Skip to main content

Temubual bersama Datin Mazni Ali(tokoh aktivis masyarakat dari Brunei Darussalam)



Jaringan Anak Muda berkesempatan menemubual  Datin Mazni Ali dari negara Brunei Darus Salam ketika menghadiri acara ASEAN People’s Forum/ASEAN Civil Society Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini.Datin Mazni Ali sangat aktif dalam gerak kerja kesukarelawanan,program anti dadah di Brunei dan di peringkat antarabangsa.




 Berikut ialah hasil temubual tersebut.

Acara ASEAN People’s Forum/ASEAN Civil Society Conference ini banyak membincangkan pelbagai masalah yang berlaku di negara-negara ASEAN.Bagaimana Datin melihat perbahasan isu misalnya isu kaum-agama dalam acara ini ? 

Malaysia dan kebanyakan negara ASEAN ini terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,dari kalangan masyarakat yang berbeza dan tidak seperti di Brunei,negara Brunei merupakan negara yang  majoriti penduduknya ialah Melayu Islam dan ia negara yang keci dengan agama rasminya Islam jadi masalah yang dihadapi di Brunei tidak seperti masalah-masalah yang berlaku di pelbagai negara ASEAN yang lain. 

Apakah nasihat Datin kepada anak muda khususnya buat para aktivis gerakan anak muda?

Nasihat saya  agar  anak muda sentiasa diterap dengan nilai mulia,memberi khidmat kepada orang lain,kepada agama dan masyarakat keseluruhannya.Saya sebagai orang tua sebagai seorang nenek amat sedar bahawa  berkhidmat kepada masyarakat ini sangat penting  dan ia menguatkan dan  menambahkan rezeki kita sebenarnya.

Saya selalu memberitahu anak muda ‘ok kamu yang tidak punya pekerjaan , pergi dan sertai aktiviti kesukarelawanan,bantu jiran-jiran berdekatan,bantu orang tua,pergi bersihkan masjid’ dan sebagainya.
Saya berharap mereka dapat merasakan satu kebersamaan bersama masyarakat dan terus memberi khidmat kepada masyarakat.
 
Di Brunei,apakah program yang Datin sering anjurkan disana?

Saya lebih banyak memberi fokus kepada usaha pendidikan anti dadah.Ada program anjuran Basmida kepada anak muda yang menekankan usaha pendidikan mencegah dadah selain daripada  kempen anti dadah ,melukis,menulis esei ,kami menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang  yang boleh menghalang anak muda daripada terjerumus ke kancah  dadah.

Kami memanfaatkan aktiviti sukan,nyanyian lagu yang menampilkan artis popular,pertandingan fotografi  dan semuanya yang menunjukkan nilai-nilai yang baik.

Datin banyak terlibat dalam usaha mendekati anak muda.Bagaimana cara Datin mendekati anak muda ini ?

Ya,kita perlu sentiasa mendekati anak muda dan untuk mendekati anak muda,kita perlu mendengar pandangan dan suara generasi muda.Barangkali ada dalam kalangan generasi muda yang kurang mendengar nasihat orang tua namun mereka barangkali juga  mendengar nasihat rakan sebaya mereka. 

Kita boleh memanfaatkan program seperti bola sepak anti dadah,senibela diri,kita  ajak artis popular bersama-sama dan projek terkini saya dalam perancangan untuk memberi hadiah kepada anak muda sekitar usia 9 -12 tahun yang memberikan mesej dan nilai-nilai anti dadah di sekolah rendah.Kita perlu bermula sejak awal lagi untuk mendekati mereka.

Datin sangat menekankan aspek pendidikan dan nilai.Boleh Datin berikan contoh nilai yang perlu ada pada anak muda kita sekarang ini? 

Penerapan nilai mulia sangat penting ,dan kita boleh mengajar anak muda contohnya kenapa sangat penting kita berdisiplin dalam sukan misalnya,kenapa perlu berdisiplin?Kenapa perlu patuh  undang-undang?Patuh undang-undang sekolah,undang-undang negara,undang-undang antarabangsa,kenapa?Agar  masyarakat hidup dengan lebih  baik misalnya. Kenapa perlu berdisiplin?Agar berjaya dalam peperiksaan?dapat dapai cita-cita? 

Kita perlu mendidik mereka tentang perkara ini.Kita perlu memberi fokus terhadap penerapan nilai,nilai anti dadah sebagai contohnya juga.Pendidikan kita sangat perlu memberi penekanan kepada nilai-nilai ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…