Skip to main content

Tan Sri Dr Jeffrey Cheah

oleh Wan Mohamad Wasif

Saya sempat hadir (bersama Saiful Ridwan yang menjual buku IRF-IBT dll) ke acara forum berkaitan dilema kepimpinan Melayu anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia
(menampilkan Dr Farouk Musa,Dato Saifuddin Abdullah dll),di Sunway University.
Turut hadir di acara forum ini ialah Tan Sri Dr Jeffrey Cheah,pengasas dan pengerusi Sunway Group.
Sunway Group ini merupakan antara "gergasi" dunia hartanah dan ia bertanggungjawab menguruskan Taman Tema Sunway Lagoon dan Pusat membeli belah Sunway Pyramid serta membangunkan Bandar Sunway.
Tamat acara forum saya mengajak Saiful Ridwan untuk bertemu ,bersalaman dan bersembang sebentar bersama Tan Seri Jeffry Cheah.Sebelum ini saya pernah bertemu beliau di satu acara perasmian NGO baru namun tidak berkesempatan bersembang dengan beliau.
Sambil bersalaman dan bergambar,saya memberitahu beliau saya mengikuti perkembangan "empayar perniagaan" Sunway dan kagum dengan beliau yang banyak menyumbang juga dalam dunia pendidikan.
Beliau menyangka saya belajar di Sunway University ini dan saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya belajar di Universiti Malaya dan pertama kali menjejakkan kaki ke Sunway University yang sangat lengkap fasilitinya ini.
Lulusan perniagaan dari Victoria University di Melbourne, Australia ini mula mengasaskan Sunway Group pada tahun 1974.
Beliau juga merupakan "Foundation Chancellor" bagi Sunway University ini disamping sebagai "Founding Trustee" bagi Jeffrey Cheah Foundation(dulu dikenali sebagai Sunway Educational Trust Fund)
Disamping melabur dalam dunia hartanah,beliau juga "melabur" dalam dunia pendidikan melalui penubuhan Monash University(Australia) cawangan Malaysia (kampus Sunway),Sunway University,Sunway College ,Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences dan Sunway International School juga melalui Jeffrey Cheah Foundation .
Biasiswa lebih RM80 million disediakan dan keuntungan hasil penubuhan institusi- institusi ini dimanfaatkan untuk menambahbaik fasiliti dan memastikan para pelajarnya mendapat kualiti pendidikan yang terbaik.
Disamping itu juga Sunway Safe City Initiative telah dilancarkan pada tahun 2001 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia ,Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia,kerajaan Negeri Selangor dan Sunway Group bagi menangani masalah jenayah dan meningkatkan kawalan keselamatan khusus di Bandar Sunway.
Melalui inisiatif ini ia berjaya mengurangkan kadar jenayah,meningkatkan semangat kebersamaan dan kejiranan di Bandar Sunway.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…