Skip to main content

Intelektual Masyarakat Membangun

oleh Saufi Jelani
Ulasan 'Revolusi Mental' yang ditulis oleh sekumpulan ahli akademik termasuk Datuk Othman Taib... dan diselenggara oleh Datuk Senu Abdul Rahman mengemukakan beberapa konsep dan berkehendak supaya disegerakan pelaksanaannya dalam masyarakat Melayu. Antara tema2nya termasuk,
1. Kemajuan Ekonomi
2. Bahasa, peribahasa dan Istilah
3. Bangsa Melayu dan bangsa lain 

'Revolusi Mental' diterbit pada 1971 dibawah selenggaraan D Senu Abd. Rahman kumpulan tulisan 7 orang ahli akademik. Buku ini mendapat perhatian dan galakan dari Perdana Menteri Tun Abdul Razak (ayah PM sekarang, DS Najib) melalui kata pengantarnya.

Sebagai menjawab idea2 yang diketengahkan dalam 'Revolusi Mental', Prof. Dr. Syed Hussein Alatas menjelaskan pandangan sosial beliau;

Antara perkara/topik berkaitan tajuk;
1. Kaum Intelektual dan Revolusi orang pandir
2. Bebalisme dan Rasuah (Jadong dan maling)
3. Kepimpinan (penguasa) dalam Masyarakat Membangun - Cita Bencana
4. Mitos Peribumi Malas

Syed Hussein Alatas menyifatkan pengarang 'Revolusi mental' telah memberi kefahaman salah tentang konsepsi kepahlawanan, bangsa Melayu, teori evolusi dan byk masalah lain. Buku ini (Revolusi mental) membingungkan dan menyebarluaskan pandangan negatif terhadap pemikiran rasional.
Menurut Dr. S Hussein lagi, inilah akibat yang menonjol sekali kerana tidak adanya kelompok Intelektual. Tragedi daripada situasi ini dipengaruhi oleh bebalisme.

Antara pernyataan penting yang disimpulkan berkait permasalahan orang Melayu bukan disebabkan peribumi malas atau mudah lupa, tetapi pemimpin dan masyarakat dikuasai oleh orang bebal dan pandir. Orang pandir ini merembes ke pusat saraf perancangan. Dengan penjelasan ini kita dapat berbicara tentang revolusi orang pandir. Dalam hal ini, dalam tempoh satu generasi kerajaan bertujuan mencipta masyarakat usahawan, namun apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan ialah mempercepatkan pembangunan kapitalisme. Apakah ini akan memberi manfaat dalam kalangan bangsa Melayu.

Dalam hal ini terdapat kekurangan rasionaliti disebalik rancangan pemerintah dan ketidaktepatan menempatkan individu yg berkedudukan penting.

Kehidupan nasional Malaysia belum cukup membangkitkan kesedaran tentang perlunya upaya Intelektual dlm skala nasional diperluas untuk mengurus masalah nasional, masalah tertentu sering diabaikan disebabkan keterbatasan wawasan masyarakat
.
Pandangan Raja Ahmad Aminullah dalam Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa dalam Bab 1 bertajuk 'Ruang Ketiga' mukasurat 15 sebagai menjelaskan peranan Intelektual dengan mengaitkan kenyataan dari Penulis.

"Ada juga yang menganggap golongan Intelektual kita sebagai ketandusan ide sama sekali. Saya tidak percaya bahawa ini benar, kerana ada di kalangan cendekiawan kita yang pasti mempunyai ide-ide yang baik dan bernas untuk memajukan masyarakat ini.

Namun, kalau ini benar, ia hanya mengesahkan pandangan ramai bahawa Intelektual kita bersifat mediocre atau laih. Ataupun apakah mereka bersifat bebal, seperti pernah dituliskan oleh Prof. Syed Hussein Alattas dalam buku seminalnya Intellectuals In Developing Societies.

Kita masih menunggu tulisan yang dapat menyahut cabaran yang digariskan oleh Syed Hussein, ahli sosiologi yang pernah menjadi naib canselor Universiti Malaya. Syed Hussein juga pernah menjadi ahli politik untuk satu tempoh yang singkat selaku presiden pertama Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun 1960an. Objektifnya pada waktu itu menzahirkan respons perspektif multi-etnik kepada realiti masyarakat Malaysia.

Nota: Peristiwa yang mendorong penulis (Syed Hussein Alatas) memikirkan tema tulisan ini secara mendalam adalah berikutan pengunduran diri penulis daripada aktiviti politik selepas empat tahun berusaha memajukan pilihan kepada pemerintah. Pengalaman Penulis sebagai ketua parti pembangkang peringkat nasional antara tahun 1968 - 1971, dan kehadiran penulis dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1971 membawa Penulis berhadapan dengan berbagai masalah yang dipelopori kaum elit yang menguasai negara. (Prakata edisi pertama)

Dalam pengajian Islam ada pengkelasan yang sama mencirikan permasalahan ini sebagai kategori orang 'Jahil' sebagai jahil murakkab dsbgnya...Bagi kita situasi ini menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak terutamanya kalangan mahasiswa dan pensyarah mewakili cendekia dan Intelektual masyarakat. Melihat kepada realiti saya Cuba mengemukakan beberapa permasalahan yang juga diperkirakan kronik melanda kita antaranya,

1. Kesibukan kita dalam urusan yang bukan berkait dengan kita atau kaitannya jauh daripada mendahulukan hal ehwal yang berkait dengan kita secara nyata.
2. Lemahnya budaya intelektual kita didorong oleh mereka yang tidak mengenal erti kemerdekaan dan harga perjuangan mereka membebaskan bangsa dari penjajahan.
[ Ulangkaji 'Intelektual Masyarakat Membangun' mukasurat 31, jawab kepada 'Revolusi Mental'. Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa dalam 'ruang ketiga' mukasurat 15. Perpustakaan Kuala Lumpur]

Ulasan akan disambung dan diluaskan lagi perbincangan dengan sokongan tulisan2 lain antaranya Salah Siapa? tulisan S.Hussein Alatas dan What Your Teacher Didn't Tell You oleh Farish A. Noor.
Siri berikutnya ulasan buku Dilemma Melayu oleh Dr. Mahathir Mohammad's

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…