Skip to main content

Temubual bersama Dr Nafise Mutlaq(jurugambar dari Iran)



Jaringan Anak Muda berkesempatan untuk menemubual seorang jurugambar-pensyarah kanan Komunikasi di UPM dari Iran iaitu Dr Nafise Motlagh.Projek dokumentari bergambar beliau berjudul Fathers and Daughters yang memaparkan koleksi gambar bertemakan kekeluargaan di Iran  membawa beliau  muncul di CNN,dilaporkan di akhbar The Huffington Post dan pelbagai media antarabangsa .Beliau kini menetap di Malaysia dan sedang menjalankan beberapa projek dokumentari bergambar disini.

Berikut ialah hasil temubual Jaringan Anak Muda bersama beliau yang diadakan di Bangsar baru-baru ini.




Boleh Dr ceritakan sedikit latar belakang Dr sebelum terlibat aktif dalam bidang kewartawanan dan sebagai seorang jurugambar.

Saya  lahir dan membesar di Iran dan membuat keputusan sendiri untuk mencebur diri dalam bidang kewartawanan selepas tamat belajar di sekolah menengah.Ketika itu tidak ramai di kalangan sahabat saya yang memilih untuk memasuki bidang kewartawanan dan saya walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetap memilih untuk menceburi bidang kewartawanan ini.Saya sering membaca suratkhabar,mengikuti perkembangan laporan media dan bermula dengan melaporkan isu-isu yang berlaku di kampus universiti.

Bagaimana dengan kebebasan untuk media di Iran ketika itu?

Ketika itu di zaman Presiden Mohamad Khatami dan beliau lebih terbuka dan kami bebas mengadakan siri debat-diskusi,menjemput pelbagai penceramah dari pelbagai bidang dan melaporkan pelbagai berita secara bebas dan tepat ketika itu.

Apa yang menyebabkan Dr meminati bidang kewartawanan dan fotografi ini?Dan isu apa yang Dr suka laporkan melalui penulisan Dr ?

Saya sebenarnya suka mengkaji,mencari maklumat  sesuatu yang baru dan saya melihat bidang kewartawanan dan fotografi  ini sesuai dengan jiwa saya tersebut.

Saya suka melaporkan isu-isu berkenaan wanita,hubungan antara agama dan apa jua isu yang berkaitan dengan sosio  masyarakat dan isu kemanusiaan.Sebelum melaporkan sesuatu isu,saya akan membuat  kajian dan mengetahui latar belakang sesuatu isu tersebut sebelum melaporkannya dan juga mengambil sebanyak mungkin gambar yang berkaitan.

Projek Dr ‘Fathers and Daughters’ mendapat liputan yang meluas termasuk melalui media antarabangsa.Apa tujuan sebenar Dr menghasilkan projek ini?

Saya menghasilkan projek ini selepas ramai dikalangan sahabat saya dari luar Iran yang bertanya pelbagai soalan berkenaan Iran dan saya cuba mengambarkan realiti sebenar yang berlaku di Iran.

Di Iran misalnya kami memiliki penduduk yang sangat miskin dan juga yang terlampau kaya,kami juga memiliki penduduk yang sangat kuat berpegang kepada ajaran agama dan juga penduduk yang kurang atau tidak berpegang kepada ajaran agama,ada yang hidup secara tradisional ada yang hidup secara moden,pelbagai gaya hidup,dari yang cenderung 
kebaratan atau ‘moden’ dan yang terlampau ketat.

Namun saya tetap menghormati mereka dan meraikan perbezaan antara satu sama lain  yang wujud dan bagi saya mereka semua itu merupakan rakyat Iran dan kami bahagia hidup bersama.

Terlalu banyak label yang diberikan dan ia kadangkala boleh memecahbelahkan masyarakat kami.

Ada sahabat saya dari luar Iran yang terkejut apabila saya memberitahu mereka kami di Iran memiliki juga masyarakat Yahudi dan Kristian .

Ini yang saya cuba jelaskan dalam pelbagai projek saya khususnya tentang perbezaan-perbezaan yang wujud dan perlu diraikan serta saling menghormati antara satu sama lain.

Dr kini menetap di Malaysia dan apa yang menarik perhatian Dr di Malaysia ini?

Saya dahulu belajar di UPM,sebelum berkerja juga di UPM dan saya banyak belajar tentang Malaysia dan sehingga hari ini masih membuat pelbagai kajian penyelidikan berkenaan Malaysia.Saya mengikuti pelbagai festival yang dianjurkan di sini,melihat pelbagai ajaran ritual agama,mencuba pelbagai jenis makanan dan melawat ke pelbagai tempat pelancongan yang menarik di Malaysia ini.

Saya sangat tertarik dengan kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini samada pelbagai agama,kaum,adat budaya dan sebagainya dan ia tetap wujud dalam suasasa yang sangat harmoni.

Dr juga aktif sebagai seorang jurugambar dan bagaimana Dr melihat perbandingan antara para jurugambar di Malaysia dan di Iran?

Sukar untuk membuat perbandingan antara Malaysia dan Iran tetapi pada pemerhatian saya,jurugambar Malaysia lebih baik dari segi ilmu tentang teknik-teknik manakala jurugambar Iran lebih baik dari segi kandungan,cerita dan seninya.Masing-masing punya kelebihan masing-masing.Saya sangat suka melihat pelbagai fesyen yang berwarna warni di Malaysia sekarang dan salah satu projek yang akan saya jalankan juga berkenaan gambar-gambar fesyen pakaian di Malaysia.

Apa nasihat Dr kepada jurugambar-jurugambar muda di Malaysia ini?Apa isu yang patut mereka perjuangkan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat  melalui gambar-gambar mereka?

Saya berharap mereka lebih aktif memaparkan pelbagai kisah di Malaysia,banyak lagi kisah-kisah yang belum terungkap ,belum diceritakan dan saya melihat di Malaysia ini  berlaku perubahan yang sangat pantas bukan sekadar fizikalnya seperti jalan raya,bangunan dan lain-lain tetapi juga berkenaan pemikiran masyarakat ,kemudahan untuk kembara disana sini dan Malaysia ini sebuah negara yang sangat terbuka untuk semua.

Saya cadangkan agar jurugambar-jurugambar muda di Malaysia untuk merekodkan dan membuat dokumentasi terhadap warisan sejarah ,kisah-kisah kehidupan rakyat di  Malaysia misalnya berkenaan kejiranan,tradisi,makanan,pakaian,bahasa,alam persekitaran,dan pelbagai kisah lagi.Mereka boleh lakukan dalam bentuk visual-bergambar,atau dalam bentuk dokementari.

Tentang isu yang boleh mereka perjuangkan pula misalnya termasuklah isu GST.Mereka boleh memaparkan gambar kehidupan rakyat miskin yang tersiksa dengan harga yang semakin mahal,bagaimana  mereka menghadapi cabaran hidup sekarang,fikirkan,ambil gambar,ceritakanlah.Ataupun isu HIV,carilah mangsa HIV,mereka yang terlibat dalam najis dadah,pelacuran atau menyuntik jarum,dengar kisah mereka,ambil gambar mereka dan ceritakanlah kehidupan mereka kepada masyarakat.

Terdapat kelompok  aktivis di Malaysia ini yang meminati dan mengikuti pemikiran allahyarham  Dr Ali Syariati.Apa pandangan Dr tentang Ali Syariati?

Oh,ya.Saya juga tahu ada kelompok di Malaysia ini yang meminati pemikiran Dr Ali Syariati.Saya juga merupakan seorang peminat beliau dan bagi saya beliau lantang bersuara dalam isu rakyat,dekat di hati rakyat,rapat dengan anak muda ,mahasiswa universiti dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat ketika itu.Beliau seorang pemikir hebat,intelektual tetapi tetap tidak melupakan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat ketika itu.Jika beliau masih hidup sekarang ini,pasti beliau akan melawan pemerintahan Iran sekarang ini.

Bagaimana Dr melihat situasi yang berlaku di Iran sekarang ini?Suatu ketika dahulu juga ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengkagumi Mahmud Ahmadinejad.

Saya sangat bimbang dengan situasi ekonomi dan politik di Iran yang sangat teruk.Ekonomi Iran lemah dan tidak stabil,ramai yang keluar meninggalkan Iran.Hubungan antarabangsa dan dasar luar Iran juga sangat teruk dan akibatnya terpinggir dari arena antarabangsa.Yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Iran itu sendiri.Mullah-Ayatollah-agamawan di Iran tidak mampu memerintah,di tangan mereka kami susah untuk kembara di seluruh dunia akibat kekangan dan masalah visa.

Malangnya sewaktu saya di Malaysia ini,saya sering berjumpa rakyat Malaysia yang apabila menemui saya dengan bangga menceritakan kehebatan Mahmud Ahmadinejad,padahal mereka sebenarnya tidak tahu situasi sebenar khususnya situasi ekonomi di Iran di bawah pemerintahan beliau dahulu.

Saya kagum dengan Malaysia yang membina hubungan yang agak baik dengan pelbagai negara termasuk dengan Arab Saudi,USA,China,Iran sendiri dan lain-lain lagi.Malaysia nampaknya cuba membina hubungan baik dengan semua negara.Kesannya pelaburan di Malaysia meningkat,rakyat Malaysia mampu untuk kembara ke serata dunia dan memiliki minda yang lebih terbuka sekarang ini.

Bagaimana pula dengan generasi muda di Iran sekarang ini terutamanya selepas revolusi dan juga pada masa pemerintahan sekarang ini?

Selepas revolusi saya melihat apa yang mereka laungkan sebelum revolusi berlaku itu tidak berlaku sekarang ini.Pemerintah hanya mempergunakan agama sahaja tetapi mereka tidak pandai dalam urusan mentadbir negara.

Generasi muda di Iran ini semakin sedar tentang kepentingan memisahkan antara urusan agama dan urusan politik,maksud saya disini ialah apa sahaja agama sekalipun,bukanlah bermakna kami ingin menolak agama tetapi kami tidak mahu urusan politik itu disamakan dengan ajaran agama.

Pandangan ayatollah-mullah itu ada yang merupakan pandangan politik semata-mata dan bukannya pandangan agama.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…