Skip to main content

TOK JANGGUT

oleh Muhammad Humaidi

Pada ada 1 Mei 2015 yang lalu, aku dan Saufi telah turun meninjau situasi demontrasi membantah GST sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kami menyertai kelompok rakyat  di sekitar Masjid Negara.

Namun himpunan pada hari itu boleh dianggap sebagai tidak berjaya. Walaupun isu GST masih panas tanpa kebah, namun penyertaan agak kurang memberangsangkan. Mungkin kerana cuti tiga empat hari ramai yang pulang ke kampung.





Yang menarik perhatian aku, kebanyakkan peserta hari itu cuba menonjolkan Tok Janggut sebagai tokoh perjuangan menentang cukai. Tok Janggut atau nama sebenarnya Hj. Mohd Hasan bin Munas telah menentang British pada tahun 1909 kerana British telah memaksakan cukai yang melampau ke atas rakyat jelata.

Tok Janggut mendapat gelaran sebegitu kerana beliau mempunyai janggut yang panjang. Dan janggut itu juga lambang syiar keislaman buat beliau dan setiap muslim yang mengikut sunnah Rasulullah saw.

Disebabkan janggut ini telah menyebabkan aku mengingati kisah disebalik janggut ketika mengajar di sebuah sekolah rendah di Langkawi dan aku menyimpan janggut yang agak panjang ketika itu.

Penyakit manusia mudah melabel. Melihat sesuatu terus membuat anggapan yang bukan-bukan. Sesuatu dinilai melalui pandangan matanya yang beremosi berperasangka dengan andaian.
Guru besar di sekolah tersebut seorang yang bermazhab UMNO totok. Hidup dan matinya dibawah rahmat payungan UMNO. Kerana janggut dia menyangka aku seorang yang beragama PAS. Padahal aku beragama Islam.

Pada petang hari sukan, ketika rehat di sebuah pondok melihat budak-budak melompat di tengah padang, tak semena-mena dia menunjukkan gambar lucah Anwar Ibrahim sambil tersenyum bangang. Ketika itu negara dalam mood menanti pilihanraya dan video porno anwar masih hot di laman sosial. Dia bercerita segala keburukkan Anwar yang dijangkakan akan menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya kali ke-13 tersebut. Kerana minda tertawan aku hanya mengangguk tanda mengampu.

Lain pula halnya ketika aku berjumpa ahli jamaah berbaiah Pas. Melihat kepada imej berjanggut terus mereka menyatakan ini geng kita. Walaupun sebenarnya "fikrah aku langsung tak jelas". Aku pun mengangguk walak, takut juga dicop kapir atau munafiq jika dikata tidak menyokong parti bernama Islam tersebut.

Kerana janggut jugalah aku pernah keluar melancong tiga hari bersama jamaah tabligh. Selepas tamat pengajian dan menanam anggur, aku selalu melepak di dalam masjid. Melihat kepada janggut, terus mereka menyangkakan aku juga seorang karkun. Aku juga mengangguk bersama mereka, bermusafir ke selatan Thai atas nama dakwah.
Hanya kerana janggut, kita dilihat dari pelbagai persepsi. Hanya kerana janggut kita dikelompokkan atas label dan kumpulan tertentu.

Orang Umno melihat janggut, itu orang Pas.
Orang Pas melihat janggut, ini ahli jamaah kita.
Jamaah tabligh melihat janggut, dia tanya tak keluar ke?

Ada orang bertanya kepada orang berjanggut, hang ni simpan janggut mesti ikut tabligh kan? Tak pun ikut ustaz Azhar Idrus, siap berjambang ni mesti tiru Wak Doyok. Peliknya, tak pulak dia tanya "simpan janggut ni mesti ikut Nabi kan?".

Kerana janggut jugalah fahaman seseorang itu boleh dikenali di Mesir. Di Mesir golongan sufi kebanyakkannya tidak berjanggut atau berjanggut sipi-sipi dua tiga inci. Berbeza dengan golongan salafi dan ikhwan yang berjanggut panjang.

Pernah satu ketika aku berjalan menuju masjid Azhar, aku ditahan oleh seorang arab Mesir dan memegang janggut aku. Dia bergurau dan bertanya "enta ikhwaniy?" (Hang orang ikhwan ka?). Ketika itu situasi politik Mesir amat meruncing selepas kejatuhan Muhammad Mursi. Kebanyakkan ahli Ikhwan diburu dan ramai yang menyimpan janggut bercukur hingga licin kerana takut dikaitkan dengan jamaah Ikhwan.

Manusia di barat yang jangkiti demam islamophobia juga alah dengan janggut. Janggut sinonim dengan keganasan. Lihat janggut tergambar wajah Osama bin Laden atau gerila-gerila militan IS di Iraq dan Syam. Kerana itu orang yang bermusafir dengan burung besi selalu dipesan agar memotong janggut jika panjang takut digelar pengganas dan boleh menimbulkan ketakutan pada penghidap penyakit islamophobia.

Di Malaysia, pernah suatu ketika sebuah kem tentera telah diceroboh oleh sebuah pasukan tentera berjanggut yang dikenali sebagai al-Maunah. Kumpulan tersebut telah menyamar sebagai anggota tentera biasa dan menceroboh kem tentera mencuri senjata. Peliknya mereka berjanggut sedangkan tentera di Malaysia dilarang berjanggut. Bagaimana pengawal keselamatan tidak boleh mengenali seragam anggota mereka serta membenarkan mereka masuk dan bagaimana kurang cerdiknya anggota Maunah tersebut yang menyamar tentera tanpa memotong janggut. Inilah keajaiban Malaysia.

Sekarang dalam Pas terjadi kekecohan antara dua aliran ideologi. Satu aliran melabel diri sendiri sebagai ulama, manakala satu lagi melabel diri sendiri dan dilabel orang lain sebagai profesional. Kedua-dua kelompok ini sedang mengejar jawatan dalam parti Pas.

Ketika menghadiri satu program anjuran Pas, ada orang bertanyakan hal ehwal ulama kepada aku. Aku hanya diam, kerana aku bukan ahli jamaah, hanya mengetahui hal-hal mereka melalui media. Yang aku berprasangka mungkin kerana aku berjanggut, maka dia mejangkakan aku dari pendokong ulama. Itulah persepsi janggut.

Janggut bukanlah isu yang terlampau besar dalam Islam. Ia sememangnya Sunnah Rasulullah saw, tetapi ia bukan suatu perjuangan Rasulullah saw untuk menegakkan masyarakat berjanggut.
Cuma yang cuba dibincangkan di sini berkenaan anggapan orang terhadap sesuatu imej atau gambaran luaran. Orang putih ada sebut " Dont judge a book by its cover". Iaitu gambaran luaran tidaklah menunjuk dalaman. Luaran suatu buku itu mungkin usang, tetapi isi penuh saranan. Atau buku itu mungkin luarnya cantik, tapi isinya penuh sampah.

Walaupun begitu, luaran juga sesuatu yang penting. Kerana imej luaran juga menunjukkan dalaman. Kerana kita tidak mampu membaca isi hati orang lain seperti syeikh-syeikh tarekat yang mempunyai ilmu ajaib membaca isi hati orang.
Kaedah fiqh ada menyebut:
نحكم الظواهر و الله يتولى السرائر

"Kita menghukum yang zahir, Allah lah yang mengurus apa yang tersembunyi".

Setiap yang zahirnya menunjukkan kebaikkan maka kita perlu menerima ia kebaikkan, tidak perlu mencari keburukkan. Seperti seseorang yang belanja kita makan, mesti kita terfikir "ada apa-apa ka ni?" Terutama jika yang belanja itu orang politik atau haraki.

Atau setiap yang zahir itu keburukkan kita perlu terima ia keburukkan. Tidak perlu ditafsir supaya ia menjadi kebaikkan. Seperti seorang artis yang berpakaian telanjang berkata "walau luaran saya begini, tetapi hati saya baik".

Persepsi dan sangkaan itu pasti wujud dalam setiap jiwa insan. Tetapi yang pentingnya kita perlu bijak mengurus, perlu hindari dari sangkaan buruk dan paranoid terutamanya dalam kalangan kawan-kawan.

"Sesungguhnya kebanyakkan dari sangkaan itu adalah dosa".

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…