Skip to main content

Jihad ilmu vs ISIS

Sahabat Palestin yang sering menghadiri pelbagai acara sekitar Kuala Lumpur dan boleh berbahasa Melayu itu juga berkongsi hasil penyertaan beliau ke satu acara berkenaan ISIS.
Beliau memberitahu saya Malaysia dan universiti-universiti disini perlu berhati-hati dengan pengaruh ISIS dalam kalangan pelajar Malaysia disini.Beliau mengajak saya melihat pelbagai komen pelajar Malaysia di Facebook yang dilihat seolah-olah menyokong ISIS.
Bagi beliau sepatutnya pelajar pelajar di Malaysia memberi fokus kepada pencapaian akademik cemerlang dan mendapat keputusan terbaik dalam pembelajaran mereka dan ini juga dikira sebagai satu jihad dan mereka yang berjihad ilmu ini juga dikira sebagai mujahid.
Ini juga selaras dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang
Imam Masjid al Aqsa yang menyampaikan satu syarahan di Universiti Malaya sebelum ini dimana menurut beliau keutamaan jihad umat islam di Malaysia sekarang ini ialah jihad ilmu dan menguasai ilmu sebanyak mungkin.
Sahabat Palestin itu mengatakan Jihad Ilmu inilah yang wajar diberi perhatian oleh anak muda Islam di Malaysia.Beliau kesal melihat ramai anak muda Islam di universiti yang banyak bermain-main dan banyak berhibur serta tidak belajar bersungguh-sungguh.
Beliau juga mengatakan daripada menyertai kumpulan yang terlibat dalam keganasan lebih baik anak muda Malaysia berusaha memastikan penguasaan umat Islam dalam ekonomi dan perniagaan dan ini juga merupakan satu jihad.
Malaysia bagi beliau sebuah negara yang cukup aman dan beliau pelik kenapa anak muda Malaysia mahu terlibat dalam keganasan dan beliau menimbulkan persoalan apakah anak muda Malaysia yang terlibat dalam keganasan ini mahu Malaysia menjadi seperti negara Iraq,Syria dan lain-lain?

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…