Skip to main content

Catatan Alhambra : The sun sets in Granada, Point of No Return & Falling of Andalus

oleh 
Dr Rahul@Mat Kuantum

Catatan Alhambra : The sun sets in Granada, Point of No Return & Falling of Andalus
Seminar 2 hari (16 jam) tentang The Lost Kingdom of Andalus: 800 years Muslims in Spain merangkumi 16 bab (chapters). Jadi, saya mungkin tidak akan post nota-nota tentang Andalus. Satu, seminar selama 16 jam, 16 bab tetapi saya memerlukan lebih dari 16 hari untuk menulis catatannya di facebook. Dua, terlalu banyak untuk ditulis tentang Andalus selama 800 tahun pemerintahannya.
MashaAllah, apabila belajar sejarah daripada Imam Dr. Waleed Hakeem (ulamak luar negara dari Canada), kita menjadi lebih jujur (honest) dan setia (faithful) pada agama. Kita tidak boleh bersikap menafikan (denial syndrome). Contohnya, memang ada penyebaran Islam melalui pedang. Jangan menafikannya, tetapi perlu terima dan lihat pada konteks sejarah pada masa itu. Dan ulamak, walaupun mereka orang soleh tetapi banyak melakukan kesilapan dalam dakwah, politik dan perang. Kita harus belajar dari mereka, bukan menghukum (judge) mereka.



Kenapa belajar sejarah & Andalus
1. Universiti terbaik di pernah ada di Andalus
2. Sejarah berulang pada masa, tempat & orang yang berbeza
3. 1/3 al Quran adalah sejarah (kisah tauladan)
4. Sejarah adalah untuk kaum yang berfikir - La 'allahum yatafakkarun (7:176), 'ibratul li ulil albab (12:111)
5. Sunnah (hukum) alam tidak pernah berubah
6. Belajar dari kesilapan silap untuk menganalisis situasi semasa
7. Andalus (800 tahun) lebih separuh dari sejarah Islam (1400)
8. Perpaduan vs perpecahan, pemimpin adil vs diktator, mengguna-pakai ajaran Islam vs tidak
9. Sosio-demografi Andalus hampir sama seperti Malaysia (populasi Muslim ~ 50%)
Andalus dibuka oleh Musa ibn Nusair yang menghantar Tariq bin Ziyad (anak didiknya) walaupun usaha sebelumnya dibuat oleh Uqba ibn Nafi'. Tetapi Uqba banyak buat silap. Musa dan Tariq asalnya Kristian, kemudian memeluk Islam.
Cabaran untuk membuka Andalus
1. Lautan (Island of Ceuta) - tiada pengetahuan & pengalaman
2. Logistik menyeberang lautan
3. Tiada peta Andalus
4. Kemungkinan diserang oleh Balearic Island
5. Bilangan tentera Muslim vs tentera Iberia
Solusi
1. Island of Ceuta - tiada solusi frown emoticon
2. Bina kapal/bahtera
3. Hantar XPDC untuk melukis peta & geografi
4. Buka Balearic dulu
5. Cari orang, ajar tentang Islam & bina kesetiaan
Julian, gabenor Ceuta ada konflik dengan King of Redoric, pemerintah Iberia. Jadi, Julian berjumpa dengan Tariq untuk membuat tawaran & perjanjian. Antaranya ialah:
1. Beri kapal/bahtera kepada Tariq
2. Beritahu tentang geografi di Andalus
3. Beri laluan di Ceuta - problem solved smile emoticon
4. Minta 3000 tanah di Andalus jika berjaya.
Tariq berbincang dengan Musa dan Musa setuju termasuk permintaan no. 4 (beri 3000 tanah di Andalus kepada Julian). Kenapa? Kerana Islam tidak mengejar pembukaan tanah, tetapi menyebarkan Islam. Seperti yang Ustaz Nouman Ali Khan beritahu di Masjid Wilayah tempoh hari, "what is so great about conquering new lands? Islam is not after lands, but after the love of Allah." Inilah juga nasihat yang disampaikan oleh guru kami, Prof. Tariq Ramadan, "we are not after political powers, but the love of God." Dan sejarah Andalus telah membuktikannya. Musa hantar Turaif ibn Malik pada Ramadan 91 H (710 AD) dengan 400 tentera untuk periksa kesahihan fakta yang diberikan oleh Julian. Islam amat pentingkan kesahihan fakta. Jadi, ustaz-ustaz sila semak fakta anda sebelum beri ceramah. In life, you just need to work hard and do your best, not do everything. Dalam kes ini, 4 cabaran ada solusi, tetapi Island of Ceuta tiada solusi. Dan takdir Allah, Julian menawarkan laluan Ceuta Island kepada Tariq. So, just do your best, not do everything.
Faktor kejatuhan Andalus
1. Hubbud dunya (cinta kepada dunia melebihi akhirah)
2. Rasisma (racism) dalam kaum Muslimin
3. Kesombongan & keangkuhan terhadap kuasa & bilangan manusia. (Jadi parti politik jangan sombong sangat dengan bilangan ahli & grassroots mereka).
4. Kekayaan melampau (minyak, emas, mineral) & pembaziran juga melampau.
5. Anak muda meninggalkan ilmu & menyertai budaya pop dan hiburan.
6. Meninggalkan shura.
7. Kepercayaan karut kaum Muslimin (tahyul, khurafat)
8. Memilih sekutu yang salah terutamanya parti politik.
9. Tak buat kerja rumah (persiapan dari sudut geografi, ekonomi, statistik dan ketenteraan)
Detik-detik kejatuhan Andalus


Apabila Imam Dr. Waleed menceritakan bahawa Alhambra adalah simbol kehinaan (a symbol of humiliation), kami semua terkejut. Dinasti Nasrid mengadakan perjanji dengan kerajaan Kristian dan membayar jizyah untuk tujuan keselamatan & keamanan kepada King Ferdinand III. Dan kesilapan terbesar (greatest mistake) Mohammed Ibn Alahmr ialah membina Istana Alhambra (yang tidak patut diagung-agungkan oleh orang sekarang). Sepatutnya duit itu digunakan untuk membangunkan masharakat dan ketenteraan. Dua empayar Kristian bersatu dengan perkahwinan, Aragon (Ferdinand III) dan Castile (Isabella). Dan mereka mahu adakan perkahwinan di Alhambra, maksudnya menawan (conquer) Alhambra. 2 Jan 1492, Ferdinand III dan Isabella masuk ke Alhambra dan melaungkan "Long live the Catholics of Granada & The End of Islam."
Penutup
Ada seorang pelajar bertanya, adakah perlu kaum Muslimin mengambil semula Spain, jawab Imam Dr. Waleed, "tak perlu. Kita bukan mengejar tanah (conquering lands), tetapi mengejar cinta Allah dan menyebarkan ajaran Islam." Dakwah adalah menyampaikan (to convey), bukan menukar kepercayaan (to convert). Beliau juga menyuruh kita mendo'akan kaum Muslimin di Spain dan juga agar kita semua dapat bersolat dalam Masjid Cordoba suatu hari nanti. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…