Skip to main content

Tasawuf dan mabuk cinta


Sebelum ini saya hanya mendengar perkataan tasawuf tanpa memahami makna sebenar di sebalik ilmu tasawuf ini.Apa yang tergambar dalam pemikiran saya apabila berbicara soal tasawuf ialah berkenaan hal ehwal kebatinan ,penyucian jiwa,sufi,tariqat,syariat,hakikat,suluk,guru mursyid dan lain-lain istilah yang kadangkala sukar difahami .Entah mengapa hari ini terlintas di hati saya untuk mencari artikel berkenaan tasawuf di internet untuk mendalamkan lagi kefahaman tentang ilmu tasawuf dan akhirnya saya berjumpa dengan satu artikel yang cukup menarik tulisan Harun Nasution bertajuk Tasawuf.






Dalam tulisannya beliau menyatakan tujuan tasawuf adalah mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan sehingga ia dapat melihatNya dengan mata hati bahkan rohnya dapat bersatu dengan roh tuhan.

Mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan
manusia yang hidup menumpang di bumi tuhan ini kadangkala lupa akan hakikat dirinya sehingga mengabaikan hubungannnya sebagai makhluk dengan khalik,penciptanya.Manusia sebegini lantas hanyut dengan godaan dunia yang sementara dan semakin jauh dengan tuhan.Ilmu tasawuf ternyata mampu menjadi wasilah mendekatkan diri seseorang sedekat mungkin dengan tuhan.

dapat melihatNya dengan mata hati
Banyak pembincangan di kalangan ulama tentang apakah manusia mampu melihat tuhan ataupun tidak?Apakah pula yang dimaksudkan dengan mata hati?

rohnya dapat bersatu dengan roh tuhanperbincangan tentang roh kadangkala sukar difahami dan agak merumitkan saya untuk memahaminya.Apakah roh manusia sebagai hamba mampu bersatu dengan roh tuhan?Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.




Menurut Harun Nasution,falsafah yang menjadi dasar pendekatan diri seseorang manusia dengan tuhan terangkum dalam dua faktor berikut:-

1)Tuhan bersifat rohani maka bahagian yang dapat mendekatkan diri dengan tuhan adalah roh bukan jasadnya

2)tuhan adalah maha suci maka yang dapat diterima Tuhan untuk mendekatiNya adalah roh yang suci

Dalam tulisan tersebut beliau turut berbicara tentang pengalaman sufi dan secara ringkasnya dapat saya simpulkan bahawa pada permulaan perjalanan seorang sufi dalam usaha mendekatkan dirinya dengan tuhan ,dia akan berasa takut atas dosa-dosa yang dilakukannya dan kemudiannya rasa takut itu berubah kepada rasa was-was apakah taubatnya diterima tuhan ataupun tidak.Beliau lambatlaun akan merasakan bahawa tuhan bukanlah zat yang suka murka tapi zat yang sayang dan kasih kepada hambaNya.Akhirnya rasa takut hilang dan digantikan dengan rasa cinta kepada tuhan yang bergelora dalam hatinya.Inilah yang dinamakan sebagai mahabbah,cinta Ilahi cinta sejati cinta hakiki.



Erti mahabbah bagi sufi bermaksud:-

1)memeluk kepatuhan kepada Tuhan dan membenci sikap melawan kepadaNya
2)menyerahkan seluruh diri kepada Yang Dikasihi
3)mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali dari Diri Yang Dikasihi

Dalam artikelya Harun Nasution telah menceritakan pengalaman cinta seorang sufi wanita yang mahsyur dalam sejarah tasawuf iaituRabi'ah al-'Adawiyah.

Dalam doanya beliau pernah mengatakan:'Aku mengabdi kepada tuhan bukan kerana takut kepada neraka bukan pula karena ingin masuk surga tetapi aku mengabdi karena cintaku kepadaNya'
Beliau juga pernah berkata:
''Buah hatiku,hanya Engkaulah yang kukasihi.Beri ampunlah pembuat dosa yang datang ke hadiratMu.Engkau harapanku,kebahagiaan dari kesenanganku.Hatiku telah enggan mencintai selain Engkau"
Rabi'ah al'Adawiyah pernah ditanya apakah beliau membenci syaitan lalu dia menjawab:
"cintaku kepada tuhan tidak meninggalkan ruang kosong di dalam hatiku untuk benci syaitan'




Itulah pengalaman seorang sufi yang mabuk dengan cinta kepada kekasihnya.Cinta seorang hamba kepada penciptanya.Inilah cinta sejati,cinta hakiki,cinta abadi yang akan kekal selamanya.

Teringat saya kepada lirik lagu Dewa...."LASKAR CINTA..SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..DAN BUSUKKAN HATI..LASKAR CINTA..AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA UMAT MANUSIA"

Bila agaknya kita akan mabuk cinta kepada tuhan ya?

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…