Skip to main content

Makan malam bersama Prof Quraish Shihab


Hari ini saya menemani Prof Quraish Shihab(mantan Menteri Agama Indonesia,mantan Duta Besar Indonesia ke Mesir) dan isterinya untuk makan malam bersama.Sepatutnya beliau akan makan malam di rumah Duta Mesir malam ini tetapi beliau sedikit keletihan dan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke acara makan malam di rumah Duta Mesir.





Sambil makan malam bersama,beliau berkongsi pengalaman beliau  membesar dan menuntut ilmu di Mesir.Beliau sempat bersama allahyarham Gus Dur-Abdurrahman Wahid,mantan Presiden Indonesia manakala abangnya Alwi Shihab pernah menjadi Menteri Luar Indonesia.

Saya sempat menceritakan kepada beliau bagaimana 2 orang mantan Menteri Luar dari 2 negara iaitu Malaysia,TS Syed Hamid Albar dan abang Prof Quraish sendiri,Alwi Shihab yang kedua-duanya punya ‘darah arab’ sehingga dalam satu acara perjumpaan Menteri Luar sewaktu mereka masih bertugas sebagai Menteri Luar, timbul persoalan apakah ini perjumpaan Menteri Luar dari negara Arab.

Saya juga bertanya kepada Prof Quraish samada beliau rapat dengan K.H Tarmizi Taher yang saya pernah mengupas buku beliau Agama Kemanusiaan Agama Masa Depan dahulu di satu acara dan menurut Prof Quraish , K.H Tarmizi Taher sudah meninggal dunia dan allahyarham juga pernah menjadi Menteri Agama Indonesia sebelum Prof Quraish Shihab.

Prof Quraish Shihab juga menyatakan kepada saya beliau merupakan pendokong kepada konsep ‘Islam Nusantara’ yang dipopularkan oleh Nahdatul Ulama(NU)  dan bagi beliau ‘Islam Nusantara’ ini perlu diperjuangkan di Nusantara ini dan umat di Nusantara ini tidak perlu mengikut versi Arab sepenuhnya(walaupun beliau juga punya ‘darah arab’ ).

Berkenaan hubungan perpaduan Umno- Pas  yang cuba dirintis pada acara anjuran Rabitah Alumni Al-Azhar Malaysia pula bagi beliau ini merupakan satu usaha yang cukup penting bagi melawan pendekatan ekstrimis dan aliran garis keras.Beliau mengharapkan konsep ‘Wasatiyyah’ ini dipegang erat oleh semua pihak di Malaysia ini.

 Prof Quraish juga berkongsi tentang projek penulisan Tafsir al-quran beliau,Tafsir Misbah dan projek Pusat Studi Al-Quran yang dipimpin beliau dan bagi beliau penguasaan Bahasa Arab cukup penting buat mereka yang mahu mendalami tentang ilmu tafsir al-Quran.






Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…