Skip to main content

Temubual bersama Astora Jabat



Jaringan Anak Muda berkesempatan menemubual  saudara Astora Jabat(wartawan-penulis yang  pernah mencetuskan ‘kontroversi’ isu-isu agama ) ketika menghadiri acara ASEAN People’s Forum/ASEAN Civil Society Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini.



 Berikut ialah hasil temubual tersebut.

Apa perasaan saudara apabila dilabelkan dengan pelbagai label dan tuduhan negatif seperti sesat,menyeleweng dan sebagainya suatu ketika dahulu?

Saya yakin dengan apa yang saya belajar,yakin apa yang saya kaji,dan ulama yang saya rujuk,jadi saya tulis,kalau nak kutuk saya kata saya sesat,kontroversi dan macam-macam  itu terserah kepada masing-masing nak hukum saya,saya tak ada masalah ,saya tak rasa nak marah tapi bagi saya  itu perkara biasa kalau kita menongkah arus, menulis perkara yang mungkin masyarakat belum bersedia nak terima lagi. 

Bagaimana saudara melihat  penerimaan masyarakat terhadap pandangan saudara ?

Saya dah tengok 99 peratus pandangan yang saya bawa itu dahulu seperti  sudah atau mula diterima, hanya  ada 1 peratus sahaja lagi tak terima,yang tak terima itu pula kebanyakan mereka itu barangkali kerana pengajian mereka satu hala ,tak nak  baca banyak,nak pegang satu-satu itu sahaja pandangan.  

Saudara mahu masyarakat mengikut pandangan saudara?

Saya bawa pandangan macam-macam,bukan saya kata itu betul ini betul,anda semua yang perlu pilih sendiri,saya sendiri kalau saya tulis satu pandangan ,bukan berarti saya suruh orang ikut,masing-masing buat kajian sendiri lah,saya mahu pembaca sendiri menilai, saya mengharapkan  pembaca itu sendiri untuk menilai dan mengambilnya.

Adakah saudara masih terus menulis sekarang ini? 

Ya,saya masih lagi aktif menulis,walaupun sekarang ini saya lebih fokus menulis dalam bahasa Siam dan berkenaan isu-isu umat di Selatan Thailand.Saya tidak perlu  jawatan ustaz, ulama atau apa sahaja yang orang sekarang sibuk berebut gelaran itu, saya hanya wartawan, penulis dan  kerja saya  ialah menulis,membaca ,mengkaji,hidup saya sekarang mudah,sekarang saya pakai pakaian wartawan ,bila duduk kampung pakai pakaian orang kampung,berjalan kaki,naik basikal.Itu sahaja,mudah.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…