Skip to main content

'International Conference on Orientalism Revisited: Beyond the Politics of East and West'

oleh Saufi Jelani


Pada 24 Mei lalu, saya menyertai seminar 'International Conference on Orientalism Revisited: Beyond the Politics of East and West' dianjurkan oleh the University of Nottingham. Saya bersama rakan2 'jaringan anak muda', Wan Mohd Wasif, M. Ridzuan, Nik Abdul Razak, M. Hamidi, Tofan Rahmat, dan Raja Ahmad Aminullah (Penulis buku 'The MindImprisoned').
Siri pembentangan termasuk tajuk, 'Orientalism to Islamophobia', 'Alternative reappropriation of Malcom X', 'Conceptual imperialism and academic dependency',  .. disampaikan oleh pembentang dari berbagai lapangan bidang termasuk Dr. Mehdi Zeiny, Prof. Dr. Syed Farid Alatas, Dr. Seyyed Javad Miri(Humanity Institute), Dr. Aisha Abdul Rahman(NUS), Dr. Azhar Ibrahim (NUS).
Antara tajuk perbincangan yang sering tak saya lepaskan iaitu pembentangan Dr. Syed Farid Alatas, kerana kajian latihan ilmiah akhir yang lalu berkitar mengenai pengaruh kolonialism yang dikembangkan oleh Dr. Mahathir Mohamed merujuk tulisan ayahnya Dr. Syed Hussein Alatas dalam Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Cita Sempurna Warisan Sejarah.
Antara yang sering beliau tegaskan, bahawa 'doktrin Peribumi malas' ini dikembangkan oleh pemikiran orientalis, kemudian disambut oleh pemimpin peribumi termasuk Dr. Mahathir melalui 'Dilema Melayu' dan D Senu Abdul Rahman melalui 'Revolusi Mental'.
Antara masalah yang seharusnya diatasi oleh kelompok Intelektual menurut beliau adalah fenomena watak Tertawan (captive mind), menerima pemikiran barat secara tidak kritis dan tidak mampu mewujudkan gagasan, faham dan teori yang asli.
Dr. S.Farid menegaskan, idea peribumi malas yang dipropaganda orientalis seolah berkesan diterima wajar oleh masharakat peribumi. Beliau menekankan mengenai kolonial di Alazhar, Mesir. dan Melayu di Singapura. Kenyataan beliau bahawa:
".. orientalism real (nyata) bersarang dalam masharakat timur". dan, "..make against of orientalism relevant to our life."
Dr. S. Farid menerangkan idea 'malay lazy native' berkembang di kalangan masharakat barat, idea ini berkesan juga terhadap dunia timur, sedangkan menurutnya dan ayahnya Dr. S. Hussein dalam kajian 'lazy native' dari kalangan melayu elit. 'Malay elite lazy'.
Semasa sesi soaljawab (q&a) seorang peserta bangun mempertahan, katanya 'Melayu malas'. Ini menyedarkan saya lagi benar fakta Dr. S. Farid.
Diakhirnya, semasa sesi soaljawab, Raja Ahmad Aminullah menimbulkan kenapa tidak wujud wacana seumpama ini di Universiti2 kita?. Soalan beliau, ".. Kenapakah wacana2 seperti ini tidak digalakkan dianjur di institusi2 pengajian tinggi kita, termasuk oleh para pelajar dan mahasiswa?" pertanyaan ini menyedarkan kita sahnya Seminar 'Decolonizing Our University' di USM di siarkan melalui video ...

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…