Skip to main content

Melawan ketaksuban sektarian







Pertelagahan sektarian antara pelbagai kelompok sesuatu yang merugikan bahkan tidak pernah menyelesaikan apa jua masalah.Perbezaan pandangan yang diperbesar-besarkan hingga membawa kepada permusuhan sesama sendiri,menanam kebencian terhadap kelompok lain dan tindakan melabel kelompok lain secara negatif dan penuh prasangka sebenarnya boleh membawa kepada tindakan susulan yang menjurus ke arah keganasan.Oleh sebab itu tindakan awal perlu dilakukan demi mengelak pertelagahan dan permusuhan yang lebih besar dan apa yang berlaku di negara-negara lain yang terjebak dalam permusuhan antara kelompok sehingga membawa kepada pertumpahan darah wajar diambil panduan buat kita di Malaysia.

Ketaksuban terhadap ‘sectarian’ misalnya perlu dibendung sejak awal-awal lagi khususnya terhadap golongan muda yang masih mencari-cari arah pemikiran.Ketaksuban membuta-tuli itu seringkali memerangkap golongan muda lalu terjerumus dalam pertelingkahan terhadap isu-isu ‘kitar semula’ yang tidak pernah selesai.

Allahyarham Dr Asghar Ali Engineer dalam tulisannya ‘Who is a progressive Muslim?’ sewaktu mengulas tentang ‘progressive Muslim’ pernah menyatakan bahawa:-

A progressive Muslim does not believe in sectarian Islam(sunni or shi’ah or Isma’ili or Deobandi or Barelvi or ahl-e-hadith or salafi Islam but rises above all these sects and gives importance to Qur’an above everything else.’

Pada hari ini terdapat banyak kelompok yang memperbesar-besarkan isu ‘sectarian’ ini sehingga mengabaikan isu yang lebih penting dan lebih utama dalam membawa kepada persepakatan bersama yang lebih universal dan memberi manfaat kepada semua manusia.Mereka seolah-olah lupa bahawa tafsiran mereka terhadap sesuatu isu pastinya berbeza dengan tafsiran kelompok lain yang tidak bersetuju dengan tafsiran mereka dan usaha untuk memaksa kelompok lain bersetuju hanya dengan tafsiran mereka semata-mata apatahlagi menggunakan kekerasan merupakan usaha yang sia-sia.

Pemaksaan tidak wajar dilakukan dalam apa jua bentuk namun apa jua perbezaan pandangan haruslah dibawa ke medan wacana ,dialog ataupun perbincangan yang tidak semestinya diakhiri dengan persepakatan dan persetujuan dalam semua perkara.Perbezaan pandangan wajar diraikan namun setiap kelompok wajar mengetepikan sikap ego dan merasakan hanya pandangan mereka sahaja yang paling benar dan tidak mungkin salah.Sambil tetap teguh berpegang dengan prinsip yang masing-masing yakini,tidak salah untuk masing-masing kelompok untuk bersedia mendengar pandangan kelompok yang berbeza pandangan dengan mereka.

  
Setiap kelompok wajar sentiasa menghormati sesama manusia lainnya walaupun berbeza pandangan dengan mereka dan apa jua perbezaan yang wujud tidak sepatutnya menghalang mereka untuk hidup aman damai antara satu sama lain.Sebarang konflik yang tercetus perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik dan label-label negatif yang boleh membawa kemarahan dan ketidakselesaan kepada sesuatu kelompok dan tindakan menghukum tergesa-gesa atau  ‘cubaan menjadi tuhan’ wajar dielakkan .

Pandangan Allahyarham Dr Asghar Ali Engineer  dibawah ini wajar dijadikan renungan buat kita semua.

‘’A progressive Islam not only does not adopt the sectarian approach but is respectful of entire humanity and human dignity as per Qur’an(17:70).He leaves mutual differences,ideological and theological to Allah alone and does not condemn anyone who differences from him/her as kafirs as often sectarian Muslims do.It only widens differences and intensifies conflict.A progressive Muslim uses as per Qur’an,wisdom (hikmah) and goodly words(maw’izat al-Hasanah) in discussion and leaves rest to Allah.He does not try to be judgemental.’

Usaha merebut pengaruh umum oleh pelbagai kelompok aliran pemikiran pastinya akan terus berlangsung  dan sukar disekat namun diharapkan ia tidak sampai memecahbelahkan kesatuan masyarakat .Masyarakat juga perlu disedarkan tentang betapa ruginya terperangkap dalam ketaksuban ‘sectarian’dan wacana yang lebih segar dan lebih membawa kepada persepakatan bersama serta penyelesaian terhadap masalah sebenar masyarakat perlu segera digerakkan dalam rangka mengelak lebih ramai dari terjebak ke perangkap ‘sectarian’ ini.

Isu-isu ‘kitar semula’ yang diwarisi dari generasi ke generasi wajar dialihkan khususnya oleh generasi baru kepada isu-isu yang dekat dihati masyarakat ,membangkitkan kembali rasa perikemanusiaan dan memberi jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka pada masa kini.



Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…