Skip to main content

Acara Jejak Ilmuwan:Mencetak Muslim Profesional

oleh Wan Mohamad Wasif 

PMIUM telah menganjurkan acara Jejak Ilmuwan:Mencetak Muslim Profesional di Fakulti Perakaunan Universiti Malaya yang menampilkan 2 orang panel iaitu Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti(mantan Duta Malaysia ke Mesir,pensyarah kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran APIUM) dan Dr Alinor Abd Kadir(ASASI,Akademi Kajian Ketamadunan(AKK).



Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti

Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti membangkitkan soal kehebatan ilmuan dahulu seperti Imam Syafii,Imam Al-Ghazali,Al Kindi dan bagaimana mereka menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah,tasawuf dan lain-lain.

Bagi beliau menjadi profesional merupakan satu kewajiban,amanah dan beliau mengharapkan lahirnya lebih ramai pakar-pakar dalam bidang tertentu.Ini menurut beliau selaras dengan tuntutan dan falsafah Iqra .

Beliau juga berkongsi kisah pengalaman bersama salah seorang guru beliau yang merupakan seorang pemikir iaitu Profesor Mahmud Ayoub yang menurut beliau meluangkan masa selama 16 jam untuk membaca dalam sehari.

Beliau menasihatkan para pelajar agar memperkemaskan penguasaan dan mahir dalam bidang masing-masing dan jangan terlampau  berkhayal untuk mengetahui  segala-galanya  sehingga tidak tahu atau tidak menguasai apa-apa.

Beliau juga mengharapkan para pelajar menguasai Bahasa Arab dan ia bukan bermaksud sekadar bercakap  dalam Bahasa Arab sahaja bahkan memahami teks-teks dalam Bahasa Arab disamping sentiasa membaca buku dan menulis.Menurut  beliau juga Ibnu Rusyd dikatakan tetap membaca buku pada malam perkahwinan beliau.

Prof Dr Fakrudin turut membahaskan berkenaan kepentingan menguasai ilmu Fiqh sebelum ilmu Tasawuf dan beliau menyelar sikap segelintir pihak yang mengabaikan salah satu daripada ilmu-ilmu ini.

Beliau juga berkongsi pengalaman beliau ketika menuntut di Maktab Mahmud dahulu dimana para guru dan pelajar turut mendalami ilmu sastera Arab zaman Jahiliyah dan beliau mengkritik segelintir pihak yang seolah-olah tidak mahu belajar ilmu sastera Arab zaman Jahiliyah atas alasan ia zaman Jahiliyah dan bagi beliau ilmu itu sangat luas dan kita wajar membuka minda kita untuk belajar sebanyak mungkin ilmu.

Beliau turut menyentuh soal adab dengan pensyarah yang kadangkala dilupakan oleh para pelajar sewaktu menuntut ilmu.

Bagi beliau juga para pelajar sekarang ini dalam keadaan yang cukup selesa dan perlu sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan di Malaysia ini berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada umat Rohingya,Yaman,Pakistan,Lubnan,Libya,Syria dan lain-lain negara yang dalam keadaan huru hara dan sentiasa dalam situasi peperangan.

Agenda melampau,fikiran melampau dan pemikiran rosak yang tersebar menurut beliau menyebabkan berlakunya bom disana sini dan bagi beliau inilah kerugian apabila tidak profesional yang membawa kepada penderitaan.

Beliau juga menyentuh persoalan kafir mengkafir  dalam kalangan masyarakat dan bagi beliau ini merupakan kesan akibat tidak merujuk kepada pakar-pakar dan para ilmuwan.

Beliau mengharapkan para pelajar bersungguh-sungguh melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan menghargai nikmat keamanan di Malaysia ini yang bagi beliau merupakan satu keberkatan buat semua.

Hasil keamanan di Malaysia menyebabkan Malaysia mampu membantu Gaza misalnya dan Prof Dr Fakrudin turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu melawat Gaza dimana kerajaan Malaysia dan juga Tun Dr Mahathir misalnya banyak membantu umat Islam di Gaza.

Prof Dr Fakrudin juga menegur para pelajar Pengajian Islam misalnya agar tidak bergaduh dalam hal-hal perbezaan pandangan dan beliau membandingkannya dengan andaian jika para pelajar kejuruteraan turut bergaduh,pembinaan KLCC pasti runtuh kerana ketidaksepakatan dalam soal pembinaannya.

Beliau mengharapkan para pelajar agar sentiasa mengamalkan pendekatan ‘wasatiyyah’ .
Beliau berkongsi pengalaman beliau melihat anak-anak kecil yang menurut beliau sepatutnya memegang pensel tetapi sebaliknya memegang  senjata dan bagi beliau ini telah membunuh generasi yang sepatutnya berada di sekolah untuk menuntut ilmu sebaliknya mereka dilatih untuk berperang.
Kemunduran umat Islam kini bagi beliau juga berpunca daripada salahfaham dan salah tafsir  terhadap Islam sehingga membawa kepada kerosakan.

Beliau berkongsi kisah kejayaan Dr Daud Bakar dari negara kita Malaysia misalnya yang berjaya memimpin organisasi kewangan  sehingga menjadi rujukan buat negara-negara lain.
Pelajar menurut beliau merupakan pemimpin masa depan dan dunia memerlukan peranan Malaysia dengan syarat kita memiliki kebolehan dan keunggulan.Beliau mengharapkan lahirnya para pelajar yang menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan akhirnya nanti menjadi ilmuwan yang diterima di peringkat antarabangsa.

Oleh kerana itu keutamaan para pelajar kini menurut beliau ialah ilmu dan belajar serta para pelajar jangan sesekali bersikap taksub sebaliknya sentiasa menguasai hujah.

Menjawab persoalan berkenaan kajian Sains- perubatan dan Al-Quran misalnya beliau sentiasa menghargai apa jua kajian dan beliau mengambil contoh bagaimana Syeikh Muhammad Al Ghazali dan Syeikh Yusuf AlQardhawi yang mengkritik sebilangan ulama yang sedikit taksub dan menafikan kajian Sains.

Bagi beliau para pelajar perlu memiliki ‘critical thinking’ namun sentiasa beradab kepada ilmu,mengetahui sumber ilmu dan amanah terhadap ilmu yang dimiliki.



Dr Alinor Kadir

Dr Alinor Kadir memperkatakan soal bagaimana andaian asas bahawa universiti merupakan tempat terbaik dalam melatih para pelajar bersikap profesional.

Beliau membawa kisah bagaimana ada seorang pelajar dari Malaysia yang menuntut di MIT bernama Dr Burhanuddin Helmy yang belajar berkenaan Falsafah dan Matematik disini.

‘Berapa buah buku yang anda baca dalam sehari?’ demikian tanya Dr Alinor kepada para audien.Beliau juga mencabar para pelajar agar membaca 100 mukasurat sehari.

Beliau juga berkongsi pengalaman beliau melatih ahli Matematik dan bukan semata-mata mengajar pelajar untuk sekadar lulus periksa sahaja. Bagi beliau para pelajar perlu dilatih untuk memberi pandangan dalam  bidang sendiri dan beliau secara bergurau sinis mengatakan sekiranya beliau dilantik sebagai Naib Canselor universiti,beliau akan mencadangkan program 6 bulan pertama interaksi pelajar itu diisi dengan hal-hal keintelektualan dan mencadangkan para pelajar untuk menulis esei sekitar  3-5 muka surat.

Menurut beliau,para pelajar kita perlu dilatih untuk membaca ,menulis ,menyelidik ,membentang ,membahas ,mengkritik,mengulas dan menerbit karya mereka sendiri dan sentiasa diadakan siri latihan untuk menjadi pakar dalam bidang masing-masing.

Beliau tidak mahu para pelajar sekadar ‘cukup makan’ sebaliknya mereka diberi pelbagai latihan dalam universiti.

Beliau bertanya juga kepada para audien tentang siapakah yang mempunyai perpustakaan sendiri didalam bilik?Dan apakah pendapatan atau simpanan kita dalam sebulan dimanfaatkan untuk membeli buku?.Beliau mengharapkan para pelajar agar sentiasa tekun dalam pendidikan-penyelidikan,mencari  ilmu secukupnya dan sentiasa pergi ke perpustakaan untuk membaca.
Beliau juga menceritakan kisah di negara maju bagaimana para pelajar disana dalam hal penyelidikan boleh bersuara dan mengatakan ‘saya nak buat tajuk ini’ berbanding di sini yang banyak bergantung kepada tajuk geran yang disediakan semata-mata.

Bagi beliau para pelajar sudah berada di tempat yang tepat iaitu di universiti cuma mereka memerlukan latihan yang secukupnya.Kritikan kini terhadap kualiti pelajar dan para pelajar menurut beliau perlu sentiasa menghasilkan banyak benda yang baru dan pandangan yang baru.
Sekarang ini menurut beliau juga kita  terkebelakang dalam banyak benda seperti Sains dan pencapaian teknologi berbanding negara jiran seperti Filipina,Myanmar,Kemboja serta terkebelakang dalam soal Matematik dan Sains.Beliau juga membangkitkan persoalan mengapa lulusan- lulusan Matematik misalnya tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau  berkongsi kisah perang yang melibatkan Amerika dan bagaimana Amerika memanfaatkan para ‘spy’,pakar strategi bahkan ahli-ahli Matematik yang membuat simulasi dan memberi  nasihat kepada ketua tentera.

Ketika perang Amerika vs Iraq dahulu menurut Dr Alinor ,beliau setiap hari menonton televisyem dan sebagai ahli Matematik beliau berasa seperti mahu memberi nasihat kepada Saddam Hussein dalam melawan strategi Amerika dengan melepaskan belon-belon besar di udara sehingga mampu menghalang perjalanan jet pejuang Amerika dan ini menurut beliau boleh dirancang oleh ahli-ahli Matematik dan Falsafah.

Perancangan strategik menurut beliau sangat penting dan kita memerlukan para pemikir strategi dan perancangan strategi.

Bagi beliau juga belajar mestilah disebabkan ilmu bukan semata-mata untuk kerja sahaja .
Dr Alinor mengatakan di Korea dan Jepun misalnya pengajian Bahasa diletakkan dibawah Fakulti Sains Komputer dimana para pelajar perlu juga mempelajari soal falsafah disamping program-program berkaitan komputer.

Beliau juga mengkritik sikap sesetengah pensyarah yang mengajar Matematik menggunakan ‘slide’ dan tidak menjelaskan secara mendalam formula-formula dalam menyelesaikan permasalahan Matematik.Beliau sehingga kini masih mengajar Matematik menggunakan papan hijau dan kapur bagi menjelaskan secara mendalam formula-formula Matematik.

Para pelajar menurut Dr Alinor juga perlu  belajar lebih banyak daripada pensyarah dan membaca lebih banyak daripada pensyarah dan beliau sebagai pensyarah berasa bangga sekiranya anak muridnya lebih banyak belajar dan membaca daripada beliau sendiri.

Beliau berkongsi pengalaman beliau membaca 5 jam dalam 1 hari dan pengalaman beliau sewaktu menuntut di luar negara dahulu dimana beliau sanggup melawat pelbagai perpustakaan di pelbagai tempat dan membaca- melihat serta merujuk pelbagai buku di perpustakaan tersebut termasuk buku tulisan klasik Inggeris Gaelik -Pallava.

Ini semua menurut beliau hasil minat beliau kepada ilmu dan aktiviti-aktiviti ilmiah.

Menjawap persoalan berkenaan ‘trend’ diskusi kelompok di pelbagai warung-pelbagai tempat secara santai pula beliau beranggapan diskusi tersebut kadangkala kelihatan umum dan seseorang seolah-olah bercakap  tentang semua benda dan ini menyebabkan diskusi tersebut  mengarah kepada yang pelik-pelik bahkan pembentang juga kadangkala tidak menyiapkan kertas kerja pembentangan.


Beliau berharap siri diskusi lebih ke arah penumpuan kepada bidang tertentu misalnya bidang sejarah dan ia lebih dikawal agar tidak lari daripada menjadi diskusi yang bersifat intelektual.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…