Skip to main content

Temubual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015



Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC ini, Jaringan Anak Muda sempat menemubual seorang penulis,Lutfi Ishak,pengacara tv-CEO Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar dan Sahel Akmal,mahasiswa UIAM Kuantan bagi meminta pandangan mereka berkenaan penganjuran pesta buku antarabangsa,harapan kepada penulis ,tabiat membaca dan beberapa perkara berkaitan buku ini.



Berikut ialah hasil temubual Jaringan Anak Muda bersama mereka.
Apa pandangan saudara berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sekarang ini?

Lutfi Ishak:Alhamdulillah ,Pesta buku nampaknya terus mendapat tumpuan ramai dalam kalangan golongan masyarakat kita dan hal ini menunjukkan bahawa industri penerbitan  kita bertambah  maju,dalam masa yang sama jumlah pembaca nampaknya  meningkat tapi dalam pemerhatian saya ,saya juga mengharapkan agar para pembaca kita tidak sahaja memberi fokus kepada buku yang agak ringan tetapi juga meningkatkan kualiti bahan bacaan dengan membaca bahan-bahan yang lebih berat.

Melihat keadaan semasa sekarang ini ,booth yang menjual bahan-bahan bacaan ringan semakin mendapat sambutan dan menarik perhatian para pembaca.Apa pandangan saudara tentang keadaan semasa ini?

Lutfi Ishak :Ya,keadaan ini bukan sahaja berlaku sekarang ini sahaja bahkan berlaku sejak 3-4 tahun kebelakangan ini dan fenomena ini saya melihat banyak buku- buku yang  masih dalam  kategori ringan, hiburan,atau seperti novel cinta ataupun kita katakana sebagai bahan ringan untuk hiburan, kalau boleh kita perlu melakukan sesuatu agar selain pembaca membeli bahan-bahan ringan tersebut, para pembaca kita boleh  meningkatkan citarasa  untuk membaca bahan-bahan yang lebih berat juga. 

Apa harapan saudara kepada penulis sekarang ini ?

Lutfi Ishak :Harapan saya kepada para penulis,penulis harus sedar bahawa mereka perlu menulis  bukan semata mata untuk mendapatkan wang  ,mereka perlu jelas tentang pelbagai cabaran dan  masalah yang dihadapi oleh masyarakat ,dan ia harus dijawab oleh penulis dengan menampilkan bahan- bahan yang bermutu dengan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan tuntas.

Apa pula harapan saudara kepada pihak penganjur pesta buku ini? 

Lutfi Ishak :Harapan saya kepada pihak penganjur agar  pesta buku ini tidak sahaja menjadi medan untuk menjual buku sahaja tetapi diluaskan skopnya  supaya menjadi tempat  berbincang, seminar ; maksudnya kita  bercakap  dalam skop yang lebih luas bukan sahaja dalam skop jualan tetapi kita melihat buku sebagai asas ketamadunan bukan sahaja sebagai satu komoditi semata-mata.

Pada pandangan saudara,apa lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini dan apakah harapan saudara kepada pengunjung pesta buku ini?

Sayed Munawar: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  sudah menjadi satu jenama yang besar kepada seluruh isi rumah dan yang kita perlu tingkatkankan kini bukanlah soal minat masyarakat kita terhadap buku tetapi untuk kita meningkatkan penghormatan ilmu mereka terhadap buku kerana kita tahu bahawa jumlah buku yang terjual banyaknya tak semestinya diterjemahkan  ke dalam bentuk peningkatan terhadap akal budi mereka.Jadi  apa yang perlu dipertingkatkan ialah kita mendidik para pembeli buku untuk melihat apa ertinya sebuah buku yang baik  dan itu cabaran kepada penganjur pesta buku  dan itu harapan kita kepada semua pengunjung untuk bijak membezakan apakah kandungan yang bermutu dan apa yang tidak.



Apa harapan saudara  terhadap penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini?

Sahel Akmal: Harapan  saya  terhadap penganjuran pesta buku ini ialah  masa inilah kita melahirkan masyarakat yang  berbudaya membaca, saya percaya budaya itu lebih penting daripada sistem itu sendiri,dengan adanya budaya belajar ini misalnya yang jika dahulu bermula dari diskusi kedai kopi akhirnya pergi ke arah diskusi –diskusi yang lebih tinggi,mencari guru,mencari anak murid dan akhirnya menjadi dalam bentuk sistem iaitu sistem  universiti itu sendiri,zaman kini kita ada sistem tetapi budaya  itu sudah mati dan saya harapkan  pesta buku ini akan menghidupkan budaya belajar ini.

Buku apa pada pandangan saudara yang patut dibaca oleh para pengunjung pesta buku ini?

Sahel Akmal: Buku yang patut dibaca oleh para pengunjung pesta buku pada pandangan saya ialah perkara yang membolehkan kita   untuk berfikir  tentang perkara -perkara yang lebih besar,bukan hanya   keseronokan membaca  novel sahaja.Apabila kita membaca sesuatu itu,kita akan berfikir lebih besar,  idea lebih jauh dan harapan lebih tinggi.

Bagaimana pula dengan tabiat membaca masyarakat kita dan bagaimana pula dengan bahan bacaan yang  santai dan  ringan?

Sahel Akmal: Budaya membaca itu walaupun pada permulaannya  masyarakat kita membaca perkara yang santai tetapi jika menjadi satu tabiat  yang berterusan.masyarakat  akan  mencari perkara yang lebih penting, pada awalnya mungkin mereka membaca  perkara yang santai tetapi apabila dah bosan dengan bahan bacaan  santai tersebut,mereka mencari buku yang berat-tinggi sedikit dan saya rasa ini merupakan perkembangan yang baik walaupun pada awal-awalnya  ramai yang lebih suka memilih untuk membaca novel-novel.Bagi saya tabiat membaca berterusan  itu sangat penting.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…