Skip to main content

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi.
Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.






Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF.
Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian.
Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan.
Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka.
Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan orang Melayu itu sendiri termasuk unsur alam-tanah,pokok dan sebagainya.
Beliau yang banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad juga membahaskan apa yang dipanggil "Social Engineering" dan menekankan bahawa peranan arkitek bukan semata-mata mengejar duit-kewangan semata-mata.
Beliau mengharapkan para arkitek muda memahami soal konsep dan falsafah sesuatu idea senibina dan penekanan kepada pencarian kecantikan kesenian.
Semangat dan jiwa merdeka juga dibahaskan beliau dan beliau menegur sikap segelintir pihak yang mengabaikan arkitek tempatan sehingga bergantung kepada arkitek luar negara untuk membina bangunan di negara kita dan sikap "menciplak" replika bangunan di negara-negara lain .
Hijjaz Kasturi juga mengharapkan generasi muda memikirkan apakah bentuk sumbangan yang mereka boleh lakukan kepada negara kita walaupun dari sekecil-kecil sumbangan.
Beliau berkongsi kisah beliau menaiki teksi dan melalui bangunan Tabung Haji dan bagaimana pemandu teksi yang tidak mengenali beliau sebagai perekabentuk bangunan Tabung Haji itu memuji-muji rekabentuk Tabung Haji dan sangat kagum dengan senibinanya.
Keunikan senibina beliau mendapat pujian ramai orang sehingga ada yang mengatakan :
"He is considered the father of Malaysian architecture of the second half of the twentieth century"
Sembang-sembang dengan Prof Madya Dato Dr Baharudin Ahmad(dulu mengajar di ISTAC sekarang di ASWARA,penulis Rangkaian Sastera Sufi ,penyelenggara buku "Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam ")pula beliau mengatakan bimbang dengan perlambakan kerusi,meja dan pelbagai peralatan di universiti yang tidak mempunyai seni dan ukiran unik yang tersendiri.Bagi beliau pemilihan kerusi,meja dan peralatan-peralatan di universiti perlu juga dilihat dari aspek keseniannya.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…