Skip to main content

Syarahan oleh Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar di Fakulti Sains Universiti Malaya

oleh Wan Mohamad Wasif 

Syarahan oleh Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar di Fakulti Sains Universiti Malaya sebentar tadi.
Dikatakan beliau pernah mendapat "sentuhan" 3 gergasi ilmuwan seperti Prof Syed Naquib AlAttas,(allahyarham)Prof Ismail Faruqi,Prof Seyyed Hossein Nasr .
Ilmuwan yang pernah dihargai di Amerika dan kini di Brunei.



Pernah memimpin dalam dunia aktivis gerakan NGO,pimpinan tertinggi akademik-pentadbiran universiti,"thinktank" dll
Walaupun beliau bergelut dalam dunia akademik di Amerika-Jepun,hubungan antara pelbagai agama-dialog ketamadunan(sehingga pernah dikecam dalam isu Pluralisme )dll misalnya,beliau tetap kritis terhadap apa jua yang menafikan aspek moral,etika dan akhlaq.
Dalam suatu syarahan beliau di APIUM sebelum ini beliau pernah memberitahu hadirin kepentingan memerhatikan Pengajian Islam di negara Jepun memandangkan lebih ramai yang memerhatikan perkembangan Pengajian Islam di Timur Tengah dan di negara negara Barat.
Sahabat beliau Prof Kasugi Yasushi cendekiawan Islam dari Jepun turut bertindak sebagai penasihat-"thinktank" kepada Maharaja Jepun dan Jepun kini cuba meluaskan lagi aspek pengajian Islam disana.
Seperti mana allahyarham Prof Ismail Faruqi ,beliau juga sering membahaskan aspek tauhid,kesenian dan hubungan antara agama.
Sepanjang mengikuti syarahan beliau sewaktu di IAIS sehingga di acara IIIT di Brunei dan dirumahnya,beliau sering mengingatkan berkenaan program yang pernah beliau gerakkan dahulu iaitu berkenaan seminar antarabangsa Islam dan Confucius yang cukup penting diteruskan lagi menurut beliau.
Pernah di suatu acara berkenaan isu Liberalisme-Pluralisme di UM yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan belia Islam ,nama beliau disebut sebagai salah seorang penganut Pluralisme agama bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.
Bahkan di rumah beliaulah menjadi tempat perdebatan isu Pluralisme-Liberalisme bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dimana malam itu menyaksikan perdebatan panas dan Dato Seri Anwar Ibrahim diajukan pelbagai soalan bertubi tubi berkenaan isu Pluralisme.
Beliau pernah mengingatkan kami kepentingan menjadi "intellectual activis",tidak menghabiskan masa dengan menyertai program yang tidak berasaskan ilmu,dan beliau sangat menitikberatkan aspek persahabatan.
Beliau mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi,Dato Seri Anwar Ibrahim,para diplomat-duta pelbagai negara,tokoh korporat-perbankan-ahli perniagaan,pimpinan GLC,pimpinan NGO pelbagai agama,intelektual di serata dunia dan kesemua jaringan tersebut beliau manfaatkan untuk hal pendidikan-keintelektualan-kesarjanaan.
Beliau pernah meluahkan rasa kecewa apabila agenda Islam Hadhari yang digagaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak diteruskan lagi padahal ia cukup penting khususnya berkaitan hal ehwal ketamadunan.
Beliau kini dalam perancangan menulis berkenaan Tauhid dan Sains Sosial.
Turut hadir tadi ialah Profesor Kamar Oniah(pakar pembandingan agama/tamadun),Datuk Dr Tengku Azzman Shariffadeen,mantan CEO MIMOS-Akademi Sains Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…