Skip to main content

World Islamic Economy Forum(WIEF)

Jaringan Anak Muda menyertai acara  11th WIEF(World Islamic Economic Forum) sebagai wakil media melalui Kelab Wartawan Muda Malaysia-Yayasan Media Hebat.

Acara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh 8 pemimpin dunia,2500 delegasi dari 100 negara dan membahaskan pelbagai isu berkenaan kewangan,pendidikan,teknologi,halal,wanita,pemuda,seni kreatif disamping acara pameran dan konsert seni.

11 th World Islamic Economic Forum Gala Dinner meraikan para peserta WIEF dan ucapan pendahuluan oleh Tun Musa Hitam(Pengerusi WIEF,mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dan ucapan khas oleh Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertajuk 'Promoting Social Justice Through Islamic Banking and Finance'.



3 November 2015
Hari pertama World Islamic Economy Forum(WIEF)
Acara forum dengan pelbagai topik menarik antaranya Islamic finance for green technologies,Halal ecosystem,Islamic investment,Zero waste technologies ,ucaptama Sultan Nazrin bertajuk 'Promoting social justice through Islamic banking and finance' dan banyak lagi.

Turut diadakan sesi Moca Fest yang menampilkan karya seni,kaligrafi-khat-tulisan jawi,graffiti,lukisan,fesyen,persembahan muzik,dll

Forum bertajuk 'Achieving Equitable Growth in ASEAN's Urban and Rural Areas' pula menampilkan gabungan 3 panel hebat iaitu Tan Sri Rafidah Aziz,Prof Dr Jomo K Sundram dan Dr Surin Pitsuwan.
Panel prihatin soal kemiskinan dan jurang kekayaan yang semakin melebar.
Timbul persoalan apakah kita mesti meneruskan sistem ekonomi kapitalis ini dengan apa bencana kemanusiaan yang berlaku sekarang.

Dalam sesi 'Bridging Leadership Deficit Gap in OIC Countries' pula Tan Sri Dr Dzulkifli Razak mengupas pelbagai buku berkenaan Kepimpinan.
Panel bicara soal kepimpinan dimana ramai yang sering memetik John X Maxwell tanpa berfikir kritis .Beliau mengaitkan soal kepimpinan melalui konsep tradisi Melayu-Islam dan menuntut kepimpinan yang lebih bertanggungjawab secara kolektif.

4 November 2015
Hari kedua World Islamic Economic Forum(WIEF)
Menghadiri pelancaran SME Business Pavilion oleh Timbalan Perdana Menteri(Malaysia semakin mengambil berat peranan SME) sebelum mengikuti forum menampilkan Tan Sri Rafidah Aziz ,Prof Jomo K Sundram dan Dr Surin Pitsuwan bertajuk 'Achieving Equitable Growth in ASEAN's Urban and Rural Areas ',pembentangan bertajuk 'Bridging Leadership Deficit Gap in OIC Countries' oleh Tan Sri Dr Dzulkifli Razak ,sesi Kazakhtan Malaysia Investment Business Forum,diskusi buku 'Islamic finance and the New Financial System' ,sesi 'Islamic Social Finance and the Future of humanitarian action' oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Badlisyah Abdul Ghani,acara Islamica 500 bertemu Alia Khan(Chairwoman,Islamic Fashion Design Council-Canada/UAE) dan disudahi dengan konsert seni MOCAFEST Soundscape WIEF .

5 November 2015
Hari terakhir World Islamic Economic Forum (WIEF)
Sesi Business Networking Breakfast : 'Sustainable Living' bersama wakil MUSIAD Turki,,sesi ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi bertajuk 'The role of Islamic finance and waqf in healthcare',sesi Face to Face bersama Dr Surin Pitsuwan,sesi Media Debate Entrepreneurship dan sesi penggulungan-penutup oleh Menteri Kewangan Indonesia dan Tun Musa Hitam.
11 WIEF 2015 di Kuala Lumpur mendapat pujian dari perwakilan luar negara atas kejayaan penganjurannya yang ternyata cukup berjaya.
12 WIEF 2016 akan diadakan di Jakarta,Indonesia pula.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…