Skip to main content

Bersediakah anda dengan inisiatif perlaksanaan Asean Economic Community (AEC)?

oleh Effendy Zulkifly

Bersediakah anda dengan inisiatif perlaksanaan Asean Economic Community (AEC)?
1. Secara optimistiknya Asean Economic Community (AEC) akan terlaksana bermula Disember ini yang dijadualkan untuk menjadi platform single market, atau Free Trade Area ditambah dengan free flow of goods, services, investment, skilled labor dan freer flow of capital kepada penggiat dan pembangun ekonomi,usahawan, kerajaan dan rakyat di negara ASEAN menjelang 2020.
2. Tapi adakah rakyat Malaysia terutamanya usahawan-usahawan telah bersedia dan ambil tahu? Adakah kita sedia mengambil peluang dan mengoptimumkan manfaatnya? Sudahkah anda baca AEC BLUEPRINT yang ditandatangani oleh semua ketua dan pemimpin negara ASEAN bersempena Declaration of ASEAN Concord II in Bali, Indonesia, pada 7 October 2003?


3. Saya dan team saya dari Organisasi ASEAN Youth Preneur Community - AYPC secara peribadinya telah menghadiri hampir 20 program-program ASEAN dan menganjurkan 3 program antarabangsa berkaitan ASEAN sepanjang tahun 2015 dan ini menunjukkan betapa pentingnya AEC ini kepada pembangunan dan pengembangan business di kalangan kami sebagai usahawan muda.
4. Saya berharap segala knowledge yang diperolehi ini nanti dapat dikongsi dengan sahabat-sahabat usahawan lain. Dalam masa yang sama saya mengharapkan Bajet 2016 yang akan dilancarkan nanti membawa khabar gembira dan lebih 'mesra niaga' kepada usahawan-usahawan muda mahupun yang lebih senior.
5. Tahun 2016, usahawan ASEAN perlu kolaborasi dengan lebih kukuh lagi dalam pelbagai bidang. Seluruh Europe, USA dan China melihat ASEAN sebagai 'Pasaran Seksi' yang cukup memikat.
6. Seluruh dunia di kalangan economists, usahawan-usahawan di Eropah, USA mahupun China membuat pelbagai Seminar, Simposium, Wacana berkaitan diskusi bagaimana mahu menerokai pasaran ASEAN dan mengisi peluang dan ruang perniagaan dan pelaburan di Dunia ASEAN.
7. Kita sebagai rakyat ASEAN harus jadi juara di Dunia ASEAN dan pastikan kita juga berjaya memenangi dealings international supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka dari luar ASEAN. Mereka yang lebih atau 'desperate' memerlukan ASEAN berbanding ASEAN yang memerlukan mereka.
P.S:- Hendak tahu lebih lanjut mengenai peluang penerokaan pasaran niaga di dunia ASEAN, temui nanti saya di 1ASEAN Entrepreneurship Summit (1AES) 2015 di sepanjang 16-22 November 2015 ini. Sila rujuk dan daftar di laman web
http://1aes.my/register/

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…