurut Dr Ihsan boleh dilihat bagaimana mereka begitu aktif dalam hal sosial kemasyarakatan,sentiasa mendekati masyarakat,mengutamakan soal menjadi manusia yang baik,penuh perikemanusiaan dan berkhidmat kepada setiap orang.

Mereka tetap memberi perhatian dalam soal  politik seperti soal pemerintahan yang adil-pemerintahan –tadbir urus yang baik dan hal ini menurut Dr Ihsan ada dikupas dalam The Letters(kalau tak silap saya beliau merujuk kepada karya Badiuzaman Said Nursi)



Soal cinta tuhan-maha pencipta dan menghormati setiap ciptaan turut diberi perhatian oleh mereka.Dr Ihsan Yilmaz mencadangkan bacaan terhadap karya tokoh ‘sufi’-penyair Turki,Yunus Emre dan juga Sayyid Hussein Nasr,tokoh kontemporari kelahiran Iran ini.

Dr Ihsan Yilmaz menceritakan bagaimana pendekatan Fethullah Gulen dalam aspek pendidikan misalnya dengan menyediakan asrama-asrama  pelajar,menganjurkan dialog-rational-soal keamanan dunia-hidup bersama dan memberi contoh bagaimana beliau mengasaskan persatuan penulis-wartawan dan mengadakan majlis berbuka puasa dengan menjemput pelbagai pihak dari pelbagai latar belakang agama,kaum,negara dan sebagainya.
Gulen memanfaatkan ruang media,dunia akademik-keintelektualan,dunia perniagaan misalnya untuk menganjurkan rasa hormat setiap orang tanpa mengira latar belakang agama dan beliau sentiasa mendalami dan mengadaptasi  realiti baru yang wujud kini.


Gulen juga menghuraikan pemikiran Badiuzaman Said Nursi dengan pendekatan kontemporari menerusi siri khutbah Jumaat,ceramah-ceramah beliau di pelbagai tempat dan menekankan bahawa alam ini ialah buku tuhan yang luas dan kita perlu memberi perhatian kepada soal moral-kemanusiaan,sentiasa berkorban,berkhidmat kepada masyarakat dan mengutamakan pendidikan yang terbaik kepada semua.

Beliau memberi fokus kepada peranan media sehingga  ‘hizmet’ Gulen memiliki stesyen Tv,suratkhabar ,majalah dan syarikat percetakan-penerbitan sendiri disamping sangat memberi perhatian terhadap usaha memperkasakan gerakan masyarakat madani tanpa mempolitikkan dan memanipulasikan agama untuk kepentingan peribadi.


Syarahan Dr Ihsan Yilmaz ini sangat bermanfaat dan menambahkan lagi minat saya untuk lebih mendalami berkenaan 2 orang tokoh ini iaitu Rumi dan Gulen .Pendekatan Rumi dan Gulen ini wajar  ditonjolkan kepada semua pihak khususnya dalam melawan pendekatan ekstrimis yang mengancam dunia pada masa kini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…