Skip to main content

Dunia ini penuh politik...

oleh Wan Mohamad Wasif

Biarkan sahaja yang minat politik,masuk parti politik,dah minat mereka nak buat macam mana,kan.
Yang tak minat politik,tak payahlah masuk parti politik.Dan tak payahlah nak buat "eksperimen" lompat parti ke parti.




Dalam dunia ini banyak lagi lapangan yang boleh kita ceburi ,bukan semata-mata parti politik sahaja.
Apapun kesedaran dan celik politik tetap mesti ada samada kita minat politik atau tidak.
Dunia ini penuh politik.....
Ada sahabat saya dah masuk parti politik ,ada yang merancang akan masuk parti politik akan datang (dan sedang memberi fokus kepada hal-hal lain terlebih dahulu sebelum meneruskan minat menyertai parti politik akan datang)
Selamat maju jaya saya ucapkan buat mereka(dengan satu pesanan " tak payahlah sibuk habiskan masa dengan makihamun parti lain/pihak lawan nanti ya")
Sementara itu kita kuatkan dahulu jaringan kelompok yang memilih terjun dalam bidang selain parti politik seperti kelompok pencinta seni budaya,bahasa sastera,perniagaan ekonomi,pendidikan keintelektualan,kemanusiaan kebajikan,dll
Ruang terlampau luas dan kita perlu merancang dari sekarang untuk memastikan pada masa akan datang kader terbaik paling berkualiti menduduki posisi strategik kepimpinan negara-dunia dalam pelbagai cabang -bidang kehidupan.

Kita memerlukan jaringan anak muda/belia yang aktif dalam hal keusahawanan/perniagaan,pendidikan/keintelektualan-misi kemanusiaan/kebajikan-seni budaya ,bahasa-sastera dll bagi mengimbangi kewujudan kelompok anak muda/belia yang aktif dalam politik kepartian.
Sekian lama kita ditonjolkan dengan "kehebatan" kelompok anak muda/belia yang aktif dalam politik kepartian .
Kita kadangkala dihidangkan dengan terlampau banyak cerita/berita/kisah politik kepartian dan kadangkala menyebabkan generasi baru dalam politik kepartian tetap meneruskan politik lama dan mengulangi kesilapan generasi lama dalam politik kepartian.
Ini pastinya merugikan negara kita .

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…