Skip to main content

Sembang-sembang bersama Yasri Khan dari Sweden/Pattani

Yasri Khan sahabat saya dari Sweden keturunan Melayu Pattani turut hadir dalam acara Multaqa Alumni Al-Azhar yang acara perasmiannya menampilkan 2 presiden parti Melayu-Islam terbesar di Malaysia iaitu Presiden UMNO dan Presiden PAS.

Ketika bersembang-sembang dengan saya beliau membicarakan soal kritik vs penipuan dalam politik semasa.Beliau mengulas tuduhan dari pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan Presiden PAS telah menerima duit-cek daripada Perdana Menteri Malaysia pada acara Multaqa Alumni Al-Azhar padahal ia sebenarnya duit-cek kepada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia untuk menjalankan pelbagai acara buat alumni Al-Azhar di Malaysia.

Bagi beliau itu tuduhan negatif dan tidak bertanggungjawab dan kata beliau kepada saya ,tidak salah mengkritik asalkan kritikan itu kritikan yang membina .Yang salah ialah menipu dan menyebarkan penipuan .Sesuatu pihak boleh tidak bersetuju dengan pandangan pihak lawannya tetapi ia sama sekali tidak boleh menipu dan menyebarkan penipuan untuk merosakkan karakter pihak lawan yang tidak dipersetujuinya itu.Keghairahan dalam berpolitik usahlah sehingga mengkesampingkan aspek  moral dan penipuan itu suatu yang tidak bermoral,kata beliau lagi.




Yasri juga memperkatakan soal hubungan UMNO-PAS di Malaysia yang bagi beliau beliau bersetuju tentang kepentingan kedua-dua parti terbesar Melayu-Islam di Malaysia ini untuk bersepakat dalam hal yang melibatkan Melayu-Islam walaupun beliau tidak berfikir akan berjaya gabungan UMNO-PAS dalam satu parti memandangkan masing-masing mempunyai pengikut taksub yang akan membantah penggabungan dalam satu parti itu nanti.

Beliau berharap UMNO-PAS itu akan bersatu atas isu dan kepentingan Melayu-Islam dan tidak semestinya penggabungan dalam satu parti dan beliau mengambil contoh minoriti Muslim di Sweden yang masing-masing berjuang samada dalam parti kerajaan mahupun parti pembangkang di Sweden sepertimana beliau dan rakan-rakan baik beliau yang ada dikalangan mereka berada dalam parti kerajaan dan ada dalam parti pembangkang di Sweden namun mereka akan bersatu dalam isu yang melibatkan kepentingan minoriti Muslim di Sweden khususnya dalam hal pendidikan misalnya.

Yasri juga menyatakan rasa hairan dengan sikap segelintir pseudo liberal di Malaysia yang mencadangkan pemansuhan JAKIM,menyebarkan kepalsuan terhadap YPEIM dan Tabung Haji  .
Bagi beliau tindakan mereka itu suatu tindakan yang bodoh dan tidak berasaskan kajian menyeluruh.





Beliau memberitahu saya bahawa beliau dan rakan-rakan datang jauh dari Sweden semata-mata nak mengkaji bagaimana Malaysia berjaya mewujudkan JAKIM,YPEIM,Tabung Haji dan perkembangan hub halal dan kewangan Islam di Malaysia manakala pihak pseudo liberal itu tanpa membuat kajian mengutarakan idea yang bodoh menurut beliau.’Jika anda di Malaysia tidak mahu JAKIM,YPEIM,Tabung Haji,hub halal,kewangan Islam dan lain-lain,berikan semua itu kepada kami di Sweden!’’,kata beliau kepada saya.


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…