Skip to main content

Wacana Alternatif

oleh Saufi Jelani

Dominasi perbincangan di kampus2 masih terbatas berlegar sekitar skop yang terhad. Sebagai contoh berkait sejarah Islam, adakah nama2 seperti Sultan Nuruddin Zanki, Sultan Salahuddin Al-Ayyubbi, Amir Hamzah*. Pengembara Muslim seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta, Sharif Al-Idrisi, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Imam Al-Bukhary, Imam Al-Ghazali. Adakah sumber ini menjadi inspirasi rujukan penting dalam pengajian kita. 

Menurut Dr. Azhar Ibrahim kajian di universiti berkitar mengulangi kurikulum 10-20 tahun lepas.

*Saidina Hamzah b. Abd. Mutalib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w
Dunia keilmuan dalam pengalaman Islam bermula sejak dari lingkungan remaja, para cendekia Muslim telah membentuk kecintaan terhadap dunia ilmu dengan mendapat pendedahan luas. Pengajian tinggi juga wajar terdedah dengan pengalaman menuntut ilmu sebagaimana sedemikian. 

Dalam persatuan Islam sering merujuk kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda dididik dengan pendedahan pada dunia ilmu sejak dari kecil sehingga diberi kepercayaan memimpin ketika lingkungan remaja - 19 tahun.

Dalam dunia ilmu tidak mempunyai sebarang bias melainkan pada 2 aliran, Islam dan Sekularism (SMN Alattas). Sekular berakar kukuh pada dunia, cara hidup dan budaya Eropah, sungguhpun di barat jejak2 Islam masih ada. Justeru itu, Islam wajar menemukan asas2 penting yang berupaya mengukuhkan akarnya dan memenuhi urat saraf sendi kaum Muslim dan tamadun hari ini.

Inti Perjuangan

Rujukan2 tertentu amat berpengaruh bagi parti, pertubuhan dan persatuan yang wujud seantero dunia. Sebagai contoh Hassan Albanna pemimpin Ikhwan Al-Muslimin dikenali di Timur Tengah dan berpengaruh di kalangan orang Melayu. 

Selain itu Abul 'Ala Al-Maududi, Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, B.S. Nursi, Jose Rizal. Mungkin tidak wajar kita menanggapi mereka bertanggungjawab mencetuskan reformasi yang dipengaruhi oleh semangat renaissance, kerana umumnya wawasan Al-Afghani dan Joze Rizal seperti diungkapkan oleh S.Hussein Alattas dalam 'Intelektual Masyarakat Membangun' menggagaskan semangat falsafah dan upaya intelektual dalam masyarakat.

Mesej dari perjuangan mereka juga berkisar melengkapkan bangsa segi kekuatan ilmu, kepimpinan, dan kebudayaan. Sebagaimana British meluaskan imperialism dengan segenap keupayaan intelektual, budaya, pentadbiran-pemerintahan, ketenteraan, perniagaan dan sebagainya. Begitulah juga yang dilakukan oleh Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.

Generasi Baru

Kita sering mendengar saranan2 seperti, ".. berilah pada orang muda pula, di banyak negara sudah serahkan tugas parti kepada orang muda seperti di London, England."

Kita boleh memahami maksud dari ungkapan di atas sebagai satu penegasan bahawa kita perlu melibatkan pelapis orang muda, generasi baru terpelajar dalam dunia ilmu, kepimpinan budaya, pentadbiran, perniagaan, pemerintahan-politik secara serius.

Wawasan Falsafah 

Ruang2 untuk meningkatkan tahap pengiktirafan terhadap dunia keilmuan itu diletakkan di tempat teratas dalam tingkat keutamaan sebagai faktor penting menaungi seluruh institusi dan wawasan masyarakat.

Dalam hal ini, pengajian kita terperangkap dengan pelbagai hal termasuk birokrasi, sentimen dsbg. Kita tidak menafikan kehendak pentadbiran (administrasi) tatakelola yang berkesan,  memerangkap kita sehingga menjejaskan urusan kehidupan yang asas.

Perencana dasar harus beri perhatian. Semua orang akan memastikan kehidupan asas berlansung dengan sempurna. Ini termasuk urusan pendidikan, kekeluargaan, keselamatan dsbg. Disamping memenuhi kehendak pencapaian tertentu dalam kerjaya dan karier yang ditempuh. Pencapaian material ini patut diletakkan ketetapan wajar mengambilkira faktor dalaman dan luaran yang memberi manfaat dan sebaliknya sia-sia.

Sekarang, kita sedang berusaha mengurus rencana dunia keilmuan dalam keadaan kekacauan-kekeliruan (corruption of knowledge) bidang pengajian yang tersedia di institusi. 

Kita pasti tidak boleh memisahkan peranan rencana pemikir, cendekia, ilmuan. Ia melibatkan perkongsian pengalaman - nilai pandang perlu berubah bagi mewujudkan iklim ilmu samada secara lansung atau tidak.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…