Skip to main content

World Communication Forum Kuala Lumpur

oleh Wan Mohamad Wasif

Saya berpeluang menghadiri acara World Communication Forum Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.





World Communication Forum ini asalnya diasaskan di Davos pada tahun 2010 dan penganjuran acara World Communication Forum Kuala Lumpur dengan tema ‘Communication World:Changes,Challenges and Chances’ ini merupakan yang pertama kali diadakan di Asia.
Panel pembentang pada acara ini terdiri daripada pakar-pakar komunikasi dari seluruh dunia seperti dari negara Amerika Syarikat,UK,Turki,India,Russia, Ukraine, Portugal,Singapura dan Malaysia sendiri.
Saya tidak sempat hadir pada hari pertama yang menampilkan Paul Holmes (Founder and CEO of the Holmes Report and PR Guru,beliau diiktiraf sebagai PR Industry guru and the most influential public relations figure globally) dan Allan Mayer (Crisis Communication Expert and Hollywood Spin Master,beliau terlibat membantu Johnny Depp,Eminem,Snoop Dogg,Steven Spielberg dan filem A Beautiful Mind ,The Da Vinci Code) dan juga sesi pembentangan oleh Sean Gardner (Co Founder of Huffington Post ‘Twitter Powerhouses Series,1 Social Media Power Influncer oleh Forbes,dan The Huffington Post mengiktiraf beliau sebagai ‘one of the top 100 twitter accounts in business,leadership and tech to follow’)
Saya sempat bersembang-sembang lama dengan Yanina Dubeykovskaya ,pengasas World Communication Forum, Davos selepas tamat acara dan beliau memuji penganjuran World Communication Forum Kuala Lumpur ini apatahlagi ia digerakkan oleh anak muda Malaysia seperti Nurul Ashiqin Shamsuri yang bertindak sebagai Pengarah Forum untuk acara World Communication Forum Kuala Lumpur ini.
Beliau berharap suatu hari nanti dapat diadakan juga acara yang mengumpulkan para mahasiswa jurusan komunikasi dari seluruh dunia dan ia digerakkan sendiri oleh para mahasiswa.
Dalam acara World Communication Forum Kuala Lumpur ini antara topik yang dibincangkan ialah seperti crisis communication,reputation management,effective leadership communication,social media and communication,retail communication,business strategies dan lain-lain.
Ahli panel banyak membahaskan soal pengurusan maklumat,kepentingan kemahiran komunikasi ,penambahbaikan kemudahan internet,penggunaan media sosial dan apa yang berkaitan dengan komunikasi.
‘Interpersonal communication’ juga sangat dititikberatkan bukan semata-mata komunikasi di alam maya melalui media sosial semata-mata disamping pentingnya menyediakan infrastruktur komunikasi yang mantap dan cekap.
Ahli panel juga membahaskan kepentingan wujudnya wartawan yang memberikan laporan yang bertanggungjawab dan mengelak penyalahgunaan media sosial untuk membuat spekulasi,penipuan,dan berita palsu.
Ahli panel juga mengharapkan tumpuan diberikan kepada generasi muda dengan membuat hubungan rapat dengan mereka dan menasihati mereka agar memanfaatkan segala gajet-gajet kontemporari dengan sebaik mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…