Skip to main content

Catatan Jerebu & Kenangan Di Melbourne

oleh

Dr Rahul@Mat Kuantum

Catatan Jerebu & Kenangan Di Melbourne
Universiti tidak ada kaitan dengan universe (alam semesta). Malah, etymology kedua-duanya tidak sama. Tetapi bagi seorang pelajar, kehidupan di universiti adalah universe (alam) mereka. Mereka belajar dari buku dan pensyarah, belajar mengurus kehidupan, belajar mencari makna kehidupan dan yang lebih penting ialah belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Satu falsafah penting yang perlu kita tahu ialah, pendidikan tinggi di universiti bukan untuk melahirkan scholars (ulamak), tetapi untuk mencari ilmu. Tertiary education in universities is to give you tools to access knowledge, not to prepare you to be a scholar. Kesilapan besar penuntut ilmu ialah, mereka rasa mereka sudah menjadi pakar, intelektual atau ulamak setelah graduate dari universiti. Jauh lagi perjalanan untuk menjadi pakar sains (kimia, fizik, biologi), intelektual atau ulamak. Graduan hanya memegang gelaran intelektual kerana mereka ada alat untuk mencari ilmu (tools to access knowledge) bukan kerana mereka sudah jadi ilmuan. Dengan kesedaran itulah, penuntut ilmu mampu merendah diri (humble) apabila graduate dari universiti, walaupun dengan 1st Class Honours.


Universiti yang menjadi universe para penuntut ilmu sepatutnya mengajar mereka erti kehidupan. Saya kagum dengan adik-adik yang mencari makan atau wang tambahan dengan berniaga top-up, jual maggi, nasi lemak atau bihun goreng. Semasa saya buat First Degree di The University of Melbourne, saya cari makan dengan menjual sosej pada harga $2.50 AUD. Sangat murah ketika di cafe harganya adalah $7-9 AUD. Saya bukan mencari untung tetapi mencari pengalaman dan menolong kaum Muslimin yang belajar di Melbourne University. Saya datang awal pagi ke Franktate Mosque (masjid dalam universiti) untuk letakkan sosej dan bekas kosong (untuk mereka letakkan duit) dan terus ke kuliah. Tengah hari apabila saya singgah di masjid untuk solat Zohor, saya akan kutip duit jualan sosej. Petang apabila saya datang untuk solat Asar, saya datang kutip bekas sosej dan duit jualan. Ada juga yang ambil sosej tetapi tidak bayar ! Jadi apabila saya beli sosej pada harga RM2.50 semalam dari adik-adik di gerai FESKUM dan terlupa makan, saya tidak sampai hati untuk buang. Tadi saya makan sosej itu walaupun ia sudah masam dan mungkin basi. Kerana ia mengingatkan masa-masa susah saya belajar di Melbourne. Sosej dan angka 2.50 sangat berbekas di ingatan saya.
Dan semasa saya buat PhD di New Zealand, saya kerja sebagai tukang cuci (cleaner) di tadika. Jam 5 petang saya pergi ke tadika untuk cuci lantai, tandas dan meja. Jam 8 malam saya habis, saya terus ke makmal untuk sambung eksperimen. Jam 12 tengah malam saya pulang ke rumah. Masa itu saya rasa kerja yang paling elegant adalah menjadi pencuci tandas & lantai. Kerja senang, gaji mahal. Detik-detik itu tak mungkin akan berulang semula. Tahniah kepada adik-adik yang graduate semalam. Anda sedang memasuki universe yang lebih besar dan kompleks, mungkin juga multiverse smile emoticon

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…