Skip to main content

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect


Silk Road - Silk Route (Laluan Sutera - Laluan Rempah) laluan darat

oleh Saufi Jelani

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 

Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melaka-Sumatera) perbandingan2 yang direkakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat mengenai kiasan2 yang berlaku dalam sejarah adalah perbandingan dengan sejarah benua India, yang dianggap oleh mereka se-olah2 mewujudkan segara peristiwa sejarah. (rujuk  mukasurat 3).

[Ottoman Empire] Katip Çelebi's Map of Sumatra, 17th Century
(Katip Çelebi Sumatra Haritası)
Persekutuan2 serta persatuan2 kebudayaan yang kini dilangsungkan oleh negara2 berjiran di Asia Tenggara mengakibatkan pemisahan kebudayaan didaerah ini dengan sumber2nya di Timur Tengah. Jikalau terus diteledorkan, punca kehidupan kebudayaan, dengan kehendak regional atau kedaerahan ini, menyebabkan ia berkisar dan berbalik semula tersekat pada gelanggang Lautan India, yang sejak 1,000 tahun telah terhapus oleh faham internasionalisma. (Syed Muhammad Naquib Alatas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, mukasurat 59).

Sumber menyatakan 'Malaka' atau 'Mamlakah Malaqah' merujuk pada pusat perdagangan menurut faktanya berasal dari istilah 'malaqah' - [peta uthmaniyah] menjelaskan perihal 'the place to gather' (HFF, m/s). Ini menarik kita membuka 'Polemik Sejarah Melaka'. Kenyataan ini jarang sekali disebut supaya merungkai permasalahan berkait sejarah sebagai permulaan Abad 21. Keduanya, merujuk Samudera - menurut sumber merupakan Sumatera iaitu dari - Semutra - Semutraya - The Big Ants. Ini sekaligus kemudiannya menimbulkan watak Malikus Al-Saleh dalam hikayat. 

Dari aspek geografi, apabila Malaka diimbau dari sejarahnya, ia seharusnya tidak terhenti setakat negeri Melaka yang ada hari ini dan apa yang difahami oleh sumber 'pensejarahan penjajah'. 'Malaka' seharusnya dipandang luasannya termasuk Johor, Pahang, Jawa, Acheh, Kelantan 'Serambi Mekah', Kedah, Pattani (Dr. W Salleh W Ibrahim dalam Keusahawanan Wanita Kelantan)
Dari Prospek Geo-Ekonomi dan Politik

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pada ucapannya di London baru2 ini, bertajuk 'The New Silk Road: History in the Re-Making' at the 7th World Chinese Economic Summit. Kerajaan China telah melaksanakan pelbagai perkara seperti persidangan antarabangsa bagi menghuraikan keraguan dan kekeliruan mengenai inisiatif China mewujudkan kembali laluan sutera. Kesungguhan China membuka semula laluan sutera baharu menerusi laluan darat dan laut memang sangat ketara menerusi pelaburan dan kerjasama diplomatik antarabangsa yang dilaksanakan negara itu.

Laluan sutera setakat ini berjaya menarik minat lebih 60 negara antaranya negara ASEAN, Kesatuan Eropah dan United Kingdom disebabkan faktor manfaat ekonomi dan pengukuhan hubungan sepanjang laluan sutera. Inisiatif laluan sutera boleh membantu membetulkan defisit infrastruktur dan memudahkan pembinaan untuk Komuniti Ekonomi ASEAN.

Prospek Kearah Global 

Kita juga patut mengingatkan semula kepada China dengan sebuah anjuran dari cedekianya, Tu Weiming bertajuk 'Towards a Global Ethics: Spiritual Implications of Islam-Confucianism Dialogue. Menurutnya, peluang menerokai tujuan ini (etika global ) dengan mengasaskan kerjasama Intelektual amat bermakna baginya yang kritikal terhadap kesedaran kearah masyarakat global, adalah segera perlu kepada perkongsian asas yg sama (common value) bagi menampakkan keterasingan, diskriminasi, jurang, dan ia benar wajar melalui dialog antara tamadun diperlukan sehadapan merentasi mentaliti 'enlightenment' masyarakat moden barat, supaya menganjurkan jaringan universal dunia perbahasan mengenai etika global. (Islam and Confucianism: A Civilizational Dialogue, bahagian 2, mukasurat 19) 

Middle Kingdom: Trade and Culture 


Xian (central China) - Lanzhou, Gansu (barat), Irumqi (Xinjiang) - Khorgas (Xinjiang) - Kazakhstan (southwest) - [central Asia] - Iran (northern) - (swinging west) Iraq, Syria - Turkey. {Istanbul} - Bosporus Straits - Europe (northwest) - Bulgaria, Romania, Czech Republic, Germany (Duisburg) - Rotterdam (north), Netherland - Venice, Italy.


 

Quanzhou, Fujian province - Guangzhou (Guangdong), Beihai (Guangxi) - Haikon (Hainan) - {Malaya Straits, south} Kuala Lumpur - Kolkata, India, Lautan India (rest) - Nairobi, Kenya - Sri Lanka, Horn Afrika (north) - Laut Merah - Mediterranean - Athens. 

Saya sempat meminta perhatian Dr. Suffian Mansor sekitar ucapan YM Raja Dr. Nazrin Shah tentang The New Silk Road, pensejarahan semula The Silk Road atau 'spice route' sebagai laluan perdagangan/perniagaan Arab, Parsi dan India, kemudian China, sebagai kemudahan kestabilan politik dan  keberlansungan ekonomi. Tamadun China semasa Dinasti Tang, Dinasti Ming, Uyghur, Mongol, dan maharaja China pada pemerintahan Dinasti tertentu abad ke 16th-19th tidak toleran dengan Islam dan zaman pemerintahan Bristish abad 19th. Masyarakat dunia mengenali masyarakat China menerusi budaya dan tradisi. Hui dan Han merupakan etnik atau suku Muslim. Hal2 semasa kini mengingatkan supaya Malaysia dan China mengukuhkan hubungan baik dari segi menyediakan kekuatan dan keberanian berdepan cabaran hegemoni Amerika dengan TPPA. 

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…