Skip to main content

Belajar dari Hungary

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


Tulisan ringkas saya pada kali ini akan menyentuh sedikit berkenaan negara Hungary.


 

 Perkenalan awal saya dengan beberapa orang wakil Kedutaan Hungary di satu acara ASEAN  kemudiannya disusuli dengan jemputan oleh pihak mereka ke acara sambutan kemerdekaan Hungary dan makan tengahari bersama  sambil berbincang tentang perancangan program kedutaan Hungary bagi tahun 2016 ini.Mereka juga menghadiahkan saya beberapa buku-artikel tulisan berkenaan Negara Hungary.


Pada kali ini saya menulis sedikit tentang perkembangan penyelidikan,perpustakaan,pemuliharaan alam,kejuruteraan,nuclear dan hak asasi manusia negara Hungary.

Penyelidikan

Kerajaan Hungary memberi fokus kepada usaha-usaha penyelidikan dan menggalakkan para penyelidik-ahli akademik untuk melakukan pelbagai kajian penyelidikan dalam pelbagai bidang.
Oleh kerana itu tidak hairan jika hadiah 1 million EUR yang diasaskan di Denmark untuk anugerah ‘The most excellent brain researchers worldwide’ dianugerahkan pertama kali kepada 3 rakyat Hungary iaitu Gyorgy Buzsaki,Tamas Freund dan Peter Somogyi di Copenhagen pada tahun 2 Mei 2011 atas sumbangan mereka dalam pelbagai penyelidikan.

Perpustakaan

Tidak ramai yang mengetahui  bahawa di Hungary inilah terletaknya perpustakaan terbesar yang dikatakan sebagai ‘One of the largest libraries in renaissance Europe ‘ iaitu Bibliotheca Corviniana yang diwujudkan ketika zaman King Mathias.Perpustakaan ini sehingga kini dijaga rapi oleh pihak kerajaan Hungary bahkan pihak EU juga telah menyokong dan menjalankan program digital Bibliotheca Corviniana bagi memastikan ia boleh dijadikan rujukan dalam bentuk digital juga.

Pemuliharaan Alam

Hungary memiliki 10 taman negara termasuk 3 yang diiktiraf sebagai ‘world heritage’  dan 2 yang diiktiraf sebagai ‘biosphere reserves’.

Hortobagy misalnya merupakan satu kawasan pemuliharaan  alam semulajadi yang dijaga oleh kerajaan Hungary .Pada bulan Disember 1967 sebagai sebahagian daripada pelan bertindak Pro Natura ,22 saintis terkenal dunia telah merayu kepada kerajaan Hungary  dalam memorendum mereka agar menjaga dan memulihara kawasan alam semulajadi yang unik dan nilai budaya kawasan ini dengan mewujudkan taman negara dan hasilnya kerajaan Hungary telah mewujudkan taman negara pertama di Hungary pada tahun 1973 .

Ia  pada mulanya bermula keluasannya dari  51 ribu hektar sebelum menjadi hampir 82 ribu hektar pada hari ini sekaligus menjadikan ia kawasan kawalan pemuliharaan terbesar di negara ini.The Hortobagy National Park  ini diiktiraf sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan dianggap sebagai ‘the largest grassy and alkaline plain in Europe’.
  
Kejuruteraan

Jozsef Galamb(1881-1955) dari Hungary telah menyertai Ford Motor Company pada tahun 1905  dan Henry Ford yang menyedari teknik lukis dan kemahiran teknikal yang dimiliki beliau lalu memilih beliau sebagai ketua rekabentuk jurutera  untuk Model T keluaran Ford.Galamb yang merekabentuk  Model T  yang pada tahun 1999 kemudiannya Model T ini dipilih sebagai ‘Automobile of the 20th Century’.

Kereta elektrik pertama juga dibangunkan oleh Dezso Korda kelahiran Hungary yang juga merekabentuk lift bagi Eiffel Tower.

Dalam usaha menggalakkan sektor kejuruteraan ini,kerajaan Hungary telah melatih jurutera mining di Selmecbanya dan melatih jurutera pertanian dengan mengasaskan Georgikon( a school of economics) di Keszthely dan semuanya ini bagi melahirkan lebih ramai rakyat Hungary yang menjadi jurutera berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang .


Nuklear

Tidak ramai juga yang mengetahui bahawa 90 peratus loji (plants) nuklear di dunia  ini digerakkan berdasarkan model yang dicipta oleh saintis Hungary antaranya saintis fizik nuklear seperti Leo Szilard ,Edward Teller dan Eugene Wigner.

Eugene Wigner inilah yang  menerima anugerah Nobel pada tahun 1963 dan diiktiraf sebagai ‘designer of the world’s first nuclear reactor’ dan yang membina  apa yang dipanggil sebagai ‘the first water cooled nuclear reactors’.


Hak asasi manusia

Dalam hal hak asasi manusia pula,Hungary sebenarnya pernah menerbitkan versi sendiri Magna Charta.Tujuh tahun selepas kelahiran English Magna Charta pada tahun 1222,Hungary menerbitkan versi sendiri Magna Charta(Aranybulla) berkaitan hak asasi manusia yang kemudiannya pada tahun 1948  ia diterapkan didalam United Nations Universal Declaration of Human Rights.



Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…