Skip to main content

Bersama Dr Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy (IAIS)

Di acara di IAIS semalam dan hari ini,sempat bersembang lama dengan penulis Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy (IAIS) yang setiap kali bertemu tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman hidup beliau.

Kebetulan saya baru membaca tulisan beliau dalam buletin IAIS yang sangat menarik(free) lalu saya bertanyakan beliau berkenaan artikel tulisan beliau.
Beliau yang sangat kritis sentiasa menggalakkan para pelajar untuk BERANI BERTANYA soalan kepada para guru-pensyarah(tanpa mengabaikan keperluan menghormati guru-pensyarah).
Beliau juga mengkritik cara pengajaran yang mana guru hanya bersyarah-bercakap dan anak murid hanya mendengar semata-mata.
Menurut beliau guru perlu memberi peluang kepada anak murid untuk MEMBENTANG IDEA-PEMIKIRAN mereka juga sambil guru menambah -mengulas pandangan mereka dan memantapkan apa yang patut.Beliau sewaktu di USIM akan memastikan anak muridnya diberi peluang untuk mengadakan pelbagai sesi PEMBENTANGAN oleh anak muridnya didalam kelas disamping menghidupkan suasana pembelajaran didalam kelas agar tidak menjadi satu pembelajaran yang membosankan dan bersifat satu hala.
Para pelajar juga kata beliau perlu memiliki KEMAHIRAN KOMUNIKASI dan menyampaikan pandangan mereka dengan penuh KREATIF dan memiliki pelbagai gaya-teknik penyampaian dengan penuh KEYAKINAN.
Beliau berharap pengajaran dalam kelas hidup dengan DISKUSI,memberi ruang waktu yang cukup untuk sesi SOAL-JAWAB dan para pelajar dididik untuk memiliki kemahiran PEMIKIRAN KRITIS serta didedahkan dengan pelbagai HUJAH PERBANDINGAN.
Menjawab persoalan saya berkenaan kegusaran sesetengah pihak yang mengongkong idea-pemikiran alternatif dengan alasan takut anak murid tersesat,bagi beliau mengongkong idea-pemikiran alternatif bukanlah tradisi keintelektualan Islam dan saranan Al Quran memandangkan ia soal kebenaran dan kepalsuan dan menurut beliau jika idea-pemikiran kita ke arah kebenaran dan berdasarkan hujah yang kuat,ia mampu mengalahkan sebarang idea-pemikiran yang dikatakan ke arah kepalsuan .Jadi usah gusar dengan sebarang idea-pemikiran sebaliknya MENGUATKAN HUJAH kita agar sentiasa ke arah kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…