Skip to main content

Catatan acara BAHTERA

19 Ogos 2015,program BAHTERA di KLCC anjuran Kementerian Kewangan .

Terima kasih buat Coach Effendy Zulkifly sahabat sekembara "pejuang ASEAN" "tokoh muda keusahawanan sosial" yang memberi saya peluang berkongsi pengalaman kembara Jaringan Anak Muda di acara BAHTERA di Pusat Konvensyen KLCC.




Slot khas beliau 2 jam tetapi beliau sudi memberi peluang kepada saya,Albark,Coach Rozy dan Ahmad Zahir berkongsi pengalaman masing-masing.

Saya berkongsi sedikit tentang buku "Anak Muda di Peta Dunia" terbitan Jaringan Anak Muda (koleksi catatan kembara geng Jaringan Anak Muda ke pelbagai negara.Terima kasih khusus buat Dato Jaafar Rahim yang sentiasa menggalakkan kami menulis) yang baru dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan ,Kementerian Kewangan ,Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah pada acara BAHTERA semalam.

Sempat juga saya berkongsi tentang ASEAN dan Turki.(walaupun sebenarnya datang acara BAHTERA sebagai seorang peserta)

Bukan sahaja Amerika,China,Russia dll "mengintai dari tirai kamar" ASEAN bahkan Turki juga.

Dalam perkongsian saya menyatakan kita perlu juga mengambil peluang di Turki apatah lagi PM Turki ,Ahmed Davutoglu punya hubungan rapat bahkan pernah mengajar di Malaysia dan Presiden Turki,Recep Tayyip Erdogan pernah menyatakan hasrat Turki untuk "menyertai" ASEAN.

Ditambah pula dengan peningkatan jumlah pelajar Malaysia di Turki(dengan pemberian biasiswa kerajaan Turki,bantuan yayasan-ngo Turki dll) dan peluang perniagaan Turki-Malaysia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika tidak berpeluang atau belum ke Turki,rapatlah dan binalah jaringan hubungan dengan ngo-ngo,sahabat Turki yang sedia ada di Malaysia terlebih dahulu.

Kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN wajar dimanfaatkan sebaik mungkin.

BAHTERA
Sambutan hebat menggalakkan dari para peserta menyaksikan seawal jam 8.00 pagi para peserta yang mengikuti acara BAHTERA sanggup beratur panjang dari kaunter pendaftaran mendekati pintu masuk Hotel Traders bersebelahan Pusat Konvensyen KLCC.
Kelihatan majoriti yang hadir dari kalangan anak muda termasuk rombongan pelajar kolej dan universiti.
Acara BAHTERA dengan tema " Bumipreneurs of Tomorrow" ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan dan NSU(National Strategic Unit),dan digerakkan oleh NEF( New Entrepreneurs Foundation).
Antara keistimewaan acara BAHTERA ini ialah ia merangkumi pelbagai zon seperti zon ilmiah,zon bual bicara ,zon pamer,zon peluang niaga,zon bimbingan usahawan,zon bumipreneurs runway,zon pitching dan BAHTERA Bootcamp serta ia menampilkan sesi bersama personaliti terkenal seperti Dr Azizan Ismail,Irfan Khairi ,Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.
BAHTERA ini dirasmikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak dan dalam ucapan perasmian beliau memuji penganjuran BAHTERA ini dan mengharapkan lebih ramai usahawan dilahirkan melalui cetusan penganjuran acara BAHTERA ini.
Zon Ilmiah-slot Asean YouthPreneur Community
Saudara Effendy Zulkifly,pengasas bersama Asean YouthPreneur Community membentangkan berkenaan projek Asean YouthPreneur Community yang merupakan usaha inisiatif anak muda di peringkat rakyat bagi menyahut semangat Asean .Ia mengumpulkan para usahawan muda ASEAN didalam satu platform dan mengadakan pelbagai acara berkaitan keusahawanan.
Saudara Effendi turut memberi peluang kepada saya,Albark Yunus,Coach Rozi dan Pak Zahir untuk berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara berkaitan keusahawanan ,jaringan antarabangsa,dan buku travelog kami "Anak Muda di Peta Dunia".

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…