Skip to main content

Belajar dari negara Norway

oleh Wan Mohamad Wasif

Di Kedutaan Norway pagi ini bertemu seorang wakil Kedutaan Norway yang saya hubungi melalui email sebelum ini.
 Dalam email kepada beliau saya menyatakan hasrat mahu mendapatkan maklumat berkenaan negara Norway khususnya berkaitan sistem pendidikan disana dan maklumat pembangunan negara Norway.
Beliau lantas meminta saya cadangan tarikh pertemuan dan kami akhirnya bertemu pagi ini di Kedutaan Norway yang terletak di Ampang Park.
Sebelum ini saya telah mencari sedikit maklumat berkenaan negara Norway.Apa yang menarik perhatian saya sehingga menghantar email kepada Kedutaan Norway ialah apabila melihat rekod baik negara Norway dalam pelbagai Index dan laporan seperti UN Development Index,Legatum Prosperity Index,Corruption Perceptions Index(Transparency International 2014),
World Happiness Report 2013 dan
Democracy Index.
Norway menduduki tangga teratas dan sangat cemerlang mengikut pelbagai Index tersebut.
Bahkan dalam Democracy Index itu misalnya Norway dikatakan sebagai "the world's most democratic country' dan majalah
Foreign Policy meletakkan Norway ditangga paling bawah sekali didalam "Failed States Index 2009" dan Norway digelar sebagai " the world's most well functioning and stable country"
Cuma tragedi di Oslo pada tahun 2011 yang melibatkan pembunuhan oleh Anders Behring Breivik yang mengemparkan dunia mencalarkan imej Norway walaubagaimanapun Norway masih dikenali sebagai sebuah negara yang memberi perhatian mendalam soal keamanan termasuk memberi perhatian dalam hal ilmu "Criminology","sociology" dan "peace and conflict studies".
Saya sempat memberitahu pegawai kedutaan tersebut tentang pertemuan saya bersama Prof Johan Galtung seorang "mahaguru ilmu keamanan" dari negara Norway sewaktu menghadiri acara Tun Dr Mahathir di Putrajaya.
Bahkan Norway giat dan aktif dalam siri keamanan sebagai contoh menjadi tuan rumah bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel,Taliban di Afghanistan dan lain-lain lagi.
The Norwegian Nobel Committee juga yang bertanggungjawab dalam pemilihan hadiah Nobel atau the Nobel Peace Prize Laureates.
Pegawai Kedutaan Norway itu juga berkongsi berkenaan pendidikan percuma dan keutamaan kepada kesihatan rakyat di Norway walaupun mengatakan kos sara hidup di Norway semakin meningkat dan agak tinggi termasuk cukainya.
Menurut beliau juga ramai yang berminat untuk melanjutkan pendidikan di Norway namun terpaksa membayar kos rumah sewa, makanan,permit dan lain-lain yang agak tinggi .
Beliau mengesahkan maklumat berkenaan jumlah pelajar bagi setiap kelas di sekolah misalnya yang tidak boleh melebihi 30 orang pelajar dalam setiap kelas.
Norway sangat bergantung juga kepada hasil minyak dan gas.Yang menarik perhatian saya juga apabila beliau menceritakan bagaimana Norway dahulunya dikenali sebagai negara yang miskin sehinggalah sekitar tahun 1969 Norway mula membangun selepas pertemuan minyak dan gas disana.
Walaupun Norway pernah dikenali sebagai negara Kristian aliran
Protestan atau mengamalkan ajaran "Lutheran Church of Norway",menurut beliau Norway kini lebih cenderung sebagai negara sekular.
Pentadbiran politik di Norway menurut beliau pula sering berubah-ubah dari pentadbiran
parti konservatif,buruh,sosialis dan sebagainya dan ini sesuai dengan pengamalan demokrasi di Norway yang diiktiraf dunia.
Norway kata beliau sangat menekankan aspek "transparency" dan "accountability" dan beliau mengatakan para ahli politik perlu sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan rakyat.
Disana menurut beliau subur perdebatan intelek antara ahli politik yang menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik,telus,bertanggungjawap,dan ini akan membantu dalam urusan mendidik rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…