Skip to main content

Orang Barat Lebih Beretika ?

leh Saufi Jelani

".. Aku pergi ke barat.Aku nampak Islam di sana.Tapi aku tak nampak Orang Islam.
Aku pergi ke Timur. Aku tak nampak Islam di sana.Tapi aku nampak ramai orang Islam".
- Syekh Muhammad 'Abduh

Semasa Kursus Pentadbir Muslim di Intan kami berbincang mengenai dominasi konsep etika barat dalam masyarakat timur. Antara yang saya timbulkan adalah bagaimana kita masyarakat Timur yang hidup dalam budaya Muslim ini dapat memahami/merasai hakikat realiti kehidupan barat ini sedangkan kita tidak pernah tahu, malah tidak pernah terdedah dengan dunia dan budaya barat.
En. Roslan Abd. Jelani, mentor kursus kami menjelaskan budaya terbelenggu tersebut adalah kita tidak menjadi Muslim yang baik. Budaya buruk hinggap dalam masyarakat Timur yang dimaksudkan Muslim telah tertawan dengan falsafah hidup barat.

Ketika membelek catatan travelog rakan2 kembara antara petikan yang menggambarkan realiti masharakat barat di Eropah,
".. Sebulan lebih aku berada di Eropah, langsung tidak kedengaran laungan azan secara live, namun hari ini aku sudah mendengar semula suara azan bersahut-sahutan melalui corong-corong menara masjid di sepanjang perjalanan, Islam di bumi Eropah". - petikan dari Hari Keenam: Travelog Mr. Traveller, Meor Farid Asyradi.

Sdr. Erfino peserta kursus juga menceritakan pengalaman beliau ".. semasa 4 tahun di UK dan 3 tahun di New Zealand menggambarkan etika masyarakatnya jauh lebih teratur, kita berasa sedih jika di bandingkan negara saudara Muslim kita seperti India."

Sahabat saya di APIUM, sdr. Selamat semasa membuat kajiannya di German, menceritakan rasa tertegunnya dengan sikap masyarakat di sana mempunyai etika (tertib) di jalanraya yang amat baik. Menurutnya, ".. Mereka akan menggunakan laluan pejalan kaki dan lalulintas dengan aturan sebaiknya."

Kita tahu sekarang, ramai orang barat yang tinggal menetap di Timur dan ramai juga orang Timur yang bermusafir ke Barat. Kita juga tahu orang barat akan belajar Islam dari Timur, orang Timur akan belajar akhlak dari barat.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…