Skip to main content

Perhimpunan dan sambutan ulangtahun ke 25 AMAN-Asian Muslim Action Network

Perhimpunan dan sambutan ulangtahun ke 25  AMAN-Asian Muslim Action Network telah diadakan di IDFR(Institute of Diplomacy and Foreign Relation) di Kuala Lumpur.Dengan tema ‘Towards A Justly Balanced Global Community’,para peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia,Indonesia,Nepal,Myanmar,Kemboja,Thailand,Canada dan lain-lain berkumpul disini bagi menghadiri seminar,bengkel dan siri diskusi.



 Ini merupakan perhimpunan AMAN kali yang kelima selepas pertama kali sejak mesyuarat asas penubuhannya di  Chiangmai,Thailand pada tahun 1990,tahun 2000 perhimpunan 1 di  Dhaka Bangladesh(tema:Culture of Peace),tahun 2003 perhimpunan 2 di Thammasat University,Bangkok (tema:The New version of Peace),tahun 2006 perhimpunan 3  di Islamic State University,Jakarta(tema:Reform and Resistance in the quest for Peace),tahun 2011 perhimpunan 4 di Prince  of Songkhla University,Pattani(tema:Multi Culturalism and Global Peace).

Perhimpunan AMAN kali ini dianjurkan AMAN dengan kerjasama  Global Movement of Moderates Foundation(GMMF).

Penubuhan AMAN

 Penubuhan AMAN ini bermula dengan penganjuran seminar  ‘Trends in Religious Fundamentalism in Asia Today’ di Chiang Mai ,Thailand pada 6-7 November 1990 dan ia merupakan kumpulan jaringan kelompok yang memiliki semangat progresif dan pandangan universal dalam Islam.

Allahyarham Dr Asghar Ali Engineer,seorang tokoh pemikir pencinta keamanan telah memimpin AMAN selama 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 14 Mei 2013 yang lalu.

AMAN cuba membawa pendekatan Islam yang berteraskan keamanan ,toleran ,memelihara maruah insan tanpa mengira latar belakang agama dan mewujudkan kerjasama antara pelbagai agama.Persoalan kemiskinan,rasuah,kehidupan materialistik,ekstrimis,hegemoni,perang,pelarian,isu etnik,konflik politik agama,kekerasan atas wanita-kanak-kanak dan minoriti menjadi tumpuan AMAN.

Antara projek yang dijalankan oleh AMAN ialah berkenaan pengajian tentang keamanan , kursus transformasi konflik,menaja kajian penyelidikan dan penerbitan untuk intelektual muda,projek pemerkasaan kepimpinan wanita,dialog antara agama,misi keamanan,serta menjalin kerjasama jaringan dan kesatuan
AMAN turut menerbitkan majalah AMANA dan  berusaha untuk membantu pelarian dan mangsa bencana,memperjuangkan hak-hak wanita dan kelompok minoriti tertindas dan melawan pemikiran sempit dan salahfaham terhadap Islam.



AMAN percaya kepada kepentingan mewujudkan kepimpinan dan tadbir urus yang baik,penekanan kepada soal spiritual,mewujudkan keamanan dan masyarakat yang harmoni.Seluruh keluarga kemanusiaan di dunia ini bertanggungjawab untuk mencipta  keamanan di peringkat global dan menyumbang ke arah dunia yang lebih baik.

Untuk mencapai hasrat tersebut,AMAN berusaha melawan pemikiran sempit,mewujudkan masyarakat yang berteraskan keadilan dan kebenaran ,mencintai  keamanan dan kebebasan,bersikap toleran dan inklusif,memelihara maruah insan, dan sentiasa mencari titik persamaan.
Disamping itu juga AMAN menghormati kepelbagaian budaya ,mendengar pandangan dan idea pelbagai pihak,memegang prinsip mempromosi masyarakat harmoni dan memperjuangkan persamaan hak .

Tema ‘Towards A Justly Balanced Global Community’

Tema kali ini dipilih bagi menyebarkan pemikiran kesederhanaan dalam mewujudkan keadilan antara sesama manusia dan mencipta kehidupan yang  aman damai sesama manusia dan harmoni dengan alam.Apa yang berlaku sekarag ini ialah sebaliknya dimana wujud pelbagai penindasan,konflik,dan  keganasan dan sikap tamak manusia.

Muslim sejati seharusnya hidup bersama masyarakat dan penganut agama lain secara aman damai sesuai dengan konsep ‘ummatan wasatan’ dan memberi kesejahteraan kepada alam keseluruhannya sesuai dengan konsep ‘rahmatanlilalamin’.Dengan berpegang kepada dua konsep ini Muslim mampu menyumbang kepada  tamadun manusia yang adil dengan berkerjasama dengan penganut agama-agama lain.

Pra bengkel

Pada hari pertama himpunan AMAN ini(sebelum perasmian program keesokan paginya),para peserta telah menghadiri pra bengkel yang diadakan bagi menyediakan ruang kepada para  peserta untuk berkongsi idea,pengalaman,berdiskusi,menganalisis isu-isu yang boleh diperjuangkan secara kerjasama,mengenal pasti  keutamaan-keutamaan isu,mencadangkan proposal dan cadangan idea kepada pihak AMAN.Hasil pra bengkel ini kemudiannya dibawa ke acara bengkel sebelum dikongsikan dalam bentuk  ringkasan laporan sewaktu acara himpunan.
  

Bengkel

Bengkel yang diadakan dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu:-

1)Stateless people

Ramai yang terpaksa meninggalkan halaman rumah mereka dan menjadi pelarian,gelandangan akibat bencana,perang,konflik,penindasan,diskriminasi,kemiskinan,pengangguran dan dinafikan kewarganegaraan.Dalam slot ini para peserta berpeluang mendengar pengalaman agensi yang telibat dalam menyediakan bantuan kebajikan,shelter ,advokasi dan merancang strategi masa depan dan cadangan mengatasi masalah global ini.

2)Rethinking philanthropy

Para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis bantuan kecemasan,konsep ‘Asian philanthrophy’,berkerja dalam suasana kesusahan dan kepayahan serta bagaimana membangun dan membina kapasiti masyarakat.Soal keperluan kecemasan jangka pendek serta keselamatan makanan jangka panjang dan usaha menguatkan kerjasama dalam negara  dan di peringkat antarabangsa dibincangkan.

3)Climate justice advocacy

UN Framework Convention on Climate Change(UNFCCC) yang telah diadakan sebelum ini antara objektifnya ialah ‘stabilize greenhouse gas concentrations in the atmosphere at a level that would prevent dangerous anthropogenic interference with the climate system’.Kini selepas UNFCCC yang dilihat seolah-olah gagal mencapai objektifnya,dunia menanti penganjuran COP 21 pula yang bakal diadakan pada bulan Disember 2015 di Paris nanti.

4)Women,peace and security

Pelbagai konflik keganasan,konflik politik dan etnik yang berlaku menyebabkan penderitaan buat mangsa perang khususnya perempuan dan kanak-kanak.Keganasan ke atas perempuan,diskriminasi, gangguan seksual,nasib mangsa rogol dibincangkan khususnya dalam aspek keselamatan .

5)Young creative and critical thinking camp

Slot ini merupakan perkongsian terhadap penganjuran ‘Young creative and critical thinking camp’.Perbincangan berkenaan sistem pendidikan dan pembelajaran masa depan dan mengkritik sistem sekarang ini yang banyak memaksa pelajar menghafaz fakta,menduduki ujian-peperiksaan tanpa kefahaman .Soal kreatif dan kritikal,peranan otak dan budaya berfikir -pemikiran logik,empirikal bagi  menyelesaikan masalah serta aktiviti yang menghiburkan  dengan suasana kem dikongsi oleh mereka yang terlibat dalam usaha sains,teknologi dan inovasi serta projek ‘adaptive youth engagement’.


6)Conflict and peace studies

Ketidaktentuan suasana sosio ekonomi dan politik,konflik kaum-agama-peningkatan ekstrimis dan keganasan merupakan ancaman global.Perubahan regim turut dipolitikkan bahkan menggunakan keganasan,bersifat hegomoni dan dominasi kekuasaan dan ini mewujudkan ketidakstabilan dan penderitaan kepada manusia akibat perang dan konflik yang wujud.Kewujudan Pengajian Keamanan mampu memberi kesedaran kepada  generasi muda dalam memperjuangkan keamanan serta mengenal pasti isu dan punca konflik yang berlaku di seluruh dunia.

7)Media and communication


Para wartawan dan pengamal media memainkan peranan yang cukup penting bagi memberi kefahaman kepada masyarakat,mengurangkan konflik,mempromosi keamanan melalui media elektronik,media sosial,media cetak dan termasuk dalam memperjuangkan nasib pekerja –imigran dan mangsa perang.Jaringan media yang pro keamanan perlu diwujudkan bagi mengatasi pelbagai masalah yang berlaku sekarang ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…