Skip to main content

Temubual bersama Alissa Wahid(anak allahyarham Gus Dur)



Jaringan Anak Muda berkesempatan menemubual  saudari Alissa Wahid ,anak perempuan kepada mantan Presiden Indonesia,Abdur Rahman Wahid @Gus Dur ketika menghadiri acara ASEAN People’s Forum/ASEAN Civil Society Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau kini menggerakkan Jaringan Gusdurian dan pihak kami meminta pandangan beliau berkenaan wacana Fiqh Sosial,Fiqh Syariah dan pendekatan Islam Nusantara,Islam di kawasan Asia Tenggara.



 Berikut ialah hasil temubual tersebut.

Boleh saudari jelaskan sedikit berkenaan wacana Fiqh Sosial.

Ulama di Indonesia dari dulu tradisi mereka sangat kuat dalam fiqh sosial,dimana fiqh selalu dipakai untuk merespon situasi sosial yang dihadapi umat sehingga ulama itu tidak seperti di menara gading  yang tak mengerti apa yang berlaku,apa yang terjadi  pada umat kemudian tidak mahu tahu pokoknya fiqh itu begitu sahaja.

Fiqh sosial itu lebih banyak tertumpu  lebih kepada usul fiqh; mencari solusi terkait dengan problem yang dihadapi ummah .

Itu yang menurut saya membuat  Islam Nusantara ,Islam di kawasan Asia Tenggara lebih lentur menghadapi persoalan sosial.

Bagaimana pula dengan Fiqh Syariah?

Kalau Fiqh syariah itu lebih rigid ,ia  mengatur boleh atau tidak , kadang-kadang rigid membuat kita tak bisa  menyelesai persoalan yang sifatnya  kekinian -yang saat ini ada, kerana itu ulama yang baik itukan perlu  mencari solusi kepada masyarakat yang mereka pimpin.

Boleh saudari berikan contoh usaha ulama dalam menjalankan pendekatan Fiqh Sosial ini.

Pada tahun 60 an organisasi perempuan didalam NU(Nahdatul Ulama) dan didalam Muhammadiyah ;2 organisasi muslim terbesar di Indonesia sama-sama  mengadukan kepada para ulama persoalan angka kematian ibu dan bayi yang sangat  tinggi dan mereka meminta fatwa ulama tentang apa yang perlu dilaksanakan dan ternyata yang dibutuhkan ialah pengaturan kelahiran itu yang kemudian para ulama memberi fatwa mengunakan methodologi qias untuk mencari mana   yang relevan kemudian menemukan Al-Ghazali mengatakan ‘azal’ itu  boleh, banyak sekali hadith tentang perkara ini,maka alat jangka pendek dipakai ,setelah difatwa .

Fiqh sosial ini cuba menyelesaikan masalah sebenar ditingkat umat untuk mencapai maslahah umat, direspon dengan  pendekatan teologi.

Apa program yang wajar dijalankan bagi pendekatan Fiqh Sosial ini?

Kita saat ini sedang pada tahap menguatkan kembali pendekatan Fiqh Sosial, kalau 80 an- 90 an dahulu, NU(Nahdatul Ulama) punya program pendidikan wawasan keulamaan,  wawasan kebangsaan pada ulama sehingga  ulama menelaah fiqh sosial ,memperkuat ulama agar lebih banyak yang  memang menyedari urusan keumatan itu lebih sekadar urusan ibadah personal.

Apakah nasihat saudari kepada umat Islam di Malaysia, Indonesia dan kawasan Nusantara keseluruhannya dalam membawa pendekatan Islam yang ramah dan tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan?

Menurut saya  Islam Nusantara- Islam di kawasan Asia Tenggara berbeda dengan Islam di Timur Tengah,ia  tumbuh di tanah subur keberagaman kerana itulah lebih lentur lebih terbuka kepada kelompok lain tetapi selalu membawa semangat Islam  Rahmatan Lilalamin kerana itu umat islam sekarang sangat perlu menghidupkan kembali semangat Islam Rahmatan Lilalamin dalam dirinya,kalau dalam NU(Nahdatul Ulama),ia  hidup dengan  4 prinsip iaitu Tasamuh,Tawazun,Taadul dan Tawasut. 

Itu semua akan mmbantu  kita untuk hidup damai dengan orang lain,menjadi muslim yang moderat,menjadi muslim yang  moderat jelas sekali kita tidak akan ekstrim dan tak mengikut kelompok-kelompok ekstrim.

Kita perlu hidupkan kembali nilai-nilai yang ditanamkan oleh para pendahulu kita dan membuatkan Islam begitu besar di Asia Tenggara.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…