Skip to main content

Bersama Goris Mustaqim

Kali pertama bertemu Goris Mustaqim di suatu acara di Putrajaya yang menampilkan ucaptama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .
Tanpa disangka rupa-rupanya beliau juga merupakan kenalan kepada Ahmad Zahir,sahabat kami.
Goris dan Ahmad Zahir kedua-duanya anak muda Indonesia yang cukup hebat dan mereka pernah menganjurkan suatu acara yang menampilkan Jokowi,Anies Baswedan,Riduan Kamil yang kemudiannya siapa yang menyangka Jokowi menjadi Presiden Indonesia,Anies Baswedan menjadi Menteri Pendidikan Indonesia dan Riduan Kamil menjadi Walikota Bandung.
Dan kami bertemu kembali 3 hari lalu di acara 6th Muslim World Biz dan Goris mengundang saya dan Effendy Zulkifly untuk makan malam bersama beliau dan para VVIP-VIP 6th Muslim World Biz(terima kasih kepada penganjur yang menyediakan BMW buat kami smile emoticon )


Goris Mustaqim menjadi salah seorang pembentang di acara OIC-ASIA Trade n Economy Forum sempena 6th Muslim World Biz .
Beliau meraih pelbagai anugerah antaranya :-
British Council’s Community Entrepreneur ( 2009 )
Asia’s Best Young Entrepreneur ( 2009) oleh Business Week Magazine
XL Indonesia Berprestasi (2009)
Gatra People of the Year (2010)
10 Best Indonesian Male di Mc Donald’s Olympic International Youth Camp
Indonesian Climate Champions (International Youth Delegation) di Copenhagen, Denmark,
Indonesia’s Most Outstanding Youth
Asia's Best Young Entrepreneurs 2009
Dan beliau pernah diundang oleh Presiden Obama dalam acara Presidential Summit on Entrepreneurship di Washington DCdan menjadi ahli panel termuda dalam sesi “Catalyzing Youth Entrepreneurship” .
Di acara 6th Muslim World Biz,saya dan Saufi Jelani menginap 2 hari sebilik bersama beliau(atas jemputan beliau) dan sempat mendengar kisah pengalaman hidup beliau.

Beliau banyak berkongsi kepada kami berkenaan hal-hal keusahawanan sosial,kepentingan 'design thinking',pengalaman beliau menggerakkan program memperkasakan kepimpinan anak muda di seluruh pelusuk Indonesia,pengalaman beliau mengikuti pelbagai acara di peringkat antarabangsa.
Yang menarik perhatian saya juga ketika beliau berkongsi pengalaman beliau melawat banyak institusi-kumpulan pemikir 'thinktank' di Amerika dan bagaimana Amerika memberi perhatian serius dalam mewujudkan pelbagai 'thinktank' dalam pelbagai bidang kajian.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…